BAB 3

Inspirational Completed 11898

clara membuka matanya dengan dihiasi dengan cahaya pagi yang indah menyentuh lembjut pipinya, clara berdiri dan terus ke tandas untuk membersihkan dirinya, “tenangnya jiwa ini apabila dapat mandi air panas ini ” ujar clara sambil merehatkan kepalanya di tub mandi.

bunyi ketukan di kamar clara membuatkan clara menoleh kan kepalanya melihat siapakah gerangan yang mengetuk pintu kamar mandinya itu, “tuanku, raja ethan dan putra zayn datang mengadap tuanku, " ujar penasihat istana.“berikan masa beta sebentar untuk bersiap, bawa mereka ke ruang takhta beta" arah clara sambil berjalan keluar dari kamar mandinya.

putra zayn melihat ayahanda nya yang sedang menghirup secangkir teh itu seperti tiada apa yang berlaku, “ayahanda , benarkah apa yang kita buat ini, zayn rasa ini akan membuat ratu clara semakin murka lagi, tidakkah ayahanda dengar berita tentang apa yang terjadi pada raja ronan, bukan hanya sekadar kehilangan kerajaan nya malah nyawa nya turut melayang kerana memandang rendah pada ratu clara !" bisik putra zayan kepada ayahanda nya, mereka melihat ratu clara yang memasuki ruang takhta dengan penasihatnya, putra zayn menunduk sebagai tanda hormat, ”ada hajat apa kamu berdua kemari, tanpa menghantar kan ututsan!?" ujar clara sambil memandang mereka,raja ethan mendekati clara dan tersenyum,“ maafkan beta jika kedatangan beta ini tidak diundang!?" seloroh raja ethan, clara mengankat kening nya seakan tertarik dengan ucapan raja ethan.“

“jadi kamu ingin beta berkahwin dengan putra kamu untuk menunaikan perjanjian kamu dan almarhum bonda dan ayahanda beta begitu?” ujar clara dengan tegas, raja ethan hanya mengangguk kepalanya dan dengan pantas clara segera memintas,

“beta tidak akan pernah berkahwin dengan sesiapapun dan beta tidak akan berkahwin!!” ujar clara dengan berani, raja ethan hanya tersenyum dan berkata,”tuanku tidak boleh menolak permintaan ini, kerana ia dibuat dihadapan para hakim diraja, samaada tuanku suka atau pun tak? tuanku tetap harus berkahwin dengan putra beta, zayn" ujar raja ethan sambil menghirup kembali tehnya yang sudah agak sejuk.

clara hanya memandang raja ethan dngan pandangan sinis, “tetapi sekiranya beta tidak menginginkan pekahwinan ini, maka kamu tidak dapat memaksa beta untuk menyetujui perkahwinan ini" ujar clara tegas , “namun tuanku.. perkahwinan ini atas perjanjian dihadapan hakim diraja dan sebanyak mana pun tuanku cuba untuk menidakkan, tuanku tetap akan mengahwini putra zayn" setelah mengatakan itu, raja ethan melangkah pergi meninggalkan clara dan zayn , putra zayn hanya melihat clara dan berlalu pergi.

clara mundar mandir didalam biliknya membuatkan penasihat nya menegur ratu nya itu,“tuanku, apa yang tuanku gusarkan sehingga tuanku tidak berehat dari tadi?" tanya penasihat nya, clara berhenti sebentar dan berkalih kearah penasihat nya itu.“beta hanya gusar akan perjanjian yang terpatri oleh almarhum ayahanda beta dengan raja ethan dahulu kala, apa yang terjadi jika beta mengingkari nya penasihat?" ujar clara sambil memainkan tangan nya, penasihatnya hanya menggelengkan kepalanya, dan berkata“tuanku, patik rasa tuanku boleh menolak perkahwinan ini tetapi dengan syarat, tuanku haruslah menyatakan depan hakim diraja nanti tuanku" mendengar kata yang keluar dari mulut penasihatnya, “pintar sungguh otak kamu penasihat, hantarkan surat utusan untuk para hakim diraja dan katakan kepada mereka bahwa beta ingin membatalkan perkahwinan beta " ujar clara lalu melangkah pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience