Di dalam bilik kuliah, rakan di sekelilingnya sibuk bercakap tentang budak baru yang baru masuk.. Ada yang kata handsome laa, stylish laaa.. Sombong la tu la haihhh macam-macam lah!
Professor Hamid masuk dalam bilik kuliah seiring dengan budak baru, Lutfan.
"Baiklah.. Hari ni kelas kamu ada budak baru.. soo sila perkenalkan diri kamu kepada mereka semua",katanya kepada budak baru.
"Haii.. My name is Lutfan.. I'm from Sarawak.. Sebelum ni saya ambil bidang arkitek but now saya berubah fikiran dan memilih bidang undang-undang.. Harap awak semua selesa dengan saya and nice to meet you all's", Lutfan perkenalkan dirinya dengan kemas sekali.
Penuntut perempuan di situ bersorak riang dengan kehadiran pelajar baru.. Tapi, Farah hanya mampu terkaku.. Berdebar rasanya sama kelas dengan lelaki yang dia pernah cintai dulu.. Perasaannya bercampur-baur ketika itu.. Gembira ada.. Nervous pun ada.. Aduhai
"Okay.. Kamu boleh ambil tempat duduk kamu sekarang.. Kalau ada apa-apa, kamu boleh jumpa saya di pejabat..",
"Okay, Prof. Terima kasih".
Harap lah kau tak duduk sebelah aku.. Tau lah sebelah aku ni kosong.. Ya Allah.. Kau hindarilah dia daripada aku.. Aminnnn
"Excuse me.. Boleh saya duduk sini?",
"Alamak! Kenapa mesti sebelah aku?? Aduhaiii",omelnya dalam hati.
"Hello cik.. Boleh ke tak saya duduk sini?", tegurnya buat kali kedua.
"Eh.. Errr... Sure Duduklah",pelawanya.
Rilex Farah.. Calm down.. Jangan gelabah. Buat dek je.. Huh! Tarik nafas.. Hembus..
Share this novel