Chapter 11

Fanfiction - KPOP Completed 1540

Yu Ri mengemas pakaiannya kedalam dua buah bagasi besar.Langsung tak dipedulikan Lily yang berada dibelakangnya ketika itu. "Yu Ri,kau pasti ke nak pergi sana?"soal Lily.
Yu Ri mengeluh panjang. "Berapa kali aku kena cakap,Lily?Aku memang nak pergi sana."balas Yu Ri. "Kau cuma nak larikan diri dari Min Hyun kan?Kau bukannya nak sambung belajar pun!"
Riak wajah Yu Ri berubah. "Dia ada Erin kan?Buat apa aku kacau dia?Baik aku pergi sambung belajar je kan?"ucap Yu Ri sedih. "Kau ni..kan aku dah cakap,tu cuma rancan.."Belum sempat Lily menghabiskan ayatnya,Yu Ri telah memotong.
"Dah!Kau tak payah cakaplah,Lily.Tu semua tipu je!"kata Yu Ri lalu berlalu ke dapur. "Haihh..keras betul hati kau,Yu Ri.."keluh Lily perlahan.
Sudah beberapa bulan Yu Ri dan Min Hyun tak berjumpa,ada je alasan yang direka oleh Yu Ri semata-mata tak mahu berjumpa dengan "sahabat"nya itu.
Dia masih lagi cintakan Min Hyun,cuma disebabkan salah faham yang terjadi menyebabkan Yu Ri ragu-ragu terhadap perasaannya.Lebih baik dia pendamkan sahaja daripada terus dilukai..
Lily menemani Yu Ri ke lapangan terbang.Dalam hati,Lily mengutuk Min Hyun kerana merancang idea sebegini.Tengok,kan Yu Ri dah salah faham!
"Okeylah,Lily.Sepatutnya aku dah kena masuk kapal terbang ni.Aku pergi dulu ya."ucap Yu Ri lalu berjalan pergi tetapi langkahnya terhenti apabila seseorang menjerit memanggil namanya.
"Yu Ri!!"Min Hyun berlari kearah wanita itu lalu memeluknya. "Tolong jangan pergi,aku perlukan kau.."kata Min Hyun sayu.Yu Ri menolak lelaki itu menjauhi tubuh badannya.
"Maafkan aku,Min Hyun.Tolong,jangan halang aku pergi."Yu Ri lantas berpaling meninggalkan Min Hyun di belakang.Min Hyun menangis melepaskan segala yang terbuku dalam hatinya.
"Maafkan aku,Min Hyun sebab akulah,kau menangis."bisik hati Yu Ri.Tanpa disedari,air matanya turut mengalir melihat cinta hatinya itu menangis.Sakitnya perasaan ni,cuma dia yang tahu.
Di dalam kapal terbang,Yu Ri hanya dapat membayangkan wajah Min Hyun.Dadanya terasa sesak,apakah perasaan ini?Tiba-tiba,telefonnya berbunyi menandakan terdapat mesej yang masuk.
"Alamak,lupa pulak nak off phone."gumam Yu Ri lalu membaca mesej yang diterimanya.Seketika kemudian,dia tersenyum.Nampaknya,masih ada yang setia menantinya walau dalam apa jua situasi.
"Yu Ri,saya akan sentiasa tunggu awak.Saranghae," -Taehyung
"Maaf,Taehyung.Hati saya dah mati untuk awak.Dalam hati saya,cuma ada Min Hyun je."ucap Yu Ri perlahan.Cuma boleh didengari oleh dia sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience