Chapter 13

Fanfiction - KPOP Completed 1540

Beberapa bulan kemudian..
"Min Hyun!"Yu Ri berlari kearah Min Hyun lalu memeluk lelaki itu. "Issh,rindu sangat kat saya ke?"usik Min Hyun. "Mana ada!"balas Yu Ri malu-malu.
Akhirnya,Yu Ri menerima cinta Min Hyun selepas lama lelaki itu berusaha untuk menambat hatinya.Sekarang,mereka ialah couple yang sangat sweet!
"Okeylah,saya nak mandi dulu.Awak berseronoklah ya?"ucap Min Hyun lalu menaiki tangga menuju ke bilik air. "Hmm..nak buat apa ya?"gumam Yu Ri.
Dia menaiki tangga lalu masuk kedalam bilik tidurnya yang dikongsi dengan Min Hyun.Matanya terpandang diari yang berada di dalam salah satu laci meja solek.
"Kenapa dia biarkan diari dia macam tu je?"Tiba-tiba,muncul idea jahat didalam kepala Yu Ri.Dia akan membaca diari itu lalu mengusik Min Hyun.
Yu Ri mengambil diari itu lalu menyelak mukasuratnya satu-persatu.Bagaikan terdapat pisau yang menikam hatinya,begitulah perasaan Yu Ri sebaik terbaca apa yang ditulis oleh namchinnya.
"Erin,kenapa kau pergi terlalu awal?Tanpa kau,aku tak rasa aku boleh hidup.Ya,memang aku cintakan Yu Ri tetapi aku juga ada perasaan pada Erin.Sebelum Erin pergi,dia suruh aku cari Yu Ri dan kahwin dengan dia."
"Erin suruh aku bahagiakan Yu Ri.Aku akan tunaikan permintaan terakhir kau,Erin.Walaupun aku rasa cinta aku kepada Yu Ri tidak sekuat dulu,sekurang-kurangnya,aku telah melaksanakan permintaan terakhir dia."
Air mata Yu Ri menitis.Sampai hati Min Hyun!Jadi selama ni,Min Hyun berpura-pura mencintai dia?Semata-mata untuk menunaikan hasrat terakhir Erin?Kenapa?
Yu Ri tahu Erin telah meninggal dunia dua tahun yang lalu akibat kanser paru-paru tetapi dia tak tahu bahawa dalam tempoh waktu yang dia tiada di Korea,Min Hyun telah jatuh cinta terhadap Erin!
Kenapa awak kejam sangat,Min Hyun?Kenapa awak permainkan perasaan saya lagi?Adakah saya cuma mainan awak yang awak boleh buat sesuka hati?Kenapa,Minhyun?Kenapa?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience