Bab 6

Romance Completed 9019

"Hai Farah",sapa Lutfan
"Haiii.. Awal datang?",
"Aik.. sebelum ni saya datang lambat ke?",
"Eh.. Tak... Cuma pelik. Hari ni awal sangat awak datang..",
"Awak lupa ke Farah? Hari ni kan kita buat discussion pasal presentation yang kita mesti siapkan dalam masa 2minggu?",
"Ya Allah! Nasib baik awak ingatkan saya.. Sorry lah.. Saya lupa.. Banyak sangat kerja yang nak disiapkan bulan ni",
"It's okay... Apa gunanya saya, kawan awak untuk ingatkan awak. Kan?",
"Merapu pulak kau pagi-pagi ni",omelnya

Mereka melangkah ke bilik kuliah dan mengeluarkan bahan rujukan yang dipinta oleh Prof tempoh hari..

Tamat sahaja kelas, Lutfan bagi tau dengan Farah yang dia nak jumpa Farah di taman..

"Err... Awak sudi tak keluar dengan saya malam ni?",
"Keluar? Pergi mana?",
"Taman",
"Malam-malam?",
"Tak da lah lewat malam.. Lepas isyak kita keluar lah",
"Hmm.. Okay..",
"Thanks Farah!"

Tepat jam 8:45, Lutfan sudah menunggu Farah.. Kemudian, Farah datang..

"Dah lama sampai?",
"Lama lah jugak",
"I'm sorry.. Ada hal tadi",
"Takpe.. Hmm actually ada benda yang saya nak cakap dengan awak?",
"Pasal apa?",
"Pasal hati saya",
"Ishh!! Main-main pulak awak ni.. Serious please.. Lutfan",
"I'm serious Farah.. Straight to the point, saya dah mula jatuh cinta dengan awak",

Farah terkaku.. Tidak tahu hendak kata apa kepada Lutfan.. Angin tak ada.. Ribut tak ada tetiba pulak cakap jatuh cinta dekat dia. Waras ke tak dia ni?

"Apa yang awak merepek ni Lutfan?",
"Saya tak merepek Farah.. Saya serious.. Takkan awak tak ada sikit pun perasaan terhadap saya?",
"Tapi.. Kenapa tiba-tiba je awak luah perasaan dekat saya? Setahu saya, kita baru je kenal. Impossible lah kalau awak kata awak dah jatuh cinta dengan saya",
"Demi Allah.. Saya betul-betul cintakan awak.. Sepanjang kita kenal, saya pendam perasaan saya terhadap awak.. Walaupun perit, saya cuba untuk menanggung keperitan yang saya rasa.. Saya tahu saya tak sempurna di mata awak",keluh Lutfan.
"Lutfan.. Di dunia ni, tak ada seorang pun yang sempurna.. hmm",
"Hmm..kalau kita nak jadikan sesuatu itu sempurna, why not kita nikah?",

Sluppp! Berdebar Farah dibuatnya dengan perkataan "nikah". Apakah ini Ya Allah? Andai Lutfan itu jodoh aku, Kau satukan lah kami Ya Allah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience