Bonda ratu yang sedang merehatkan dirinya terkejut apabila kereta kuda yang dinaiki nya tiba - tiba berhenti, “ apa yang sedang terjadi pengawal, mengapa terhenti?" tanya bonda ratu.
pengawal yang sedang berjaga diluar tiba -tiba menarik bonda ratu keluar dan berkata“ ada musuh menyelinap dari semak dan membunuh pengawal-pengawal diraja tuanku, mari ikut patik supaya tuanku sela-.." sebelum sempat pengawal ingin melarikan bonda ratu satu anak panah terbenam di dada pengawal itu dan ia jatuh ketanah, bonda ratu terkejut namun ia tidak menyangka musuh mensasarkan anak panah padanya membuatkan nyawa nya juga melayang, dan rebah ketanah,
berita yang baru diterima oleh clara dari penasihat dirajanya membuatkannya terkedu dan terduduk menyentuh bumi“ sehingga kini patik tidak mengetahui siapakah gerangan yang membunuh bonda ratu, namun tuanku tidak usah khuatir, patik akan menyuruh para penyiasat diraja mencari tahu pembunuh itu" ujar penasihat untuk memujuk clara, namun airmata clara jatuh membasahi pipinya yang mulus itu, 'tidak guna raja ethan! kau ingin bermain kasar dengan aku, baiklah aku akan bermain juga dengan kau, namun secara halus, darah dibalas darah, nyawa!. dibalas nyawa!!' ujar clara didalam hati.
jenazah bonda ratu dibawa mengiringi para pengawal dan dayang istana, para rakyat juga turut berduka cita dengan kematian bonda ratu, clara yang melihat jenazah nendanya dengan hati yang hiba, cuba untuk menguatkan dirinya agar dia dapat menuntut bela atas kehilangan keluarganya dan nenda tersayang nya, “ penasihat utuskan surat kepada kerajaan ethalan yang beta menyetujui perkahwinan antara beta dan putra zayn” ujar clara membuatkan para penasihat dan pembesar istana seakan terkejut dengan keputusan ratu mereka ini,“tuanku benarkah apa yang tuanku perkatakan ini, berfikir sebelum bertindak tuanku, perkahwinan ini akan memusnahkan benteng yang kita pertahankan selama 10 tahun ini tuanku, patik tidak ingin tuanku susah di kemudian hari" ujar salah satu pembesar istana dengan kegusaran pada wajah tuanya,“ tidak usah khuatir pembesar, beta tahu apa yang beta lakukan, sepanjang kepergian beta, jaga kerajaan ini dengan baik, beta akan pulang dengan kemenangan namun bukan dari peperangan tapi dari akal licik beta sendiri" ujar clara sam,bil memerhati persiapan yang dibuat di luar istananya itu dengan hati yang dingin.
raja ethan yang mendengar khabar itu berasa bahagia yang teramat sangat, dia merasakan helahnya akhirnya menjadi dengan membunuh bonda ratu membuatkan clara berasa sunyi dan akan mengambil keputusan untuk mengahwini anakanda nya putra zayn, “ penasihat! carikan beta tukang pembuat baju pengantin yang terkenal di negara ini, beta inginkan yang terbaik untuk anak menantu beta di majlis mereka nanti." ujar raja ethan dengan hati yang gembira ,
hari berganti hari dan bulan berganti bulan , tibalah masanya yang dinantikan oleh raja Ethan, hari paling bahagia baginya dimana anakanda nya mengahwini ratu terhebat dari kerajaan yang digeruni oleh kerajaan yang lain, clara di sudut yang lain tidak merasakan keterujaan dan kegembiraan kerana dihatinya hanya ingin kan balas dendam.
“dimana janji tuanku untuk tidak pernah mengahwini anak kepada pengkhianat ini!" ujar putri lia berbisik, clara memandang dan mendekati putri lia dan membisikkan sesuatu membuatkan putri lia tersenyum dan jelas terlihat diwajahnya rasa berpuas hati dengan janji yang baru saja dibisikkan oleh clara, “beta tidak pernah patahkan janji beta, pengkhianat tetap akan jadi penkhianat, namun beta hanya ingin nyawa dibalas nyawa, darah dibalas darah, selepas itu kerajaan ethalan akan menjadi milik beta" ujar clara ,malam pun tiba, clara memasuki kamar yang dikongsi dengan putra zayn dan melabuhkan punggungnya dibirai katil, putra zayn yang melihat istrinya, mulai mendekati isterinya dan menyentuh bahu clara itu namun cepat ditepis oleh clara“jangan pernah menyentuh beta, beta tidak ingin tubuh beta disentuh oleh kamu" ujar clara dengan kasar,“apa gunanya berkahwin kalau tidak saling mencintai clara, dinda adalah isteri kanda, dan kanda berhak untuk menyentuh dinda!" ujar putra zayn dengan nada yang tidak berpuas hati.
clara berpaling dan menatap tajam pada putra zayn, “JANGAN PERNAH MENYENTUH BETA DENGAN TANGAN JIJIK KAMU, FAHAM!! BETA BENCI PEGKHIANAT DAN SELAMANYA BETA BENCI!!" marah clara dan terus memasuki kamar mandi,“ARGHH!!!!!, AKU BENCI MEREKA !!!!, AKU BENCI PENGKHIANAT SEPERTI MEREKA AKU BENCI!!" jerit clara didalam kamar yang didengar jelas oleh putra zayn, dia masih tidak tahu mengapa clara ingin mengahwininya sedangkan dia idak mencintai dirinya, dia rasa keliru dan bercelaru.
have fun read my novel readers....
Share this novel