Rate

BAB 3

Other Series 1404

Ainul bersiap-siap selepas solat subuh,pagi itu dia ingin keluar mencari kerja.Namun dia perlu bersarapan dahulu kerana jika dia lambat bersarapan,perutnya akan mula meragam dan mula gastrik.Ainul mengenakan Selendang kosong berwarna hitam,baju kemeja berwarna coklat gelap dan seluar jeans biru gelap dengan kasut tumit tinggi yang tidak terlalu tinggi berwarna hitam.Dia juga mencapai beg tangan kecilnya berwarna sedondon.Walaupun dia gadis kampung,namun dia mengikut semua perkembangan fesyen terkini melalui telefon bimbitnya.Selama 2 tahun dia bekerja di kampung dan menyimpan duit bagi membeli segala pakaian yang mengikut trend terkini.Oleh itu,tidak ada orang yang akan tahu dia datang dari kampung.
Ainul menepek bedak kompak jenama Silky Girl dan mencalit sedikit lipstik merah ke bibir mugilnya itu.Ringkas namun menarik sesiapa sahaja yang melihatnya.
Walaupun Ainul agak rendah,namun bentuk badannya yang menawan menampakkan dia lebih cantik dengan ketinggian hanya 158 cm sahaja.
Setelah berpuas hati , Ainul bergerak turun ke lobi hotel untuk bersarapan pagi.
Ainul berjalan perlahan sambil mata kecil berwarna perang itu melilar melihat sekeliling.Tatkala dia leka mencuci mata melihat seni bina hotel yang tampak ringkas dan unik itu , tiba-tiba dia terasa seperti badannya dirempuh keras oleh seseorang.Matanya terpaku, mulut terlopong.Bahu dan punggungnya mula terasa perit kala tubuhnya mencium lantai.Kepala Ainul mula terasa berpinar-pinar.Perlahan-lahan anak matanya memandang sekujur tubuh yang memandang wajahnya dengan muka yang cemas .
"Errr....sorry." Lelaki itu menghulur tangan untuk membantu Ainul bangun namun ditolak lembut dengan ungkapan terima kasih oleh Ainul.Ainul malu dan berasa agak marah kerana badannya mula terasa sakit-sakit.
"Tak apa!" Ainul berkata ringkas dan bangun secepat mungkin lalu berlalu pergi meninggalkan lelaki yang memandangnya terkebil-kebil.
'Cantik.....'
Hati Amirul Idzwan berdebar-debar kala menyebutkan perkataan itu.Itulah kali pertama dia memuji seorang gadis.Dia anti perempuan sebenarnya.Bukan kerana dia 'gay' tapi kerana dendamnya terhadap bekas kekasihnya dulu membuatkan dia tidak berminat untuk bercinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience