Rate

BAB 2

Other Series 1404

NOUVELLE HOTEL-

Ainul terkebil-kebil melihat hotel yang tersergam indah di hadapan matanya itu.Dia kagum dengan apa yang dilihatnya.Seketika dia sedar yang teksi sudahpun berhenti dan menunggu Ainul membuat pembayaran sebelum keluar dari perut kereta teksi itu."Maaf,berapa ya pakcik?"
"RM 50 sahaja. "
Ainul mengeluarkan sekeping 50 ringgit lalu dihulurkan kepada Pakcik tersebut.
Setelah mengeluarkan beg bagasi kecilnya dan beg sandang yang dipakainya itu,dia berjalan perlahan menuju ke pintu masuk hotel itu.
Usai membuat pembayaran untuk bilik hotel tempat dia menginap,Ainul bergegas masuk ke dalam lif yang sudah hampir tertutup.
'Fuh,nasib sempat!' desus Ainul.Dia ingin mengucap terima kasih pada jejaka yang telah menahan pintu lif untuknya tadi.Namun dia berasa kekok kerana cuma dia dan lelaki itu di dalam lif tersebut.
Tiba di tingkat 3 , pintu lif terbuka . Ainul melihat kunci biliknya,dia keluar tanpa memandang sekeliling.
Tergopoh-gopoh Ainul membuka pintu bilik namun tindakannya terhenti seketika pabila melihat jejaka tadi sedang membuka pintu bilik selang dua pintu daripada biliknya.Terkebil-kebil dia memandang lelaki itu,'hmmm...kacak.Gatalnya kau Ainul!' jerit benak hatinya.Tanpa sedar dia tersenyum,dan lelaki itu memandang pelik.
"Kau senyum kat aku ke?" tanya lelaki itu.
"Er....tak!" Ainul membalas sambil berlari masuk ke dalam bilik tanpa menghiraukan wajah pelik lelaki tadi.
"Pahal lak kau ni Ainul oi!sampai KL, macam ni pulak gatal kau ya!Hahaaha..."Ainul tergelak sendiri.Lucu pula,yela....ada ke sempat pula dia memuji paras rupa lelaki tadi.Adoi...malu je!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience