BAB 4

Inspirational Completed 11898

Tanpa rasa gentar clara berjalan memasuki balai kehakiman dengan diiringi tatapan tajam oleh mereka yang berada disitu, “seperti yang diutuskan didalam kenyataan ini tuanku ratu clara dyviana sybian ingin membatalkan perjanjian yang telah dipaterikan oleh almarhum raja sybian dahulu dengan raja ethan, boleh patik tahu mengapa tuanku ingin membatalkan perkahwinan ini?" ujar hakim diraja.

clara hanya tersenyum dan berkata“beta tidak menginginkan perkahwinan ini, beta tidak perlukan raja untuk mentadbir kerajaan beta sendiri" jawab clara dengan berani, para hakim berbincang sesama sendiri, dan hakim diraja berkata“namun tuanku, bukankah ini satu pertanda yang baik, perkahwinan yang sering dinantikan oleh para puteri diraja yang lain,?"duga hakim diraja namun dibalas oleh senyuman sang ratu yang penuh bermakna, “jadi ? mengapa hakim sendiri tidak berkahwin sehingga kini? bukankah perkahwinan ini diidamkan oleh semua orang?" tanya clara membuatkan para hakim terkedu oleh soalan sang ratu itu.

hakim diraja menaap clara dengan pandangan tidak puas hati, “tidakkah tuanku inginkan zuriat dari rahim tuanku sendri, untuk menaung takhta tuanku nanti? " tanya hakim membuatkan clara rasa agak tercabar dengan peetanyaaan hakim diraja itu, nenda yang melihatnya agak gusar kerana takut cucunda nya akan hilang kesabarannya dan memarahi hakim.

clara melepaskan nafasnya dan terus berkata“ beta ratu clara dyviana sybian, beta tak perlukan zuriat untuk meneruskan takhta beta, beta boleh pegang takhta beta sendiri" ujar clara agak tegas.

para hakim berbincang dan sependapat “tuanku, walau bagaimanapun tuanku tetap wanita, dan dalam kekuatan seseorang pun wanita tetap wanita tuanku, tetap akan dipandang lemah oleh rakyat yang lain" kata yang keluar dari mulut hakim diraja itu membuatkan clara hilang sabar.RATU CLARA : BETA ADALAH RATU CLARA DARI KERAJAAN CRYSTAL! , BETA TIDAK PERLU TUNDUK KEPADA SESIAPA PUN, TIDAK PADA ETHALAN, TIDAK KEPADA ROMANIAN, TIDAK KEPADA SOUTHEAST!!,beta boleh pertahankan kerajaan beta sendiri tanpa ada pertolongan dari lelaki atau kudrat mereka, sepuluh tahun beta memerintah crystal tanpa goyah Dan akan berlanjutan sehingga hujung nafas beta!

( Para Hakim diraja hanya berdiam diri apabila dimalukan sebegitu oleh Clara, sementara nenda Clara hanya tersenyum melihat keberanian cucunda nya melawan para Hakim diraja)

Hakim : namun tuanku juga perlukan zuriat untuk teruskan takhta tuanku bila tuanku tiada nanti, tidakkah tuanku ingin kan zuriat dari Rahim tuanku sendri?

Clara: untuk apa beta mendapat zuriat, hanya untuk membiarkan musuh beta tahu yang beta ini hanya wanita lemah kerana hanya mengharapkan anak beta untuk menaiki takhta, maaf beta tidak perlu semua itu', bila tiba waktunya beta mati, beta akan serahkan takhta beta kepada anak lelaki dari sepupu beta iaitu puteri Lia.

Clara: beta tidak perlukan perkahwinan! , Batalkan ia atau kerajaan kamu semua akan berada dibawah tapak tangan beta!!
(Ujar Clara sebelum melangkah pergi, mereka yang mendengar berasa gusar dengan ancaman Clara, mereka tahu yang Clara dapat membuat apa sahaja yang dia inginkan dengan kehebatan nya itu')

Puteri Lia : Tuanku.. tidak perlu sekasar itu' untuk menegakkan kebenaran, tidak perlu setegas itu' untuk mengelak pertanyaan mereka, tidakkah tuanku berasa takut jika mereka menyerang Kita Dengan kerajaan bersatu tuanku?" ( Tanya putri Lia sambil menyentuh tangan Clara)

Clara : ( memandang putri Lia sambil menggenggam tangan sepupunya itu') usah gusar Lia, beta tidak apa²,beta sudah tahu rancangan mereka yang ingin musnahkan beta sejak dari dulu lagi, jagalah anak didalam kandungan mu dengan baik, kerana dia akan menjadi pengganti beta kelak( sambil mengusap lembut perut putri Lia).

“beta tidak pernah bermain² dengan kata kata beta lia, beta tidak perlukan seorang raja untuk memerintah, beta boleh hidup tanpa seorang raja , beta tidak faham, mengapa mereka selalu memandang rendah pada kaum wanita seperti kita? lemah sangat ke kita ini lia/" ujar clara melepaskan lelah yang teramat. ratu clara memasuki kamarnya dan berbaring di pembaringannya,

keesokan paginya clara berada dihadapan pintu istana, untuk menghantar nendanya kembali pulang ke singgahsana nendanya,“berhati-hatilah nenda ketika dalam perjalanan pulang ke singgahsana nenda nanti, cucunda selalu mendoakan keselamatan nenda disana" ujar clara sambil memeluk nendanya dan mencium kedua pipi nendanya. namun kegembiraan yang dipegang tidak lama, hadirnya dukacita selepas melepaskan nendanya pergi membuatkan clara hilang kewarasannya sebagai pemimpin kerajaan crystal..

assalamualaikum, mungkin novel kedua saya tak seronok dan tak menarik seperti rahsia hati, namun saya cuba untuk membuatkan novel ini lebih menarik dan seronok dibaca, maaf kalau ada tersilap bahasa dan terkasar bahasa dalam menulis novel ini, trima kasih untuk para readers, yang sudi membaca novel saya my powerful queen.. thanks everyone

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience