Ting ! tanda mesej masuk.
Irah : Weh, aku ada kat bawah ni. cepat sikit turun. Kau ingat masa lunch ni boleh tunggu kita?
Me : Dalam lift ni. sabar la haish.
Irah : [thumbs up] [thumbs up]
Mata aku melilau mencari kereta Irah turut dibantu oleh Nadiyya.
"Mana pula si Irah ni.." rungut aku. mana tak nya. tadi disuruh cepat katanya sudah dibawah tapi batang hidung dia pun tak nampak apatah lagi bayang-bayang !
"Guys ! sini lah !" terlihat irah melambai-lambai kearah kami.
"Kau letak kereta kat mana weh ?! penat cari." rungut aku.
"Sorry guys. tadi tak ada parking. Tu yang aku terpaksa letak kereta jauh sikit" kata irah sambil kami bergerak menuju ke kereta Honda miliknya.
Disebabkan waktu lunch yang singkat ditambah masalah sebentar tadi, kami hanya makan di kedai Keluarga De'Corner Tomyam. Aku ni bukan jenis memilih sangat. Janji ada nasi aku boleh makan ! Hehe.
"Bella, cerita la asal usul nama panggilan kau tu.. kenapa Bella?" Soal Nad dengan tidak sabar selepas selesai order makanan.
"Ish Nad ni.. tak sabar pula. Hahaha. Ok. Bella tu maksudnya Si Cantik." kata aku dengan senyuman.
"Ok ceritanya macam ni. Dulu aku pernah kemalangan dan aku koma selama 3 bulan. Semua orang putus asa bahawa aku tak boleh sedar semula, termasuk semua doktor kawan-kawan yang lain. Doktor cadangkan nak cabut segala bantuan mesin untuk aku hidup dan biar aku pergi dengan tenang sebab hidup aku no fifty-fifty. Tapi family aku terutama mak aku tak izinkan dan mak aku yakin aku akan sedar nanti biarpun kos hospital yang mahal.So, doktor pun bersetuju untuk bagi peluang selama lima bulan sahaja, habis sahaja tempoh itu doktor akan biarkan aku pergi selamanya." cerita aku.
"Oh ye ke? Lagi?" sampuk Nadiyya.
"Boleh tak jangan sampuk apa yang aku cakap" kata aku dengan geram.
"Okay. sorry. tengah khusyuk tadi tapi kau tiba-tiba berhenti" Nadiyya memohon maaf.
"Dua fresh orange, Satu watermelon juice. Sizzling mee satu, nasi goreng thai dan fish and chips" senyum pemuda itu.
"TERIMA KASIH !" ucap kami bertiga tanda terima kasih. Lalu berlalu pemuda itu.
"Ok. sambung semula. kali ni jangan menyampuk lagi ya? sebarang persoalan selepas tamat cerita ya?" aku memberi peringatan.
"Then, bila hampir dua bulan aku koma. Semua yang aku sayang terutama bakal tunang aku, tinggalkan aku. Yang setia menunggu aku hanya family aku, sahabat aku Si Irah ni, Ana and Zara je. Saudara mara yang lain pun tidak menjeguk aku dah, mereka kata aku tak mampu dan patut lepaskan. Aku dibedah sebanyak tiga kali, dan alhamdulillah selepas tiga bulan penantian aku sedar. Yang aku kenal Irah, mak aku dan ayah aku je. Orang lain semua aku tak ingat. So ini berdasarkan cerita mak aku la, Bella merupakan gelaran yang diberi oleh bakal tunang aku. Maksudnya Si Cantik. Aku, Mak aku dan ayah aku je kenal bakal tunang aku tu. Yang lain belum sempat jumpa. Cadangnya nak kenal masa tunang nanti. Bermulalah episod baru seorang Bella." aku menamatkan cerita aku.
"So bekas bakal tunang kau tu macam mana?" tanya Nadiyya.
"Aku tak tahu. Aku adalah Bella yang baru. Mak aku pun kata yang bakal tunang aku dah tunang dengan orang lain masa aku koma. Kejam kan? Sebab tu mak aku tak cerita lebih lanjut pasal dia. Rupa dia ke." Jelas aku dengan terperinci.
"Kesiannya kau. Nak menangis aku dengar cerita kau. Tak mengapa, aku akan menjadi kawan seperti Irah. Yang tak akan tinggalkan kau walau dalam apa pun keadaan." Kata Nadiyya bersungguh.
"Tapi kau jangan melebih dari aku la. Nak kawan denga Bella tak apa. Jangan rampas dari kami." Irah memberi amaran.
"Yelahh. beria betul" Kata Nadiyya dengan muka yang tidak berpuas hati.
"Nad, kau janji dengan aku jangan cerita kepada sesiapa pun pasal Bella yang baru ni kepada sesiapa ya.Parents kau pun x boleh. Kucing kau ke apa ke, tak boleh. Jangan terlepas cakap. Cakap dalam hati tak apa. hehe. Biar masa yang menentukan" aku berharap.
"Don't worry. Semua dalam kawalan" Kata Nadiyya dengan membuat gaya mengunci mulut dan menelan kuncinya.
"Assalamualaikum Bella" tegur satu suara dibelakang aku. Aku berpusing ke belakang. Gulp. Lelaki bermata cantik, Haris Aniq. Mata yang indah itu seperti pernah dilihat. Tapi aku tidak pasti dimana ! Kepalaku sakit bila ingin ingat akannya.
"Waalaikumussalam..Encik Haris... awak buat apa disini?" tanya aku. Entah kenapa aku tanya soalan yang bodoh kepadanya.
"Untuk makan la Bella. Takkan nak mandi pula. Hahahaha". Tergelak besar dia.
"Bella, why you panggil Encik Aniq, Haris? tak pernah sesiapa boleh panggil Encik Aniq, Haris tau" tegur Nadiyya.
"It's okay Nad. Just Bella boleh panggil saya Haris" jawab Haris Aniq dengan renungan mata yang mendalam kepada aku. Aku tak tentu arah! Renungannya boleh buat aku pengsan !
"Ehem. okay. Jom makan. Kejap lagi nak masuk office. Encik Haris, order lah. kita makan bersama. By the way kenalkan ini Zahirah kawan saya plus housemate saya. Boleh panggil Irah" aku cuba elak daripada terus direnungnya.
Masing-masing seronok bercerita tentang pengalaman masing-masing. Rahsia sebagai Bella yang baru diminta oleh aku untuk dirahsiakan kerana ini merupakan amanah daripada umi. Dalam aku bergembira dan seronok bersama Haris Aniq, aku merasakan seseorang sedang memerhati aku dari jauh dalam aura yang negatif. Ya, dalam keadaan marah dan cemburu...
______________________??_______________________
Angin petang pada ketika ini sangat mendamaikan. Angin sepoi-sepoi bahasa menambahkan rasa nyaman pada saat ini. Aku hanya meluangkan masa bersama secawan kopi kegemaranku di halaman rumah. Sungguh, aku kini berada dalam dunia aku sendiri...
"Najmi, ibu nak tanya sikit boleh?" soal Datin Haifa lantas melabuhkan punggung diatas kerusi sebelah aku.
"Ada apa ibu? penting sangat ke?" soalku kembali sambil menghirup baki kopi yg masih tersisa.
"Bila kamu nak kahwin? berbuih dah mulut ibu. Kalau kamu tak cari calon ibu boleh carikan. Boleh?" ujar Datin Haifa.
"Ibu ni.. Najmi muda lagi la buu.. Kahwin apanya ibu. Najmi baru 28 tahun. Ibu tak perlu susah-susah nak cari calon untuk Najmi. Najmi dah ada seseorang yang Najmi suka." Terus terbayang wajah Afrina Nisa' sebagai bakal isteri. Aku tersenyum riang.
"Ish, Najmi ! berangan pula dia" Datin Haifa terus mencubitku kerana termenung tanpa menghiraukannya.
"Aduh. sakit la ibu. Habis hilang kekacakkan Najmi.. mesti ramai perempuan yang reject Najmi nanti. Ibu jangan pelik kalau Najmi lambat kahwin.. Ini semua salah Ibu." aku mengaduh kesakitan dan ditambah rajukku kepada Ibu.
"Manja betul kamu ni. Ibu cubit sikit je. Kamu balik awal ni kenapa? Office tak ada kerja dah ke sampai boleh balik awal ni?" soal Datin Haifa tidak berpuas hati.
"Ibu... Ibu... Engkaulah ratu hatiku. Takkan lah Najmi nak spend time dengan ibu pun tak boleh?" ujarku lantas memberikan senyuman yang manis.
Ting ! tanda mesej mesej masuk.
Aniq : Bro, kau kat mana? Asal kau tak ada kat office?
Me : Kot ye pun bagilah salam dulu ke apa. Aku kat rumah ni. Kau janganlah rindu aku, baru berapa jam aku tak ada. [sad] [sad]
Aniq : Assalamualaikum wahai sahabatku. Saya meminta maaf atas kesalahan saya sebentar tadi. Adakah awak sibuk wahai sahabatku? Ini kerana saya mahu mengajak kamu untuk lepak bersama [grin] [grin]
Aku tersenyum sendiri membaca mesej yang baru dihantar oleh Aniq sebentar tadi. Disebabkan aku senyum macam orang gila, Ibu menegurku.
"Najmi! dah macam orang gila senyum seorang diri ni." tegur Datin Haifa.
"Hahahahaha. Ni, Aniq poyo sangat ayat dia. tu yang Najmi sengeh tu" gelakku sambil menunjukkan mesej kepada ibuku.
"Lah, Aniq ke. Ingat Girlfriend tadi" ujar Datin Haifa.
"Ish ibu ni.. Nanti kalau ada masa yang sesuai Najmi bawa bakal isteri ye?" aku cuba memujuknya.
"ye lah. Haa. nak kemana pula tu? nak dating dengan Aniq la tu !" ujar Datin Haifa seraya tersenyum kecil.
"Aniq ajak lepak ni ibu. Najmi janji Najmi pulang awal harini kita dinner ya ?!" Aku menjerit daripada jauh agar ibu tidak terlalu risau tentang diriku.
_______________________??______________________
Di dalam kereta aku memikirkan cara yang cepat untuk tawan hati seorang wanita bernama Afrina Nisa' secepat mungkin. Ibu pasti menyukai dia dek kerana sifat keperibadian yang sopan dan lemah lembut itu sesuai menjadi seorang isteri. Aniq, pasti boleh membantu aku dalam memikat hati si dia... Aku harus bincang hal ini kepada Aniq ! Lantas aku terus memecut laju ke destinasi.
" Assalamualaikum awak... boleh kita kenal? " Aku membuat suara seakan perempuan sambil membisik ke telinga Aniq yang sedang mengelamun.
" Woi kau kenapa hah! terkejut aku tahu !" Aniq memukul kepala aku dengan kuat.
"Aduh, sakit la bro... Aku gurau je. Kau tu, tak sedar aku datang. mengelamun jauh nampak? Hobi eh?" ujar aku sambil mengusap kepala aku yang masih sakit.
"Alololo, sakit ye sayang? meh nak cium-cium kepala tu.. sian ye sakit?" Aniq cuba untuk mencium aku tetapi aku sempat menolak mukanya. Bila Aniq start gila, tiada siapa boleh tolak.
"Woi ! kau gila ke?! aku bukan sejenis kunyit yang kau boleh buat main !" Marah aku kepada Aniq.
"Hahahaha ! Sorry la bro. Gurau je. Hehe. Kau balik awal tu kenapa?" soal Aniq.
"Suka hati aku la nak balik awal ke tidak. Office aku kan? HOHO !" aku ketawa besar untuk menyakitkan hati si Aniq.
"Apa-apa je lah Najmi.. percubaan kau kali ni tak berjaya." katanya dengan tenang.
Ish , dia tahu pula rancangan aku nak bagi dia sakit hati.. Ataupun, sebab hampir hari-hari aku buat kepada dia sampai dia dah tahu? Ish kena ubah strategi ni ! Omelku sendirian.
"Eh, mana ada... aku tak berniat pun nak buat macam tu.. haa.. kau yang salah tafsir." aku cuba untuk menang juga kali ini.
"Lantak je lah. Kau ada ajak Bella keluar ye hujung minggu ni?" tanya Aniq dengan serius.
"Ada. kenapa? dia ada hutang dengan aku sesuatu" ujar aku sambil tersenyum apabila teringat akan peristiwa itu.
"Hutang? hutang apa? baru masuk office dah hutang macam-macam?" soal Aniq kehairanan.
"Tak ada apa lah bro" aku cuba untuk sorokkan. "By the way Aniq , kenapa kau ajak aku keluar sebenarnya?"
"Tak ada lah.. cuma... aku nak minta tolong boleh?"
"Tolong apa pula kau ni. kalau setakat nak minta tolong, dalam phone tadi je boleh. Kan aku terpaksa tinggalkan ibu aku seorang diri."
"Sorry la. benda ni tak boleh buat macam main masak-masak. Campak-campak dah siap." ujarnya dengan rupa yang lebih serius.
"Apa yang kau merepek ni Aniq. Memasak pulak." kata aku sambil tergelak.
"Aku tengah serius ni bro. ape ni?!" marahnya.
"Okay.. aku minta maaf. So apa yang penting sangat tu?" Soal aku kepada Aniq.
"Okay, macam ni, Setakat ni kau je yang paling rapat dengan Bella, so kau boleh tak siasat untuk aku adakah dia Bella yang sama?" luahnya kepada aku.
"Ala kau ni. Leceh la... aku bukan rapat sangat pun. bukan kau rapat ke dengan dia? aku ni bukan apa. Aku malas nak nak ambil tahu pasal orang lain yang masih baru dalam senarai kenalan aku ni." Aku cuba tolak permintaannya dengan yakin.
"Boleh la... kau je kawan aku yang aku ada sekarang ni." Aniq cuba memujukku dengan rupa satu sen karatnya.
"Tengoklah macam mana. kalau ada peluang aku try la. Ok lah. aku kena balik dulu. Aku dah janji dengan ibu aku nak dinner sama-sama. Kemudian aku nak ke office pula." Pamitku.
"Buat apa pergi office woi !" soalanya aku abaikan kerana aku terlupa bahawa kemungkinan Bella tak balik daripada office kerana tugasan yang aku beri. Bodohnya aku!
Didalam kereta, aku teringat permintaan Aniq. Kalau betul Bella adalah wanita yang sama bagaimana? Mungkin Bella lupa akibat perubahan keatas diri Aniq? Kemungkinan Bella tak akan jadi milik aku. Hari demi hari Aniq menangisi kerinduannya kepada wanita bernama Bella. Rasa kesalnya kepada wanita itu tak pernah putus.
"ARGHHHH !!!" Aku menjerit bagi melepaskan rasa berat dikepala. Aku memecut laju sehingga ke rumah.
_______________________??______________________
"Ibu ! Najmi pergi dulu ya !" Pamitku.
"Eh, Najmi nak pergi mana tu lewat-lewat macam ni ?!" Teriak Datin Haifa.
"Najmi ada terlupa sesuatu di office. Sekejap je Najmi pergi. Ibu jangan risau !" Aku cuba memberi kata-kata untuk menenangkannya.
"Cepat balik ye nak, jangan nak melencong ke tempat lain pula. Kalau ada apa-apa mesej ibu ya?" ujar Datin Haifa dengan nada sedikit kerisauan.
Sudah dua tahun ibu bersikap begini. Cepat terasa, cepat risau, cepat marah dengan aku. Sejak kematian abah, ibu tidak seceria selalu. Hanya aku tempat ibu meluahkan segala 1000 masalah 1000 perasaan yang dipendam. Nak harapkan Mak Jah, pembantu rumah sekaligus penjaga ibu, memang tidak mampu la nak layan ibu personal mungkin. Aku tahu ibu risau jika berlaku sesuatu menimpa dirinya. Cukuplah sekali dia sakit.
Aku terus menekan pedal minyak semaksima mungkin agar cepat tiba ke destinasi. Risau terhadap wanita itu lagi penting dari diri sendiri. Aku memandang sekeliling bilik di bangunan tingkat 10. Benar tekaanku. Dia masih bertungkus lumus menyiapkan kerjanya itu. Dengan tanpa rasa bersalah aku terus memasuki ruang pejabat Bella. Terlihat dia tertidur lena diatas meja kerjanya. Penat barangkali. Dengan spontan, aku terus berada di depannya lebih kurang seinci jarak kami. Wanita yang berjaya menawan hati aku tanpa sebarang alatan make up, godaan mahupun fesyen seperti wanita lain. Aku merenung dan amati mukanya.
______________________??_______________________
Terasa diperhatikan dan terasa udara yang panas, aku membuka kelopak mata dengan berat. Alangkah terkejutnya aku, boss idamanku berada dihadapanku. Hampir aku terjerit tatkala wajah tengku yang muncul pertamanya. Adakah aku sedang bermimpi? mataku kembali layu...
"Miss Bella. Wake up please! sampai bila nak tidur kat sini. Bangun la..." bisiknya perlahan untuk mengejutku.
"Erghhh.. hurmm.." hanya rungutan yang aku balas.
"Bella sayang.. wake up dear , ke sayang nak kena cium seperti kisah puteri dicium oleh putera rajanya?" terdengar sahaja ugutan ciumnya terus mata aku segar bugar ! aku terus terlompat daripada kerusi lantas berdiri dengan tegaknya.
"Maaf tengku, saya bukan sengaja nak tidur waktu office macam ni. saya minta maaf tengku !" terus aku menunduk memandang lantau tanda kesal.
"Apa yang awak merepek ni Bella? waktu office awak cakap? sekarang ni dah pukul sepuluh tahu tak?! siapa suruh awak jadikan office saya sebagai rumah kedua awak? dan bilik ni sebagai bilik tidur awak?" marahnya kepada aku.
"Saya minta maaf tengku. Saya bukan sengaja. saya cuma nak siapkan tugasan ni sahaja" kata aku sambil menunjukkan fail kerja aku. Tengku hanya menjeling memandang fail tersebut.
"Bukankah tengku cakap kepada saya yang tengku mahu tugasan ini hari ini juga tidak kesahlah saya perlu bermalam disini?" aku menjawab sebagai tanda bela buatku.
"Awak jangan lurus bendul boleh tak? awak tahu tak betapa risaunya saya terkenangnya awak seorang diri di WN Holdings yang sunyi ni ! Mana ada seorang majikan yang sanggup membiarkan pekerjanya bekerja hingga lewat malam seorang diri terutama pekerjanya seorang wanita! awak ni lurus bendul lah! nak kata bengap belajar dah tinggi dah tapi senang je ikut arahan macam lembu yang dicucuk hidungnya !" bebelnya kepada aku. Kali ini dia betul-betul marah dengan sifat tak fikir panjang aku ini. Dengan sendirinya air mata mengalir dengan laju. Bukan dengan kehendakku.
Muka tengku terus menjadi pucat selepas melihat keadaan menangis muka buruk aku. Dia cuba untuk menenangkan aku dan mengajak untuk aku pulang bersamanya.
"I'm sorry Bella" bisiknya perlahan.
Didalam kereta tengku, aku terus terlelap bersama air mata yang masih tidak kering
"Bella, kenapa awak buat saya macam ni? Saya tak boleh lihat awak macam ni. Bila lihat awak menangis tadi, saya hampir nak peluk awak. Nak pujuk awak. Tapi saya tak boleh. kita tak boleh.. Adakah awak telah menjadi penjajah dan menakluki hati saya? sungguh, aku mulai menyayangi kamu, Bella." luah tengku dengan suara yang perlahan.
Ya. aku dengar segalanya. setiap butir kata luahannya kepada aku, aku dengar dengan jelas. Bibir aku mengukir senyuman kebahagiaan...
Share this novel