Rate

Prolog

Other Series 1404

Ainul memandang siling putih dengan pandangan kosong.Jiwanya terasa kacau.Dia tidak tahan mendengar cemuhan penduduk kampung tentang dirinya.Dia sedar dia juga tidak tahu siapa bapa kandungnya,dia cuma tahu tentang ibunya yang hilang 20 tahun yang lalu.Ibunya bernama Suzana Erdina.Itu yang dimaklumkan oleh atuk dan nenek kepadanya.Menurut nenek ,ibunya lari bersama ayah namun kemana mereka pergi itu tiada siapa yang tahu . Baginya,cukuplah itu sahaja yang dia ketahui.Walaupun dia turut ingin tahu siapa bapa kandungnya,namun dia faham pasti ada sebab mengapa nenek dan atuknya tidak mahu menceritakan tentang ayahnya.
Disebabkan itu,kad pengenalannya juga tiada nama bapa.Hanya tertera namanya sahaja.Dia bingung apabila guru dan rakan-rakan bertanya sewaktu dia di bersekolah di sekolah menengah dahulu.
Jadi,untuk tidak memalukan nenek dan atuknya dia perlu pergi dari kampung itu.Dia tidak sanggup melihat atuk dan neneknya yang dikasihi itu terluka setiap kali dirinya dicerca dan dihina.Dia berat hati untuk meninggalkan rumah itu,namun dia tiada pilihan.Dia perlu membawa diri dan mencari kehidupan sendiri serta membalas jasa atuk dan neneknya yang telah membesarkan dirinya dengan penuh kasih sayang dan didikan agama yang sempurna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience