BAB 3

Inspirational Completed 11898

“ berhati-hatilah Clara di sana, nenda akan selalu mendoakan kesejahteraan kamu disana" ujar nenda nya sambil memeluk Clara, Clara hanya tersenyum Dan mencium dahi nenda kesayangan nya, “ Clara akan selalu berhati² nenda, tidak usah gusar nenda, Clara pergi dahulu" kata Clara Dan melangkah pergi,

Setibanya dimedan perang, tentera cryzix di hujani oleh ribuan anak panah, mereka menangkis dengan tangkas sambil mempertahankan ratu Clara, Clara dengan berani melangkah laju kehadapan dengan pedangnya Dan menghayunkan nya mengenai musuhnya yang menghalanginya, kehebatannya di medan perang membuatkan musuh dia berasa agak gentar, kelihatan darah memenuhi rumput hijau disitu, mata Clara meliar mencari ketua musuhnya itu, sehingga matanya tertancap pada lelaki yang sedang melawan dengan tentera cizix itu', Clara dengan pantas mengarah kudanya ke arah lelaki itu' Dan menerkam lelaki itu' dengan pedangnya,

Clara melawan dengan tangkas membuatkan lawannya tidak dapat menangkis serangannya itu', “ aku tahu yang kau seorang yang lemah ratu Clara!, kau hanya kuat kerana tentera bodoh kau sahaja!?" ujar raja Ronan sambil menangkis setiap hayunan pedang Clara itu'. Clara berasa marah namun dia tenangkan dirinya, Clara hanya tersenyum sinis Dan berkata“ beta tidak perlukan tentera untuk lindungi beta seperti kamu, beta lebih kuat dari yang kamu sangka!" ujar Clara dengan bersahaja. membuatkan raja Ronan berasa tergugat Dan hilang fokusnya, Clara mengambil peluang itu' untuk menetas pedang yang dipegang raja Ronan jauh ketepi, membuatkan raja Ronan jatuh terduduk di tanah.

Clara berjalan mendekati musuhnya dengan perlahan sambil menghunuskan pedangnya yang dahagakan darah korbannya, “ kau hanya wanita yang lemah Clara, kau kuat hanya kerana lelaki² yang pertahankan kau sahaja, sedangkan mak ayah kau pun Tak boleh kau pertahankan.. hahahaha" ujar raja Ronan membuatkan darah Clara menyelirap Naik,

Clara menghayunkan pedangnya mengenai tangan raja Ronan membuatkan dia kehilangan tangannya, “ Aku ratu Clara dyviana sybian, aku tidak perlukan lelaki untuk memerintah ! aku Tak perlukan kerajaan lain untuk kukuhkan kerajaan aku, jangan kerana aku wanita , aku lemah!!, aku lebih kuat dari yang kau sangka, Dan aku tidak akan tunduk kepada sesiapa pun , jika kau mahu kerajaan aku, langkah mayat aku dahulu, ” ujar Clara sebelum menikam pedangnya di dada raja Ronan,

kelihatan darah mengalir keluar dari mulut musuhnya, Clara menarik pedangnya keluar membuatkan darah raja Ronan mengenai mukanya, Clara mengelap darah itu' Dan berjalan kearah bendera kerajaan Romania Dan mengangkatnya ke langit Dan mengibarkan nya menandakan bahawa kerajaan Romania kini miliknya, para tentera Romania terkedu Dan akhirnya melepaskan Peralatan mereka Dan tunduk kepada ratu Clara, Clara tersenyum Dan melihat bendera yang kini di pegang, ' jangan pernah menilai sebuah buku dari luaran nya, terkadang Kita tidak mengetahui bagaimana Kisah yang diisi didalam buku itu' ujar Clara dalam hati mengingati bait kata almarhum bondanya.

akhirnya selepas peperangan itu' berlalu, Clara Dan tenteranya pulang kembali ke kerajaan crystal dengan keriuhan dari rakyatnya yang meraikan kemenangan mereka yang kesekiannya, Clara melambaikan tangannya kearah rakyatnya Dan berjalan memasuki gerbang istana criyztinyl , terlihat nendanya berdiri di pintu besar istananya sambil mendepakan kedua tangannya yang langsung disambut Clara dengan riang, “ nenda bangga dengan kamu Clara, sekali lagi kamu bawa kemenangan kepada kerajaan Kita" ujar nenda dengan perasaan bangga.

Clara tersenyum Dan memeluk kembali nendanya“ kemenangan ini semua untuk kerajaan crystal Dan nenda juga, Clara ingin menunjukkan pada mereka bahawa Clara mampu Dan berhak untuk memerintah kerajaan ini tanpa bantuan seorang lelaki pun, wanita juga lebih kuat dari lelaki, Clara ingin menegakkan hak Kita sebagai wanita nenda" ujar Clara memandang nendanya, namun begitu nendanya hanya mengangguk Dan mengiyakan segala kata Clara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience