Mereka seperti biasa akan breakfast di cafe tempat biasa.. Tiba-tiba sahaja mereka terdengar perbualan penuntut di situ bahawa ada budak baru masuk UIA.
"Urghh... Aku rasa aku tau lah siapa dia orang cakap tu",
"Me too!", seloroh Natasya.
Usai breakfast, mereka berdua berjalan menuju ke lobi untuk melihat paparan mingguan..
Khusyuk Farah bermain telefon, seorang lelaki terlanggarnya tanpa sengaja..
"Maaf cik. Saya tak sengaja",
"It's okay.. Salah saya jugak jalan tak tengok depan", jawabnya tanpa memandang wajah lelaki itu.
Natasya hanya mengerling ke arah Lutfan lalu mengkhabarkan kepada Farah.
"Beb.. Takkan kau tak perasan muka lelaki yang kau langgar tu?",
"Aku... Aku tak sempat tengok lah.. Kau kenal ke?",
"Lutfan tho!",
"Hahhh?!!! Aduhai.. Macam mana laa aku boleh lupa yang dia daftar hari ni", keluh Farah.
"Eleh... Baru tadi kita cakap pasal dia.. Takkan kau lupa kot? Cliche ah kau ni",ejek Natasya.
"Serious weh.. Aku lupa.. Aku text dengan ummi aku tadi.. Dia kata minggu depan anak Pak Lang aku nak nikah.. So, ummi suruh aku balik.. Tu la aku tak berapa nak fokus sangat tadi",
"Dah tu? Kau balik ke?",
"Aku kena minta izin dengan Professor Hamid dulu laa.. Kalau dia izinkan, aku balik kot. Kalau tak, tak laaa",
Mereka berdua terus berpisah di lobi dan menuju ke bilik kuliah.
Share this novel