Rate

BAB4

Other Series 1404

"Err...Hai.Ada kerja kosong tak kat sini?" Tanya Ainul pada gadis bertudung biru laut dan berbaju kemeja putih.
"Sekejap saya panggil manager saya."
"Eh!Dhiya?"
"Err....cik siapa ya?kita kenal?"tanya gadis itu . Setahunya dia tidak ada kawan atau sedara mara perempuan secantik gadis dihadapannya itu.
"Ni aku la.Medina....Kau ingat tak?"
"Jap....Ainul....Ainul Raisya Medina?????"
"Iyer!Aku la.Weh rindunya kau."Ainul terjerit kecil.
"Ya Allah Aku rindu kau Medina!"Dhiya memeluk tubuh Ainul erat.
"Kau apa khabar Sekarang?Lama tak jumpa kau. Lepas spm masing masing hilang."Tanya Ainul sambil berjalan ke kerusi panjang yang tersedia di sebelah kaunter butik baju tersebut.
"Aku okay je.Macamni je hahaha.Kira rezeki aku dapat kerja kat butik ni walaupun aku tak minat. Tapi okaylah,sebab aku kan memang dari dulu suka buat kerja update update ni hahahaha."Dhiya ketawa kecil apabila teringat kisahnya dan Ainul ketika zaman sekolahnya.Setiap aktiviti ataupun kerja sekolah,dia akan mencatatkan untuk Ainul.Bukan Ainul yang minta dia buat begitu,tapi dia sendiri yang suka buat kerja seperti itu.
"Kau memang.Tapi aku macam suka lah butik ni.Aku kan nak jadi pereka fesyen.Lepas dapat result ingat nak masuk UITM. Tu yang nak kerja dulu,timba pengalaman." Balas Ainul pula sambil matanya melilar melihat hiasan dalam butik Kirana itu.
"Aku tahu lama dah kau memang minat benda tu dari sekolah lagi .By the way, aku manager kat sini.Tapi harini boss aku tak datang sebab ada meeting dengan client,so malam nanti aku bagitahu dia yang ada orang minta kerja.Tapi kau jangan risau,aku recomend la kau dekat dia. "
"Serius?Terima kasih Dhiya!sayang kau. "Ujar Ainul Medina Raisya teruja.
"Eley,baru nak sayang sayang.Hahaha,no problem la.Eh,kau duduk la dulu.Ada regular customer datang tu,aku nak pergi layan kejap.Duduk tau.Kau nak jalan tengok2 pun pergi la."Pesan Dhiya,Ainul hanya mengangguk sambil duduk dikerusi empuk berwarna putih itu.

Terdengar suara Dhiya bercakap-cakap dengan Customernya.Cekap juga Dhiya melayan pelanggan, padahal dulu Dhiya paling lembab di sekolah.
"Hai Datin , sorang aje ke?Anak datin yang hensem tu mana?"Dhiya mengusik Datin Jannah dihadapannya Itu.Selalunya,Datin Jannah akan datang bersama anak lelakinya.
"Ha a,harini I sorang je Dhiya.Amboi,kemain puji anak I.Ada hati ke tu?"Usik Datin Jannah pula.Dhiya pula menyengih seperti kerang busuk.
"Hehe...tak ada lah datin.Saja usik datin.Harini datin nak beli apa? "Tanya Dhiya beramah mesra.
"Harini I nak beli kan Gaun Malam buat anak bongsu I,Armelina tu. "
"Oh..ha mari la saya tunjukkan beberapa gaun malam."Dhiya berjalan ke arah rak rak besar yang menempatkan beribu gaun malam pelbagai jenis dan warna.Ainul yang turut sedang melihat gaun-gaun itu tersenyum ke arah Datin jannah dan Dhiya.
"Pekerja baru ke ni Dhiya?"Tanya Datin Jannah sambil memandang ke arah Ainul yang leka membelek gaun berwarna biru muda itu.
"Eh tak lah,kawan baik saya ni datin.Ainul nama dia.Ainul,meh sini kejap."Balas Dhiya sambil memanggil Ainul.Ainul menghampir mereka sambil tersenyum manis.
"Hai....Ainul ya?Cantik orangnya ni."Datin Jannah menegur Ainul dengan ramah.
"Ya, datin...Tak ada lah biasa je hehe.Datin nama apa?"Tanya Ainul cuba untuk beramah pula.
"Nama I,Jannah.Panggil Aunty Jannah pun boleh,Dhiya ni je saje panggil datin."Datin Jannah merendah diri.Walaupun dia kaya, dia lebih selesa hidup biasa-biasa.
"Hihi...baik lah Aunty Jannah." Ainul tersenyum manis.
"Ainul ni datin,dia akan kerja sini jugak nanti.Sebabnya,dia memang minat sangat bab bab fashion.Memang pakar."Dhiya memulakan bicara.
"Ish...tak ada lah.Ainul minat je,tapi tak ada la pakar pun. Dhiya saja je cakap macamtu."Ainul merendah diri pula sambil memberi jelingan tajam kepada Dhiya.
"Wah...baguslah macamtu.Apa kata Ainul tolong Aunty pilih gaun mana yang sesuai dengan anak Aunty."
"Boleh je,anak Aunty umur berapa and pakai gaun untuk pergi mana?"Ainul memulakan skillnya memilih gaun untuk Datin Jannah.
"Anak Aunty baru Form 4 ,gaun nak pakai pada majlis hari jadinya nanti."
"Okay kalau macamtu,warna apa pun takkesah kan?Saya cadang warna biru muda ni,sebab warna dia sangat soft dan sesuai dengan remaja yang mood mereka lebih banyak enjoy dan always ceria."Cadang Ainul yakin.Dia memberikan gaun biru muda paras bawah lutut yang mempunyai perincian berlian serta rama rama di kain nya.
"Cantiknya!I suka....pandai la you pilih."Datin Jannah kagum akan Ainul,memang benar gaun yang dipilih Ainul amat sesuai untuk anaknya.
"Tak ada lah datin,Ainul cadangkan je...hihi."
"Amboi Ainul,kau caras kerja aku la nampaknya. "Dhiya mula mengusik Ainul,Ainul menyengih sehingga menampakkan barisan gigi yang putih.
"Okaylah guys,I pilih gaun ni okay. Thanks for your help Ainul.Nanti datang lah rumah i sabtu ni Ainul,Dhiya."Datin Jannah tersenyum ke arah mereka berdua sambil mengeluarkan duit untuk membayar gaun yang diambilnya itu.
"Insha Allah datin,tak ada aral melintang I dengan Ainul muncul la kat rumah datin nanti."Dhiya berkata seraya mengangguk dan bersalam dengan Datin Jannah,begitu juga Ainul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience