"Awak dah lama ke belajar kat sini?",tegurnya
"Tak lah lama.. Baru je 2tahun",selamba sahaja Farah menjawab soalan Lutfan..
"Kalau tak silap saya, kita pernah jumpa kan before this?",
"Eh? Yeke?",
"4tahun lepas, kita berjumpa masa MTQ peringkat negeri.. And masa tu kita berdiri dekat belakang auditorium sebab tak cukup tempat",
"Lahhh.. Ingat jugak kau rupanya.. Ingatkan dah lupa ingatan",omelnya seorang diri.
"Err.. Ha ah.. Betul tu..",
"See? I know you lah",kata Lutfan sambil memberi senyuman yang manis kepada Farah.
"Aduhaiiii.. Cair pulak aku tengok kau senyum macam ni",katanya dalam hati.
Farah memegang pen lantas mencatat nota yang disampaikan oleh Prof di depan. Tidak mahu pedulikan Lutfan yang asyik banyak tanya dengannya.
Tepat jam 11, kelas pun tamat. Kelas awal habis kerana ada hal mustahak yang tak dapat dielakkan oleh Prof.
"hmm.. Farah?",
"Yes?",
"Kita lunch sama nak?", ajak Lutfan.
"Errr.. Tak boleh laa.. Saya dah janji dengan Natasya nak lunch sama",
"Ajak lah dia sekali",
"Saya takut dia tak selesa",
"Awak text dia dulu.. Then suruh dia tunggu kita dekat MCd.
"Err... Okay".
Farah terus text Natasya.. Dan tiba-tiba Natasya menergahnya dari belakang.
"Heiii! what are you doing here? Kenapa tak tunggu dekat tempat biasa?",
"Ishh! Kau ni. Terkejut aku.. Nasib baik aku tak ada sakit jantung.. Kalau tak, mau tak nya jantung aku tercabut",
"Hahaaha... Sorry... Ni kenapa pegang telefon? Kau nak call aku ke?",
"Ha ahh.. Aku nak bagi tau kau tadi suruh kau pergi MCd.. Lutfan ajak lunch",
"Wahhh.. Bukan main happy kau sekarang eh.. Siap lunch sama. waaa",usiknya
"Tak da makna nya",
"Ada makna",jawabnya selamba.
Tiba sahaja di MCd, Lutfan order di kaunter.. Kelibat seorang lelaki muncul lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Natasya..
"Haiii",sapa Rusydan.
"Err... Hai",
"Kenal saya tak?",tanyanya lagi.
"Of course lah kenal.. Adik Lutfan kan?",
"Exactly!",
"Dah agak dah.. Hahaha.. ni nak lunch sama ke?",
"Yup.. Abang saya call tadi dia kata dia tak selesa nak lunch dengan dua orang perempuan.. Lepas tu saya tanya siapa perempuan tu.. Dia pun cakap kawan baru.. Tu laa saya direct datang sini temankan dia",
"Uishh.. Panjang lebar jawapannya",usik Natasya.
"Untuk memudah awak dengan Farah faham.. Tak gitu Farah?",
"Eh.. Awak kenal saya jugak ke?",
"Mesti lah kenal.. Ummi awak dengan ummi saya kan kawan",
"Ohh yaaa..",
Perbualan mereka pun terhenti seketika.. Lalu menjamu selera.
Share this novel