"Bella, ada orang cari kau. Bangun la Bella.. Kau tak kerja ke harini? dah lewat tau. Ada orang cari kau ni.. Handsome weh.. Kekasih gelap kau ke?" Irah cuba untuk mengejutku tetapi tidak berhasil.
"Ermm.. aku mengantuk ni. 5 minit eh? Kau cakap je lah aku tiada kat rumah" balasku dengan malas.
"Ish.. kau ni kan. Kalau macam ni perangai sampai bila kau tak kahwin. Pemalas, bangun lambat! Tetamu datang diusirnya pula." bebelan Irah aku tidak buat peduli. Asalkan aku boleh tidur!
"Owhhh, kau tak layan aku ye? kau tunggu ye tsunami datang.." ugut Irah.
Splashhhh ! terasa ombak telah menghempas seluruh tubuhku dan barangkali aku akan lemas! Aku cuba untuk buka mataku , rupanya..
"Irahhhhhhhhh ! kau pahal simbah aku dengan satu baldi air ni! kalau aku lemas macam mana? aku dah la tidak pandai berenang! Katil aku pulak basah! dah la aku baru basuh cadar semalam! Kau memang nak cari nahas dengan aku ye?!" marah aku kepada Irah. Entah apa aku merepekkan sekali pun aku tidak tahu, asalkan aku selesai memarahi Irah.
Irah hanya mampu mencebek kemudian berkata, "Aku dah kata tsunami nak datang, kau tak nak lari tu kenapa? aku penat dah kejut kau. Haa. padan muka. Kau dah la first day untuk kerja secara official. Kau pula buat perangai bangun lambat sampai nak halau tetamu lagi. Kat depan tu ada siapa tu.. alaa, tak ingat pula nama.. hmm. haaa. Tengku Wazir Najmi kata dia datang nak ajak gi office bersama. Siapa dia tu weh? kau punya boyfriend ke? Handsomenya weh!"
"What?! Tengku ada sini?! dia buat apa pula nak jemput aku bagai-bagai ni.. serabutnya. Dengan tak mandi lagi. Kau suruh dia tunggu luar ye. Cakap dekat dia sekejap je. nanti aku turun." aku terus melompat dari katil mencapai tuala dan bergegas ke bilik air. Hanya terdengar samar-samar suara Irah membebel keseorangan.
Aku mencatat rekod mandi kerbau paling cepat iaitu 5 minit sahaja. Aku bergegas turun dan terus mengambil sekeping roti yang bersapukan nutella kegemaran aku .
"Woi! Tengku tu siapa?!" sempat lagi dia menanya dalam keadaan kelam kabut begini.
"Dia boss aku! balik nanti aku cerita kat kau. Tapi, kau kenalah ingatkan aku, biasalah faktor usia meningkat dan makin cantik" gurau aku. Aku memberi salam dan menutup pintu pagar. Aku masuk terus kedalam kereta yang dibuka pintu oleh tengku.
"Good morning tengku." ujarku serta memberi senyuman paling manis dan comel hanya kepadanya.
"Hmm. morning. memang suka bangun lewat ye?" perlinya . Huh. Ingatkan nak puji ke apa rupanya perli. Rajukku dalam diam.
"Erk. bukanlah tengku. Air sejuk sangat lah. Rumah tu tiada water heater. tu yang lambat. heee, em by the way tengku, kenapa tengku rajin sangat nak ambil saya?" dalihku dan cuba menukar topik.
"Saya? rajin ambil awak? no okay no. Saya ni pun kebetulan lalu je ke rumah awak ni. Tengok kereta awak ada lagi. Saya ingat awak tak pergi kerja. Tu saja panggil awak, hmm rupanya orang tu tak bangun lagi, macam mana nak kerja di WN Holdings." Perlinya sambil senyum menganjing.
Ishh boss aku ni, walaupun perli-perli tetap menawan hati. hihi. Aku mula berfikir bagaimana aku nak hadapi kutukan serta gossip pekerja-pekerja ofis apabila melihat aku datang kerja bersama boss idaman mereka. Mati aku. Tabah la wahai duhai hati. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin. Aku berdoa.
_______________________??______________________
Setibanya disana, bermulalah pandangan-pandangan yang tidak menyenangkan daripada mata-mata yang melihat kami berdua. Aku hanya menunduk menahan daripada jelingan mereka. Aku dan tengku masuk ke perut lift diam seribu bahasa.
"Tengku, balik ni saya balik sendiri ya? Tengku tak perlu hantar saya. Saya boleh ambil grabcar" aku cuba memecah kesunyian.
"No. balik ni biar saya yang hantar. Balik malam seorang diri bahaya, awak pula perempuan." tegasnya.
"Tak apa, saya boleh balik sendiri" balasku.
"No! I said no!" sedikit tinggi suaranya kepadaku.
"Tapi ... " tidak sempat untuk aku bersuara dia mencelah dengan lebih tegas lagi.
"When I said no, it's still no. Can you understand me?!" marahnya dan terus berlalu dari lift ke biliknya. Aku hanya mampu menunduk dan menahan pedihan daripada cacian rakan sekerja.
"Good morning Nisa'." sapa Nadiyya.
"Good morning Nad. Just call me Bella. Dah sarapan? kalau belum, jomlah makan dengan saya" pelawaku dengan penuh senyuman.
"Tak apa.. Bella makan la. Saya dah makan dah. Erm kenapa Bella? nama awak Afrina Nisa' tapi panggil Bella. Tiada kaitan!" Nad tidak berpuas hati.
"Owh. Hahahah, nama tu ye.. Nad, lunch ni kita rehat sama ya. Nanti semua yang Nad rasa tak puas hati boleh tanya saya atau apa-apa pertanyaanlah"
"Okay" katanya sambil mengenyitkan mata.
Ting ! tanda mesej masuk.
Irah :
"Bella, jom lunch sama kejap lagi [smile] [smile]"
Me :
"Sure, kita lunch bertiga tau. Sebab aku dah ajak Nad PA tengku ni untuk lunch sekali."
Irah :
"Okay, nanti aku ambik kauorang ye.
Me :
"Okay [kiss] [kiss]"
aku menutup phone untuk fokus kepada tugasanku.
"Bella, tengku panggil. Dia kata dia nak kertas kerja petang semalam. Awak dah siap ke? dia pantang kalau tak siap."
"Oh ye ke? saya dah siapkan tugasan tu kejap tadi. Alhamdulillah. Saya pergi dulu ya. Wish me luck!"
______________________??______________________
"Macam ni ke kerja awak? Macam ni nak kerja bawah WN Holdings?!" marahnya sambil mencampak fail kerjaku betul-betul dihadapanku. Kalau baling kuat sikit, mungkin sudah arwah aku ni.
"Saya minta maaf tengku. Saya janji akan betulkan semuanya sebelum balik ni." aku cuba membuat perjanjian.
"Saya yakin awak tak mampu nak siapkan" katanya.
"Saya janji tengku. malam ni saya buat sampai siap" sambil mengangkat tangan tanda ikrar.
"Hmm, baiklah. Lunch ni saya nak makan dengan awak boleh? Don't worry my treat." katanya sambil tersenyum lebar.
Ish boss aku ni. kejap marah kejap senyum . Demam ke dia ni? Haish la boss pujaan hatiku.
"Maaf tengku, saya dah janji dengan Nad nak lunch sama." aku menolah sebaik mungkin.
"Awak berdua je? kalau macam tu, saya join sekali lah. Tak la kamu berdua sunyi je" senyumnya.
Lahai boss aku ni.. aku dengan Nad nak makan bukan nak hadap kau 24 jam je. Bukan kenyang pun kalau hadap kau seorang je boss. Aku bermonolog sendirian.
"Saya bukan lunch dengan Nad je. Saya lunch dengan Irah sekali." Aku cuba menolak sekali lagi.
"Owh okay. Kalau macam tu.. emm, hujung minggu ni awak free tak?"
"Minggu ni ye? em .." aku kelu. kalau setuju nampak macam desperate sangat. Kalau tolak pula, rugilah tak dapat date dengan boss yang kacak ni !
"Okay kalau macam tu ahad ni saya ambil awak" belum sempat untuk aku beri jawapan sudah diberi jawapannya. Ish teruk betul perangai !
"Saya tak cakap pun saya free. Suka hati tengku je buat keputusan" aku cuba tarik tali dengannya. Dia ingat dia boss aku, boleh senang-senang nak bawa aku date. huhu. Rasakan.
"Oh, tak boleh la ye? busy? tidak mengapalah" balasnya dengan muka yang sedikit hampa.
"Bukan macam tu tengku. saya ingat minggu ni saya nak keluar dengan kawan-kawan saya tu" ujarku dan memohon agar dia membatalkan niatnya.
"Oh, kawan awak yang hyperactive tu? patutla awak pun macam tak betul je" balasnya.
Ish boss aku ni. ada ke patut cakap aku tak betul. aku tak nak ikut date dengan dia baru tahu! Suka hati aku je kata dia nak bawa aku date entah-entah urusan kerja. Berangan je lah kau Bella !
"Dengan orang tak betul ni juga lah yang tengku nak ajar keluar." Merajukku.
"Sebab awak tak betullah saya nak ajak awak keluar boleh saya betulkan! boleh ye?" pujuknya dengan senyuman yang lebar.
"Ye lah. Asalkan tengku tak senyum macam tu dah. Dan tengku sponsor segalanya. Maklumlah, gaji pun saya tiada lagi nak belanja tengku" aku mengalah akhirnya.
"Okay ! saya ambil awak ye ahad ni ! jangan risau. semuanya ditanggung. Tapi kan, kenapa awak tak suka saya senyum macam ni?" dia cuba untuk senyum lagi.
"Sebab.. saya cair." Perkataan CAIR tu terkeluar sendirinya. Mujur tak kuat !
"Apa? boleh ulang? boleh awak ulang" mintanya mengada.
"Tak ada apa-apa lah ! tengku salah dengar tu. Saya keluar dulu !" Aku cuba larikan diri. Kalau dibiarkan mahu tak siap kerja aku ni ! terpaksa bermalam pula! Sebentar nanti ada lunch pula . So baik aku blah dulu.
"Afrina Nisa'! saya tak dengar lah! ulang balik ! HAHAHAHAHA ! awak hutang dengan saya jawapan ahad ni!"
Bang ! pintu ditutup kuat. Terus bilik pejabat milik Tengku Wazir Najmi menjadi sunyi.
Share this novel