Hari demi hari berganti, hujung minggu yang tidak diingini tiba dengan pantas. Sejak peristiwa aku pulang lewat akibat menyiapkan kerja yang diberi, tengku lebih berlembut dengan aku. Dia akan memastikan kerja yang diberi tidak akan menyusahkan aku dan aku boleh menyiapkan sehingga waktu pejabat tamat. Selepas peristiwa tengku memberi ugutan untuk menciumku, aku kini lebih berhati-hati dalam setiap pergerakan dan perkataanku. Dia seperti serius untuk melakukannya. Dasar boss gatal !
Alunan muzik 'sesungguhnya aku' nyanyian oleh alif satar menandakan seseorang menelefon aku. Aku lihat diskrin telefon aku terpapar nama tengku.
"Apa pula yang dia nak ni.. Tak cukup ke nak jumpa kejap lagi sampai nak call bagai ni.. Haish" rungut aku.
Aku menekan button hijau lantas menjawab panggilan telefon itu.
"Assalamualaikum tengku..." selembut mungkin suara aku kepadanya.
"Waalaikumussalam Bella. Najmi. Panggil saya Najmi. Sekarang bukan waktu pejabat" katanya.
"Tapi.. saya dah biasa panggil Tengku, tengku. Kalau saya panggil tengku Najmi, takut tersasul pula masa dipejabat nanti" aku membuat alasan. Aku tak selesa memanggilnya sebegitu. Ya la, dia boss aku kan. Macam kurang ajar pula bila panggil macam tu.
"Awak tak akan tersasul punya. Saya akan pastikan" kata dia dengan yakin.
"Macam mana tengku boleh sebegini yakin? tengku bukan dalam diri saya pun sampai boleh kawal?" soal aku bingung.
"Easy peasy. Setiap kali awak tersasul panggil saya di pejabat, awak hutang saya ciuman..."
"Ish ! Gatal ! Kalau macam tu, hari ni juga saya tak nak keluar dengan tengku !" marahku.
"HAHAHAHAHA ! tahu takut. Saya gurau je la. Kalau saya nak cium awak, awak mesti jadi isteri saya yang sah dulu kan?" ujarnya sambil tersenyum sendirian.
"Haa betul la tu. Apeni cakap pasal cium-cium, kahwin pula. Tengku call saya kenapa? Kejap lagi kita jumpa juga kan?" aku cuba mengubah topik agar tidak jauh melencong lagi.
"Saya memang suka call awak. Saje nak tanya awak buat apa"
"Lah. Tu je ke? saya tengah menjawab panggilan tengku lah" kata aku acuh tidah acuh. Malas melayan perangai miang-miang keladi tengku ni.
"Ha. Tengku lagi. Call me Najmi please. Sebelum jawab call saya awak buat apa?" tanyanya lagi.
"Yelah. Najmi. Puas? sebelum saya jawab call awak, saya on the way nak angkat call awak lah. Kenapa ya?" Jawab aku sebegitu. Saja nak menyakat dia.
"Awak ni kelakar orangnya" jawabnya sakit hati
"Kalau kelakar gelak lah." perli aku.
"Ha.Ha.Ha.Ha.Ha." dia ketawa kepuraan. "Saya call awak ni sebab saya rindu awak la.." balasnya dengan suara yang agak membisik.
Gulp ! Rindu? dia cakap dia rindu aku ke? Atau, aku yang salah dengar?! Atau, dia main-main sahaja?!
"Apa yang Najmi merepek ni..Ok lah, bye! Assalamualaikum!" aku terus menutup talian. Kedua tanganku memegang pipi. Hangat.
"DIA RINDU AKU !" jerit aku didalam bilik.
Telefon aku berdering lagi. Nama tengku terpapar lantas aku menjawab.
"Awak nak apa lagi?" Soal aku acuh tidak acuh cuba menahan getaran dalam diri aku.
"Apa yang saya cakap tadi. Itu betul. Saya tak tipu. Saya memang rindukan awak Bella. Awak tak rindu saya?" katanya dengan nada yang serius.
"Hah? erm... Saya?? saya pun rindu awak Najmi.." perlahan sahaja perkataan rindu itu. Aku terus menutup telefon kerana malu !
Deringan telefon berbunyi kembali. Dengan pantas aku menjawab.
"Awak nak apa lagi?! Kejap lagi kita jumpa lah!" kata aku dengan kasar menahan malu.
"Assalamualaikum kakak. Umi ni. Kenapa marah sangat tu? sampai tak beri salam. Kakak nak jumpa siapa tu? " ujar Puan Raisha iaitu ibuku.
Alamak. Aku ingatkan tengku rupanya umi. Apa aku nak 'goreng' bila umi tanya aku nanti? aku menepuk dahiku sendiri. Biar sakit asalkan selepas ini tidak akan berlaku lagi peristiwa seperti ini.
"Waalaikumussalam umi.... hehe. Umi sihat? kenapa umi telefon kakak ni?" terus suara aku bertukar 100 peratus.
"Eh, elok pula.. tadi marah-marah.. kenapa? kamu nak keluar dengan siapa ?" soal umi
"Err. kakak keluar dengan boss kakak. Kenapa ye umi?"
"Boss kamu tu laki ke perempuan? buat apa keluar time cuti-cuti ni? masa cuti pun kena kerja ke?"
Sudah. Aku boleh mengagak soalan bertubi seperti ini akan keluar jua.
"Umi ni.. tanya satu-satu la. Pening kakak. Lupa dah soalan tadi.. huhu. haa. boss kakak tu lelaki umi. kakak keluar dengan dia sebab dia ajak. Takkan la kakak nak tolak kan? boss kakak tu.. baru kerja situ tapi dah melawan. Nanti kena pecat, tak pasal menganggur" terang aku.
"Dia ada kacau kamu ke? Umi tak suka lah.."
"Tak kacau pun.. Apa yang umi tak suka?"
"Boss kamu la. Kalau betul sukakan anak umi, jumpa umi dan abah kamu. Bukan bawa jalan kehulu hilir." tegasnya.
"Hahahaha. umi ni kelakar la. dia boss kakak je. ape nak suka pula. kakak ni biasa je. Cantik lagi Irah dari kakak tau. umi telifon ni ada apa?"
"Tak ada la. Mana tahu ada niat lain. Irah tu memang la cantik. Tapi mungkin kakak nampak lagi cantik didepan mata dia. hmm. Apa lagi seorang ibu nak daripada seorang anak bila berjauhan?" sedih bunyinya.
Masak sangat dengan perangai umi bila berkenaan anak perempuan seorangnya ini, lagi-lagi bila rindu anaknya. Mula la bagi ayat sedih-sedih.
"Umi tak perlu risau, kakak akan berhati-hati nanti..Hmm.Ya umi.. nanti kakak balik la Pahang. Lagi pun busy lagi ni awal-awal kerja ni."
"Busy dengan kerja ke dengan boss kamu tu? nanti nak balik ajak la boss kamu tu. Umi nak kenal"
"Apa umi ni.. sampai ke situ pula. Ya lah. nanti kalau ada masa kakak bawa balik boss kakak tu. secepat mungkin ! Biar umi happy. Hahaha. okay lah umi. Nanti kita sambung ya. kakak nak siap-siap ni. kirim salam abah dan adik-adik ya?"
"Baiklah. nanti kalau balik jangan lupa suruh along kamu tu balik juga. umi rindu dengan cucu-cucu umi. Biar meriah."
"Baiklah umi.. Assalamualaikum.. Love you umi"
"Waalaikumussalam.. sayang anak umi ni juga".
Talian dipadamkan. Kurang sedikit rindu aku kepada umi. Aku bersiap untuk menunggu kedatangan tengku.
______________________??_______________________
Tuttt tuttt tuttt.
Talian dipadamkan. Aku yang terpinga-pinga perlahan sahaja reaksi aku meletakkan telefon selepas talian dimatikan secara mengejut.
Aku mendail lagi nombor yang tertera nama 'Bella'. Kini, tidak lagi dapat disambungkan.
Aku menghempas badanku ke tilam empukku.
"Dia cakap dia rindu aku ke tadi?" aku membisik. Pandangan aku terus menghala ke siling. Aku segera bangun dan bersiap untuk betemu dengan Afrina Nisa'.
Aku segera mencapai kunci kereta dan bergegas ke taman Sri Damai dimana kediaman 65 milik Afrina Nisa'.
Setibanya disana, hon kereta dibunyikan untuk memanggil wanita itu keluar. Kali ini dia tiba 15 minit awal daripada waktu yang dijanjikan. Mana tidaknya, ini merupakan kali pertama mereka keluar bersama. Tidak dinafikan sebelum ini mereka banyak keluar bersama tetapi atas dasar seorang majikan dan pekerja sahaja. Tetapi kali ini agak berbeza sedikit kerana mereka keluar sebagai seorang kawan. Dan mungkin suatu hari nanti sebagai boyfriend dan girlfriend. Kemudian sebagai tunang sehinggalah sebagai suami dan isteri. Tengku Wazir Najmi tersenyum sendiri dan memasang angan-angan yang tidak mustahil.
"Assalamualaikum tengku.. Awalnya sampai" sapa Afrina Nisa' yang baru sahaja keluar dari pagar rumah tetapi tidak diendahkan oleh tengku yang asyik didalam dunianya sendiri.
"Tengku? tengku..." lambai Afrina Nisa' di hadapan muka Tengku Wazir Najmi.
"Eh, Bella. Waalaikumussalam.. Bila awak keluar?" jawab aku dengan tersekat selepas tersentak dari lamunan.
"Mana nak sedar bila saya datang dah kalau duk berangan sengih sorang-sorang. Entah apa dia berangan"
"Eh tak ada pape lah.. kalau saya bagitahu pun apa yang saya berangan awak bukan boleh bantu"
"Macam mana saya nak bantu kalau saya tak tahu tengku berangan apa"
"Tak ada apelah. Nanti ada masa yang sesuai saya akan cakap. Awak jangan lupa pula. And siapa yang benarkan awak panggil saya Tengku?"
"Baiklah. saya akan ingat sampai bila-bila. Nama awak Tengku Wazir Najmi kan? so salah ke saya nak panggil awak Tengku?"
"Salah sebab tengku adalah nama rasmi saya semasa dipejabat dan sebagai seorang majikan dan pekerja. Sekarang ni kita keluar sebagai kawan, so please I'm begging you, call me Najmi okay?"
"Ape-ape ajelah Najmi oii.. Jom lah kita gerak panas ni. sampai bila tak sampai dah kalau asyik borak je" arah Afrina Nisa' kepadaku. Eh, macam dia pula yang bawa kereta.
Suasana ketika dalam perjalanan sungguh sunyi dan sepi. Tiada siapa yang mahu memulakan bicara. Tiada modal ! Tadi kemain sahaja rancak berborak, apabila masuk kedalam kereta semuanya menikus. Radio juga tidak dipasang kerana Tengku Wazir Najmi bukanlah seorang yang gemar kepada mendengar radio. Baginya, radio tempatan masa kini lebih kepada berbual kosong juga perkara yang tidak berfaedah. Ceramah-ceramah jugak telah dikurangkan dan diganti dengan hiburan lawak yang hambar. Hiburan lagu juga tidak menarik minat Tengku. Tengku lebih berminat terhadap lagu-lagu orang dahulu. Ya, itulah dia. Jiwa dalaman otai.
"Najmi, kalau saya nak bukak radio boleh?" Soal Afrina Nisa' memecah kesunyian.
"Haa.. bukalah radio tu, carilah spanar ke tukul ke nak bukak" serius sahaja jawapan. Riak diwajah tidak berubah, tiada tanda gurauan !
"Erkk. awak buat lawak ke? Hambarlah. dah basi la awak" jawab Afrina Nisa' jujur.
"Ada saya gelak ke?" serius lagi. Kali ini lagi seram. Tidak berani nak bergurau.
"Kalau macam tu saya berborak dengan awaklah sebab awak tak kasi saya bukak radio tu" cubaan tawar menawar dimulakan.
"Dua-dua saya tak berkenan".
"Ala awak ni.. bosan la saya macam ni.. Kalau la saya tahu kalau keluar dengan awak macam ni baik saya tak keluar. Baik awak berhenti kereta awak atau saya lompat je keluar dan kita cancel"
"Hmm.."
"Hmmmmmm... apa? 'hmm' nak saya terjun dari kereta awak serta keluar dan cancel ke 'hmm' saya boleh bukak radio awak?"
"Tu..." Sambil aku menunjukkan jari ke arah radio. Terpaksa ! Kalau tidak sampai bila aku tak dapat tawan hati si Bella ni !
"Thank you awak..." lantas jarinya menekan punat on pada radio.
'Perjalananku sungguh jauh.. ada jatuh, ada bangun. Dan ketempuhi semuanya dan terus berlari' nyanyian oleh Haqiem Rusli ft Aman RA diikuti oleh Afrina Nisa'.
Aku hanya tersenyum sendirian melihat telatahnya yang tidak ubah seperti kanak-kanak.
________________________________________________
Setibanya di Mall, kami terus menuju ke pawagan Golden Screen Cinema untuk melihat cerita Annabelle atas cadangan Afrina Nisa'. Tengku bukanlah seorang yang gemar melihat cerita-cerita hantu. Baginya hantu tidak wujud. Jika kita tahu hantu tidak wujud kenapa perlu takut? Iblis yang dilaknat ALLAH yang menjadi samaran. Itu prinsipnya. Disebabkan Afrina Nisa' tidak pernah masuk kedalam pawagam, dia menjadi murah hati untuk membiarkan dia memilih cerita bagi pengalaman pertamanya.
"What do you want Bella?" soal aku kepadanya tentang kudapan ketika masuk ke pawagam nanti.
"Mak aihhh.. mahalnya... mencekik darah betul. Ni boleh buat tekanan darah melonjak tinggi naik. Ade ke patut satu popcorn harga 15 ringgit?! popcorn salut emas ke apa ni? air mineral pun 3 ringgit?! letak debu mutiara ke apa? boleh jadi bijak ke makan benda semua ni. haish, boleh pokai duit aku ni" bebel Afrina Nisa' dengan nada agak berbisik.
"Heyy, I'm just asking you what do you want. Bukan buat liputan berita tentang harga ni. Just choose what do you want and we can go right now because this time is all on me okay? so keep your mouth shut and stop nagging like an old woman" bisik aku dengan nada separuh marah.
"Okay, let's go now !" arahnya selepas selesai membeli.
Selepas tamat menonton wayang, mereka terus mencari tempat untuk makan. mereka ke 1st floor dimana semua gerai berada disitu.
"Awak nak makan ape Bella? Disebabkan harini hari first kita keluar, so saya belanja semuanya. saya tahu juga awak ada plans dengan kawan baik awak tapi saya paksa juga awak. Tapi ingat, kali ni je. Hari lain sendirian berhad ye." Kata aku diikuti dengan senyuman.
"Ermm.. saya ada benda yang teringin nak makan.. tapi, nanti awak ingat saya ni ambil kesempatan awak untuk habiskan duit awak." Matanya tecantap di kedai seoul garden. Ya, dia teringin sangat nak mencubanya. Dia tahu harini bos dia akan belanja apa sahaja dan bos dia juga seorang yang kaya. Tetapi dia tetap segan untuk meminta macam-macam daripada bosnya lagi-lagi seoul garden ni bukan sedikit harganya.
"Apa? cakap je. kan saya cakap, saya yang belanja. Saya tak letak had pun awak boleh minta banyak mana" kataku dengan serius.
"Saya teringin nak makan kat situ" sambil jarinya menunjukkan ke arah kedai seoul garden.
Aku tersenyum melihat gelagatnya. Aku menarik tangannya untuk ke kedai tersebut. Dia berhenti dan aku kaget.
"Najmi, saya minta maaf. Boleh awak lepaskan tangan saya? saya taknak abah, along dan adik-adik lelaki saya dihalang daripada masuk ke syurga walaupun ibadahNYA sempurna tetapi dicampak ke neraka disebabkan perkara yang dipandang kecil dimata orang dan saya tidak berjaya menegur awak pasal ni. Maaf"
Perlahan aku melepaskan tangangan. Aku memandang wajahnya. Sungguh aku kelu dengan ucapannya. Aku kalah dalam melaksanakan perintah dan laranganNYA dengan sempurna. Sungguh, ilmu aku masih tidak luas. Bagi aku menunaikan 5 ibadahNYA telah lengkap bagi seorang muslim untuk berjaya diakhirat sana. Air mataku hampir sahaja menitis tetapi dapat dikawal dan diselindungkan dengan senyuman.
"Saya minta maaf juga. Saya tak sengaja. Marilah kita makan" Ujarku dengan senyuman yang tipis.
Awkward lagi. Suasana yang sama seperti dalam kereta. Tadi kemain boleh rancak seperti sudah kenal 10 tahun. Sekarang kembali sepi.
'Disaatku senang datang, kau menumpang tenang.. duluku susah kau menghilang'
Perlahan sahaja Afrina Nisa' menyanyi. Sepertinya dia amat meminati dengan lagu tersebut.
"Awak memang suka ye lagu tu? dari dalam kereta lagi" ujarku pembuka bicara.
"eh? awak dengar ke? Maaf ye."
"Takpelah.. kenapa awak suka sangat dengan lagu tu? ape tajuk dia? saya tak tahu laa. Yang saya tahu, Haqiem Rusli yang nyanyi kan?"
"Jatuh bangun. Tu tajuk dia. saya suka semua lagu dia sebab saya rasa kehidupan dia lebih kurang macam saya. Hehe. Apelah awak ni, penyanyi tahu. Tajuk tak tahu." Kata Afrina Nisa' .
"Mana tak kenal. Muda-muda dah terkenal. Dah juara macam-macam . Lagu semua trending. Cuma dia junior kita tu yang macam malas nak layan sangat."
"Elleh.. padahal awak jeles kan? Suara sedap, boleh buat lagu, terkenal, Kecik-kecik dah terkenal, rupa pun ada, humble dan macam-macam lagilah" pujinya.
"Alah, saya pun macam dia jugak. Cuma saya takde masa je nak buat album"
Lantas mereka berdua ketawa selepas kata-kata Tengku itu. Pada ketika ini, diambil peluang untuk berkenalan Bella dengan lebih dalam. Segala kisah silam baik mahupun buruk diceritakan sebagai jaminan Tengku juga perlu menceritakan tentang dirinya. Setelah mengetahui siapa Bella sebenarnya, Tengku terkesima. Dia perlu merancang sesuatu agar Afrina Nisa' menjadi miliknya dan bukan milik Haris Aniq selagi dia masih hidup. Itu Janjinya.
Share this novel