Chapter 5

Fanfiction - KPOP Completed 1540

"Tae..Taehyung?"Yu Ri terkejut melihat Taehyung sedang berdiri dihadapan rumahnya. "Yu Ri,Oppa rindu Yu Ri.."Taehyung memeluk Yu Ri erat tetapi segera ditolak oleh wanita itu.
"Apa yang awak nak?"soal Yu Ri. "Yu Ri,kenapa tak panggil saya,Oppa?"Entah kenapa,tiba-tiba Yu Ri berasa jengkel dengan perangai Taehyung.Macam budak kecik!
"Why should I?Kita dah putus,jadi panggilan tu dah tak bermakna buat saya."balas Yu Ri dingin. "Tapi,saya teringin nak dengar Yu Ri panggil saya macam tu lagi.."kata Taehyung.
"Kan ramai peminat awak panggil awak,Oppa.Tak puas lagi ke?"perli Yu Ri sinis membuatkan Taehyung malu. "Yu Ri,saya cuma nak berkawan dengan Yu Ri semula.."kata Taehyung.Tanpa sedar,kata-katanya merobek lagi hati Yu Ri yang terluka.
"Berkawan?Hmm..okey."Jawapan Yu Ri membuatkan Taehyung gembira.Selepas dah lama berkawan,dia akan memikat Yu Ri semula.Lagipun,dia tahu segalanya tentang Yu Ri.Ini satu kelebihan bagi dia.
"Tapi,BERKAWAN sahaja.Okey?"Yu Ri memandang Taehyung yang berada di hadapannya.Macamlah dia tak tahu apa yang berlegar-legar dalam kepala lelaki tu. "Hmm,okey." Taehyung mendekati Yu Ri dan ingin memeluknya. "Sorry,saya banyak kerja.Saya masuk dulu ya?"
Yu Ri berjalan masuk kedalam rumahnya meninggalkan Taehyung terkebil-kebil seorang diri. "Taehyung,selama ni..kita cuma berkawan je ke?"bisik Yu Ri sayu kepada dirinya.Ayat Taehyung sebentar tadi terngiang-ngiang di telinganya.
"Yu Ri,saya cuma nak berkawan dengan Yu Ri semula.."
Jadi,sebenarnya apa yang mereka lalui sebelum ini..bukanlah cinta?Hanyalah sebuah persahabatan yang banyak plot twistnya ke?Wow,Taehyung memang bijak melukai hatinya dalam diam..
Petangnya..
Yu Ri berjoging di taman yang berdekatan dengan rumahnya bersama Min Hyun apabila tiba-tiba,larian mereka terhenti.
"Apa awak nak,Taehyung?"soal Yu Ri.Dia berasa jengkel apabila Taehyung berdiri dihadapannya sambil berpakaian segak.Baru balik photoshoot lah tu!Tapi..apa kat tangan dia tu?
"Nah."Taehyung menghulurkan bekal makanan yang dipegangnya sejak tadi.Min Hyun hanya memandang mereka berdua dengan cemburu walaupun dia tahu Yu Ri tak lagi mencintai Taehyung.
"Apa ni?"soal Yu Ri. "Kek.Awak makanlah nanti."balas Taehyung.Kek?Seriuslah?Lepas bersenam ni,dia bagi kek untuk dimakan?Hadoii..tak faham betullah..
"Wah,kek!Yu Ri,aku lapar ni!Aku makan kek tu ya?"Min Hyun merampas bekal makanan yang berisi kek tu dari tangan Yu Ri dan segera menikmatinya. "Thanks,Taehyung."ucap Yu Ri lalu dia memakan sepotong kek tu sebelum tiba-tiba sesak nafas.
"Mi..Min..Hyu..Hyun.."Yu Ri memanggil Min Hyun yang sedang enak menikmati kek yang diberi Taehyung. "Yu Ri!"Min Hyun segera menggeladah beg galas yang dibawa Yu Ri dan mengeluarkan sebotol air dan bekas yang penuh berisi pil.
"Woi,apa kau buat tu hah?!"Taehyung menolak Min Hyun jatuh apabila lelaki itu menghulurkan pil berwarna putih kepada Yu Ri. "Kau gila ke,Taehyung?!"Min Hyun segera bangkit lalu berlakulah pergaduhan antara mereka berdua.
"Min Hyun.."Yu Ri memanggil nama sahabatnya iti sekali lagi sebelum dia jatuh pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience