Farah mengenakan shawl berwarna lembut pada pagi itu. Baju plan kosong dan memakai palazzo berwarna coklat yang baru dibelinya 3 hari lepas. Farah tinggal dengan kawan rapatnya iaitu Natasya. Persahabatan mereka telah terjalin sejak sekolah menengah lagi. Walaupun tika itu mereka tidak sama kelas, namun setiap kali berjumpa, ada saja cerita yang hendak mereka kongsikan bersama. Di Universiti Islam Antarabangsa, mereka tidak mengambil bidang yang sama. Farah mengambil bidang undang-undang manakala Natasya bidang ekonomi dan sains pengurusan.
Farah pun segera turun ke bawah sebaik sahaja selesai bersiap. Mereka bergegas untuk pergi ke kelas dan seperti biasa Natasya yang akan drive kalau mereka nak pergi kelas.
"Errr... Balik nanti tunggu aku eh",
"But why? Bukan ke kelas kau habis pukul 1?",
"Memang laa kelas aku habis pukul 1tapi Kak Nurin text aku semalam yang dia nak jumpa aku lepas habis kelas",
"Ada apa dia nak jumpa kau? Mustahak sangat ke?",
"Entah.. Aku pun tak tau. Dia just cakap lepas aku habis kelas, tunggu dia dekat lobi. That's all.",
"Yelaa.. Yelaa.. Aku tunggu kau.Jangan lama sangat tau. Aku lapar, heee".
Jam menunjukkan sudah pukul 1. Farah pun duduk di lobi menunggu Kak Nurin manakala tika itu juga Natasya menunggu di tempat parking kereta. Beberapa minit kemudian, Kak Nurin pun sampai..
"Maaf laa.. Saya lambat",
"Tak pe.. Saya pun baru je sampai.. Hmm, apa yang Kak Nurin nak cakap dengan saya? Macam mustahak je",
"Memang mustahak pun... Kak nak bagi tau yang Lutfan dengan Rusydan akan daftar masuk kat sini minggu depan",
"Hahh?? Seriously??? Tapi kenapa tiba-tiba nak pindah sini?", soal Farah yang tidak tentu arah dengan pernyataan yang disampaikan oleh Kak Nurin sebentar tadi.
"Parents dia orang decide nak pindah KL terus so dia orang pun nak ikut sekali. Tu la dia orang nak daftar sini minggu depan",terang Kak Nurin dengan terperinci sekali.
"Flight dia orang pukul berapa?",
"Flight dia orang lusa, pukul 8 pagi",
"Hmm.. Okay.. So ada apa-apa lagi tak Kak Nurin nak cakap dengan saya?",
"Tu je... Hee",
"Okay lah.. Kalau macam tu saya balik dulu lah. Kesian Natasya tunggu saya lama-lama dalam kereta",
"Hati-hati... Assalamualaikum",
"Waalaikumussalam".
Share this novel