Chapter 8

Fanfiction - KPOP Completed 1540

Dah 3 bulan berlalu sejak Taehyung dan Yu Ri berkawan.Macamlah Yu Ri tak tahu Taehyung nak couple balik dengan dia.Buat masa sekarang,dia lebih suka melayan perasaannya terhadap Min Hyun.Tak tahu kenapa,dia dapat rasakan satu perasaan aneh bila dia lihat Min Hyun.
Rasa bahagia dan tenang bila lihat wajah kacak Min Hyun.Dia selalu rasa gelisah dan cemas bila Min Hyun tak menjawab panggilan telefonnya atau tak membalas mesejnya.Adakah yang dirasainya ini ialah..cinta?
TING!
Satu mesej masuk kedalam telefon Yu Ri.Dia mencapai telefonnya lalu tersenyum.
"Hi,Yu Ri."-Min Hyun
"Hi,ada apa kau message aku?"-Yu Ri
"Saja-saja.Aku bosanlah."-Min Hyun
"Kalau macam tu,ikutlah aku jalan-jalan."-Yu Ri
"Malaslah."-Min Hyun
"Pemalas!"-Yu Ri
"Yu Ri,nak tanya boleh tak?"-Min Hyun
"Apa?"-Yu Ri
Yu Ri tertanya-tanya apakah soalan Min Hyun.
"Kau ingat tak gambar perempuan yang kau tunjuk kat aku tu?"-Min Hyun
"Ingat.Kenapa?"-Yu Ri
"Siapa dia?"-Min Hyun
"Erin.Kawan baik Yu Na.Kenapa kau tanya pasal dia?"-Yu Ri
"Kalau aku dating ngan dia,okey tak?"-Min Hyun
Yu Ri terkedu.Soalan apakah yang ditanya sahabatnya ini?Aduhh..tiba-tiba,rasa menyesal pulak tunjuk gambar Erin kat dia..
"Hari tu,aku dengar..dia ada boyfriend!Hah,tak bolehlah kau dating ngan dia."-Yu Ri
Selepas beberapa minit,baru Min Hyun membalas mesejnya.
"Kenapa kau tipu,Yu Ri?"-Min Hyun
"Maksud kau?"-Yu Ri
"Yu Na ngan Erin tu ada depan aku ni.Aku tanya dia,dia cakap dia tak ada boyfriend."-Min Hyun
"Uhh..aku fikir..dia ada boyfriend!"-Yu Ri
"Hmm..kau datanglah Rock Cafe'.Jumpa kitaorang kat situ."-Min Hyun
Yu Ri menarik nafas lega.Huii..boleh pulak tipu Min Hyun walhal Erin tu kat depan dia.Tapi,Min Hyun tak cakap pun dia berjumpa Yu Na dan Erin.
Min Hyun memandang telefonnya sambil tersenyum. "Oppa,macam mana?Unnie cakap apa?"soal Yu Na ingin tahu. "Tadi,dia tipu Oppa,cakap Erin ada boyfriend."beritahu Min Hyun.
"Erin rasa,Yu Ri unnie jealous kot bila Min Hyun Oppa tanya pasal Erin."kata Erin.Min Hyun cuma tersengih-sengih. "Yu Na,Erin,pastikan korang berdua ikut rancangan yang kita atur tadi!"arah Min Hyun.
Erin dan Yu Na mengangguk-anggukan kepala. "Yu Ri..hati kau tu keras sangat.Terpaksa aku buat macam ni.."bisik hati Min Hyun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience