1

Romance Series 15830

Aku mula termenung keluar tingkap kafe manis yang dimiliki oleh seorang usahawan muda dikenali Ellie, seorang wanita yang cantik, manis dan bergaya. kenapa aku boleh gambarkan sebegitu? lihat sahajalah pembeli-pembeli disini ramainya dari kalangan lelaki-lelaki muda. Aku membuang pandangan melihat keindahan ciptaan tuhan.

"Ish, mana pulak minah ni tak sampai-sampai. ni la melayu janji pukul 10 pagi datangnya hendak pukul 10 malam nanti!" aku membebel keseorangan disebabkan Irah, Zara dan si boyot Ana tidak muncul-muncul lagi.

"Bella !" Ana menjerkah aku.

"Astaghfirullah! terkejut aku woi ! haish mujur kau ni tengah pregnant. Kalau tak, mahu aku hempuk-hempuk kepala kau ni!" marah aku. Ana hanya mampu senyum selepas terima makian aku. Aku tahu dia bukan sengaja nak buat aku tertunggu-tunggu seperti tunggul kerana dia cukup pantang sekali jika sesorang menghabiskan waktu disebabkan menunggu ketibaan dirinya. Masa amat penting bagi Ana.

"Mana Zara ngan Irah? bukan kauorang datang sekali ke? awalnya kauorang datang ye makcik?" tanya aku kepada Ana ditambah perlian.

"Ish kau ni. Perli je tahu. Jalan jammed kot bukan saje-saje lewat. Ni haa.. si Irah gi cari parking, si Zara tu ke tandas memerut. Kau tahu tak semalam Zara cirr...itt ! adoi! sakit la kepala aku!" Zara menolak kepala Ana dengan kuat.

"Kau jangan nak cita melebih eh? aku bagitahu Bella apa yang kau mengumpat pasal dia semalam" ugut Zara.

Aku hanya mampu menggelengkan kepala melihat dua sahabat yang aku sayang bergaduh. tak sah kalau sehari tu mereka tak bergaduh. kalau seharian tidak bergaduh tu maknanya ada lah salah faham salah seorang daripada mereka sampai tak bertegur. Aku lebih bahagia melihat mereka bergaduh manja daripada berdiam diri kerana merajuk dan tidak mahu mengalah. Pelik bukan? Aku dan Irah berbual kosong memandangkan Zara dan Ana sibuk berkelahi sehingga ke lewat petang.

__________________________??____________________________

Kringgg ! Kringgg !

Tapp !

Aku menutup kasar jam locengku di meja sebelah katilku. aku terus menarik selimut cadangnya mahu sambung tidur , terus aku teringat akan temuduga yang akan aku ambil harini. aku terus mengerling jam locengku dan ia pukul 8:30 pagi. Terus mataku segar kerana aku sedar aku akan lewat. temuduga tersebut pukul 9 pagi! aku ambil keputusan untuk tidak mandi hanya memberus gigi dan mencuci muka sahaja.

"Ish bodohnya aku! kenapa aku tidur selepas subuh tadi !" aku mengetuk-ngetuk kepalaku sambil memberus gigi. Benar kata umi. Tidur selepas subuh rezeki susah nak masuk. Pekerjaan ini lah rezeki yang aku ingin dapatkan tetapi tipis dek kerana tidur selepas subuh.

Aku hanya menyauk jubah dan shawl buble aku dan lilit seringkasnya. memang ini cara aku kalau tidak sempat menggosok baju. sebenarnya ketika malas pun juga. muehehehe. aku hanya sempat mencapai sekeping roti dan botol mineral untuk aku alas perut ketika dalam kereta nanti.

Setibanya disana, aku memarkir kereta Porsche aku ditempat parkir. Aku melulu masuk ke WN Holdings dan bergegas ke tingkat 10 dimana tempat untuk aku ditemuduga. Aku mengerling jam tangan aku dan ia sudah pun pukul 9:15 pagi. lewat 15 minit. .

"Miss Afrina Nisa' ?" soal seorang wanita cantik persis model itu kepada aku yang terpinga-pinga.

"Ye saya, ada apa ya?" soalku kembali.

"Cik adalah salah seorang peserta temuduga kan? Cik dah lewat 15 minit dari yang sepatutnya. jadi Tengku dalam mensyuarat dalam setengah jam lagi tengku siap. Boleh cik tunggu? Cik boleh ke pantry jika lapar atau dahaga sementara nak tunggu tengku siap mensyuarat." senyum wanita itu kepada aku lantas berlalu pergi ke mejanya.

"PA tengku kot. " tebak aku.

kriukkkk. kriukkkk

Disebabkan perut ni meminta makan, aku terpaksa juga ke pantry untuk makan. kalau tak makan nanti gastrik siapa yang susah? aku masih malu sebab lewat tadi. Sah tengku akan marah nanti. aku putuskan untuk minum nescafe sahaja. Sedang aku ingin berlalu sambil memikirkan ayat-ayat untuk direka kepada tengku nanti tiba-tiba..

"Arghhhh! panasnya!" jerit seorang pemuda dek kerana terkena air kopiku.

"Maaf.. saya tak sengaja. saya yang salah sebab berangan tak tentu pasal habis awak yang kena. mari saya tolong awak"

"Tak perlu, tak apa sikit je ni. melecur sikit je. salah saya juga sebab tak pandang depan" senyumnya.

Dup dap dup dap.

Aku memegang dadaku. terasa kencang jantungku akibat terkena senyumannya. tetapi senyumannya mengingatkan aku kepada seseorang. tapi siapa ye. mungkin seseorang yang tidak perlu aku ingat ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience