BONUS PART

Inspirational Completed 11898

“Selamat pulang kembali tuanku, kami semua menunggu kepulangan tuanku, dan tahniah atas kemenangan tuanku dalaam menentang kerajaan ethalan" ujar para pembesar itu, yang disambut oleh anggukan dari menteri yang lain,

clara yang memasuki ruang takhta nya yang sekian lama tidak dimasukinya, membuatkan dia tersenyum kembali“Ini adalah dunia beta yang sebenar-benarnya, tanah kerajaan beta yang harus beta pertahankan, seperti apa yang beta janjikan, beta akan pulang dengan membawa kemenangan ” ujar clara yang disambut senyuman dari semua ahli yang berada di ruang itu, clara berasa seperti dihidupkan kembali, kejatuhan kerajaan ethalan adalah satu kepuasan terbesar untuknya,“ tuanku, patik yakin yang tiada siapa lagi yang berani mencabar dan mempersoalkn kehebatan tuanku ratu clara, mereka akan berfikir dahulu sebelum ingin menentang tuanku" ujar salah satu pembesar itu, membuatkan clara tersenyum megah, “jangan pernah mempersoalkan kehebatan beta, beta adalah ratu clara dyviana sybian, dan siapa yang menhalang jalan beta, akan beta hapuskannya seperti debu halus di udara, tanpa kesan sedikitpun!" ujar clara lagi, mereka yang berada disitu hanya tunduk sebagai tanda hormat kepada ratu mereka.

Keesokannya didalam majlis keramaian, semua kerabat diraja yang berada disitu menunduk apabila melihat clara, mereka seakan merasa takut dan gentar dengan renungan yang dilemparkan oleh clara,“tahniah tuanku, kerana peroleh kemenangan yang kejulung kalinya, patik amat bangga dengan tuanku" ujar putri lily dengan tanda hormatnya, clara mengangguk sebagai tanda menerima pujian itu“ beta hanya membalas kebaikan yang diberikan oleh mereka putri lily, dan mereka berborak tentang kehidupan mereka,.

Tanpa clara sedar ada seseorang yang menghampiri mereka berdua,“ampun tuanku, kerana mengganggu tuanku berborak, patik hanya datang kerana ingin mengucapkan tahniah atas kekejaman tuanku dalam mengambil tanah kerajaan ethalan" sambil tersenyum sinis, clara hanya tersenyum dan berjalan mendekati putra leo dengan tatapan dinginnya, “terima kasih atas pujian itu putra leo, namun beta masih kekurangan satu lagi kerajaan untuk digenggam, dan beta masih mencari siapa lagi yang ingin mencabar beta kerana beta akan tunjukkan taring beta yang sebenar" ujar clara dengan tenang namun membuatkan leo gentar dengannya, sedangkan putri lily yang melihatnya hanya tersenyum sinis. raja theodore yang melihat segera merapati anaknya, “ampun atas kelancangan anak patik berkata-kata, patik akan pastikan dia akan terima hukuman yang setimpal"ujar raja theodore seraya menarik baju anaknya ke tepi.

clara menegakkan kepalanya,dan memandang raja theodore dengan gerun,“pastikan anak kamu menjaga percakapannya dengan kerabat diraja lain, mungkin kerana mulut badan binasa raja theodore!" ujar clara, theodore menundukkan kepalanya sebagai tanda maaf, dan memaksa anak nya juga untuk minta maaf,“atu mungkin kah kamu tidak sayang akan kerajaan kamu yang sedang kamu pegang raja theodore, atau kamu sedia untuk lepaskan untuk beta .. hmmmh!" sambil memandang kedua beranak yang saling menunduk dan terketar, “beta tidak kejam theodore, tapi kalau anakmu membuat beta terasa mungkin kerajaan kamu akan senasib dengan kerajaan ethalan juga" ujar clara terus berjalan pergi.

riwayat mengatakan bahawa sehingga diakhir nafasnya, ratu clara tidak mengahwini sesiapa, setelah perkahwinannya dengan putra zayn, namun dalam kedinginannya dimata dunia, dia menyimpan rasa cinta kepada suaminya, namun kerana dendamnya terhadap raja ethan membuatkannya buta an melupakan cinta itu dan membunuh suaminya dihadapan rakyat jelata.

namun disaat akhir nafasnya dia mewariskan takhta nya kepada sepupunya, dan menghembuskan nafasnya yang terakhir sambil memeluk kain yang pernah dihadiahkan oleh almarhum putra zayn, suaminya yang dia kasihi dalam diam, kehilangan ratu clara membawa kedukaan pada rakyatnya, kesetiaan ratu clara kepada rakyatnya membuatkan kehilangan nya amat dirasai seluruh kerajaan yang dipegang oleh ratu clara, tamatlah alkisah ratu yang berani, “ tapi mama, kenapa tak romantik langsung! kenapa ratu tu hati dia keras sangat?" tanya mia yang masih memandang mamanya yang sedang meletakkan buku kisah itu dimeja tulis, “tidak semua kisah berpenghujungkan bahagia, namun kisah ini selalu memberi mama inspirasi, kerana ketabahan ratu clara tu, kehebatannya dalam melawan musuhnya, buat mama suka membacanya" ujar layla sambil mengusap kepala mia, dia menyuruh anaknya tidur dan menutup lampu biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience