Chapter 12

Fanfiction - KPOP Completed 1540

3 tahun kemudian..
"Min Hyun hyung,kau okey tak?"soal Jin Young yang merupakan salah seorang ahli Wanna One. "Huh?Aku okey jelah!"balas Min Hyun cuba merahsiakan perasaan gelisahnya.
Hari ini ialah 27 Julai.Tarikh hari jadi Yu Ri.Sampai sekarang,dia dan Lily langsung tak menerima apa-apa khabar daripada sahabatnya yang seorang itu.
Nampaknya sibuk sangat dengan pelajarannya di Australia sana.Atau,Yu Ri hanya mahu mengelak dirinya? "Hmm..yelah,hyung.Hah,kau nak apa,hyung?Aku pesankan."soal Jin Young.
"Macam biasalah.Kau pun tahu kan kegemaran hyung?"balas Min Hyun.Jin Young mengangguk lalu berjalan kearah kaunter untuk memesan makanan.
"Macam manalah khabar Yu Ri kat sana ya?Aku rindu dia.."bisik hati Min Hyun.Seketika kemudian,seorang wanita yang baru sahaja melangkah masuk kedalam cafe' menarik perhatian Min Hyun.
"Macam kenal je yeoja tu.Kejap..dia nampak macam.."Min Hyun menggosok matanya.Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Bukan ke itu..Yu Ri?
Min Hyun melangkah kearah wanita itu lalu mencuit bahunya. "Yu Ri,lama tak jumpa."sapa Mim Hyun sebelum wanita itu sempat menoleh ke belakang.
"Min..Hyun?"Memang tepat!Di depannya ini ialah Song Yu Ri,wanita yang pernah dan masih lagi dia cintai. "Wah,tak sangka boleh jumpa kau kat sini!"Yu Ri memeluk Min Hyun erat.Memerah wajah lelaki itu sebab malu.Hahaha..
"Bila kau balik dari Australia?"soal Min Hyun. "Baru seminggu yang lepas.Aku dah habis semester ketiga dah pun.Sampai sini jelah aku sambung belajar kat sana."jelas Yu Ri.
"Aik?Kenapa tak nak habiskan terus pelajaran kau?Rugi nanti!" "Susah lah.Ingat senang nak cakap English?Lagipun,aku rindu keluarga aku,Lily dan..kau.."
Mata mereka berdua bertembung sebelum Yu Ri menundukkan wajahnya semula.Dia selalu kalah apabila bertentang mata dengan Min Hyun.Pandangan lelaki itu,menusuk masuk kedalam hatinya.
"Yu Ri,aku.." "Tak perlu.Aku dah tahu.Itu cuma rancangan kau,Yu Na dan Erin kan?"Min Hyun terkedu.Yu Ri dah tahu? "Kau dah tahu?Dah tu,kenapa kau langsung tak call aku?"soal Min Hyun.
"Min Hyun,kau ingat hati yang terluka boleh pulih dengan cepat ke?Sampai sekarang,hati aku masih berdarah disebabkan apa yang kau buat,tahu tak?"
"Walaupun aku tahu itu cuma rancangan kau,tapi aku masih ada perasaan.Aku terluka.Aku merana.Aku derita.Setiap hari,aku bernafas dengan merindui kau.Aku tak pernah lupakan kau walau sesaat."
"Tapi,kau layak dengan orang lain.Aku tak patut bersama kau.."Mata Yu Ri bergenang dengan air mata.Ya,dia terluka sangat-sangat mengenang peristiwa 3 tahun lalu.Entah kenapa,dia jadi sangat beremosi.
"Aku cintakan kau,Yu Ri!"luah Min Hyun sambil memandang tepat kedalam anak mata wanita di hadapannya itu.Masih adakah cinta Yu Ri untuknya?
"Maafkan aku,Min Hyun.."ucap Yu Ri sebelum berlalu pergi. "Hyung,siapa perempuan tadi tu?"soal Jin Young yang dari tadi,hanya memerhati.
"Bukan sesiapa.Dia cuma kawan aku."balas Min Hyun.Yu Ri terdengar kata-kata Min Hyun.Dia melangkah keluar dari cafe' itu dengan hati yang luka.Benarkah dia cuma seorang kawan di mata Min Hyun?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience