Rate

BAB 1

Other Series 1404

"Nek...atuk,Ainul pergi dulu.Doakan Ainul dapat kerja kat Kuala Lumpur nanti tau.Ainul sayang atuk dan nenek." Ainul mendakap erat kedua-dua tubuh Atuk dan neneknya di hadapan pintu rumah.
"Ya Ainul,atuk dan nenek sentiasa doakan kamu.Ingat pesan atuk,jaga diri jaga maruah.Kamu perempuan,perlu jaga maruah diri.Ingat ya." Pak Andak memandang sayu wajah cucu kesayangannya itu.Dia mengusap ubun-ubun Ainul Raisya Medina.Dia terasa seperti baru semalam Ainul dijaga olehnya.Sayu dan sedih.
"Ainul jaga diri baik-baik ya,nenek tahu kamu kuat.Jangan ambik kesah sangat apa orang nak cakap,janji kamu tahu apa yang kamu buat.Nenek sayang kamu cu....jangan lupa pada nenek dan atuk.Solat jangan tinggal,ingat Allah sentiasa." Wan Misah mengesat air mata yang mula berjujuran.Dia tidak tahan,dia sungguh sebak kerana cucunya itu terpaksa berjauhan dengannya.Dia amat sayangkan cucunya lebih dari segalanya.
"Ainul ingat pesan atuk dan nenek.Ainul tak akan lupa.Nanti Ainul cuti,Ainul balik jenguk atuk dan nenek ya?Ainul pergi dulu ni,teksi pun dah tunggu tu.Atok dan nenek jaga kesihatan tau."
Pesan Ainul lagi sambil senyum simpul,dia tidak mahu nenek dan atuknya berasa sedih.
"Ya,baiklah Ainul.Pergilah."Nenek mengenggam erat tangan Ainul sebelum melepaskan genggaman tangan.
Setelah mengucap salam dan mencium tangan kedua nenek dan atuknya,Ainul mengangkat beg dan barang-barangnya ke dalam teksi.Lambaian Ainul dari tingkap teksi yang perlahan-lahan meninggalkan kawasan halaman rumah Wan Misah dan Pak Andak itu membuatkan Wan Misah kembali sedih.
Melihatkan keadaan itu,Pak Andak memimpin Wan Misah untuk masuk dan berehat.Dia faham benar isterinya itu bukan boleh jika susah hati,pasti nanti tidak boleh tidur dan hilang selera makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience