Bella... Tidak mungkin dia. Jika benar itu Bella kenapa dia seperti tidak mengenaliku? Aku, Haris Aniq seorang jejaka yang digilai ramai wanita termasuk Bella. Sudah lama tidak mendengar khabar berita daripadanya. Sejak kemalangan tersebut, keluarga Bella terus membawanya pindah ke negeri lain.
Arghhhh! kepalaku mula serabut.
Prangg. Bunyi pasu kaca pecah berderai menghentak lantai. Rinduku kepada wanita tersebut membuak-buak. Aku hanya ingin tahu keadaan wanita itu.
Aku menangis sepi...
_______________________??______________________
"Weh aniq, bangunlah! aniq! kau pahal ni doh barang sepah-sepah dengan kaca pecah tak bersapu. kau ada masalah ke? mata kau sembab gila weh. kau nangis ke? cuba cerita ke aku." aku cuba memujuk Aniq.
"Takde mende lah. aku just tak cukup tidur je. tu yang sembab mata ni. Pasu tu nanti aku kemas semula aku tak sengaja terlanggar sampai terjatuh pasu tu, ngantuk sangat weh" balas Aniq kepada Najmi.
Aniq ialah sahabatku sejak sekolah menengah lagi. Maka segala penipuan yang cuba disorok oleh Aniq aku pasti tahu. Aku kenal lama, segala perangai dia aku pun dah masak sangat.
"Aniq, jom dinner. aku lapar la." rengekku untuk memujuknya juga.
"Kau ingat kau tu laki aku ke nak bersweet ajak dinner bagai?" ujar Aniq.
"Tapi aku ni boss kau. Kau kena la ikut apa boss yang suruh. lagi pun kau kan kawan dunia akhirat aku. Kalau tak ada kau nanti, sedih la aku." aku cuba balas dengan nada yang sedih. Aniq, nampak tegap tetapi hatinya bak kapas. lembutnya lain daripada jejaka sasa yang lain. Mudah tersentuh dengan senangnya lagi-lagi dengan keluarga, sahabat dan wanita disayanginya, Bella.
"Yelah-yelah, aku pergi. Kau jangan buat ayat macam tu ye. karang aku tak nak teman kau dinner baru tahu. Ada sesuatu yang aku nak cita ni."
Akhirnya Aniq dah termakan umpan muka sedih 1 sen karat aku tu. Hihi.
Aku memandu kereta aku sendiri kerana aku lebih selesa dengan barangan milik aku sendiri. Aku dan Aniq teringin nak makan makanan barat untuk dinner kali ini. Aku terus memarkir kereta aku di kawasan VIP. Secret garden, kedai yang dimiliki oleh keluarga Aniq. Setiap minggu ramai perlanggan yang baru mahupun yang biasa datang untuk menikmati makanan disini. Restorannya besar, bersih dan cantik seperti berada ditaman dihiasi bunga-bunga yang mekar. Aku memesan chicken chop with mushrooms soup dan air fresh fruit mint. Manakala Aniq memesan spaghetti oglio olio kegemarannya beserta lemon tea ice.
"Kau nak cerita apa tadi?" tanyaku sambil mengunyah makanan dihadapanku.
"Najmi, kau ingat tak perempuan yang aku pernah rindukan dahulu?" soal Aniq kembali.
"Oh, ingat je. kenapa pula dengan dia? kau ada jumpa dia ke?!" aku meneka.
"aku rasa macam jumpa dia tapi tak kot. aku je yang perasan. rindu sangat aku pada dia. kot la..." lama juga Aniq menyepi dengan rupa yang sangat tidak bermaya itu kemudian disambung lagi ayatnya.
"Ada tak seorang perempuan jumpa kau untuk temuduga?"
"Ada je. kenapa? nak kata cantik tak juga seksi pun tidak. hanya berjubah lebar tanpa sebarang make-up mungkin berbedak je. Lebih kepada modest woman. Bukan citarasa aku yang sukakan perempuan yang sopan tapi terserlah seksinya pada baju yang ketat. Tapi kan, aku terasa sesuatu yang lain bila lihat dia. Aku mengaku memang bukan citarasa aku bro, tapi dia telah buat hati jantan aku ni terusik." luahku. inilah perkara yang harus aku bincang bersama Aniq.
"Hmm, dia lah.. perempuan yang kau cerita tadi. Dia mcam Bella yang aku rindui sekarang. Tapi tubuhnya lain, tetapi jiwanya seperti Bella. Baik, sopan, merendah diri dan agak clumsy sikit. Cuma dia seperti tidak kenal aku." balas Aniq dengan perasaan yang kecewa.
"Mungkin bukan Bella. kebetulan je kut. semuanya kebetulan dari sifatnya, namanya. Memang nama perempuan itu Afrina Nisa' dan panggilannya Bella. hmm. Dah la makan cepat esok aku ada meeting so kau settle ya menda-menda kat pejabat tu. jangan pikir banyak sangat. terjejas prestasi kau nanti".
Kami terus menjamah makanan kami dengan penuh selera. Aniq menghantar aku sehingga ke parkir kereta. Dia tidak ikut pulang bersama aku. Dia akan berulang dari kedai keluarganya ke pejabat esok. Aku kagum dengan Aniq. Anak orang berada tetapi sangat merendah diri. Ibunya pemilik kedai secret garden yang sangat popular dan sudah mempunyai 5 cawangan. ayahnya pula pemilik EA Construction. Prinsipnya, berusaha sehingga berjaya sendiri bukan atas dasar duit ibubapa untuk hidup senang. Sanggup dia bekerja dibawah aku semata nak berlajar dari bawah untuk berjaya.
________________________??_____________________
"Miss Afrina Nisa', cik boleh masuk ke bilik tengku sekarang. Bilik tengku dihujung lorong ini pintu disebelah kiri ye. disebelah kanan bilik orang lain. jangan tersalah masuk ye." senyumnya selepas memberi penerangan kepadaku.
"Baiklah. terima kasih Puan...?"
"Nadiyya. CIK Nadiyya. saya bujang lagi tau. Panggil saje Cik Nad atau lebih mudah Nad." katanya sambil menekan perkataan CIK tersebut.
"Baiklah Cik Nad. terima kasih" balaaku beserta senyuman yang paling manis.
Aku terus berjalan mengikut lorong yg telah Nad beritahu. Aku lebih berhati ketika dihujung lorong tersebut. Ya. ada dua pintu. Kiri dan kanan. kelihatan sama sahaja designnya.
"Mesti penting sangat pemilik bilik disebelah kanan aku ni kepada tengku. Apa taknya. Bilik boleh sama taraf dengan tengku." aku berkata sendirian.
Dengan yakin aku terus masuk ke pintu disebelah kiri aku tanpa mengetuk terlebih dahulu. Biasalah tengah excited ketika itu. hurm.
"Awak ni siapa?! siapa benarkan awak masuk tanpa izin saya!" jerkah tengku.
Rasa mahu menangis ketika itu. Ya lah, sudah la terlebih semangat masuk tanpa izin. Pagi tadi pun lewat tiba disini. Aku keluar semula . Kali ini aku mengetuk pintu dengan agak keras siket. Marah tambah tidak sengaja .
"Masuk." pelawanya. Aku pun terus masuk. Kemudian aku tercegat didepan dia sambil memegang fail dimana terdapat biodata peribadi aku aku didalamnya.
"Erkk..Tengku, s.ss..saya ni c..ca..calon teeet..temuduga tengku..ku.. Innnn ni.. ffff..fail saa ..sa. saya.. fuh" kata aku sebagai awal perbicaraan walaupun tergagap-gagap dan terketar. First time kut jumpa seorang tengku yang hensem macam dia ni.. muka ala-ala apek cina kat kampung cina tu.. Suka aku dia jadi boss aku. boleh la hari-hari cuci mata. muehehehe.
"Hmm. Gagap ke awak ni? kami di WN Holdings tidak mengambil pekerja gagap untuk bekerja di bahagian pemasaran. Kalau jadi cleaner boleh la gagap" sindirnya.
"Saya nervous tengku, tu yang gagap plus terketar menggigil ni. heeeee." jawab aku sambil tersenyum kambing. mujur aku mandi tidak ada lah kambing sangat! kihkihkih.
Diam. Sepi. Tiada sebarang respon daripada tengku. Ini kalau diam sunyi sepi ni mahu dengar semut bergaduh laki bini!
"Err, tengku.. ni fail saya. tengku boleh lihat." kata aku sambil menghulurkan fail aku kepadanya. Tetapi, ditolak! Aku kena reject ke? sebab aku datang lambat? ke sebab aku tiada adab ketika mahu masuk tadi? bermacam-macam perkara yang aku fikirkan. Habis pucat muka aku.
"Awak jangan la buat muka macam baru tercirit je kat depan saya ni.. saya tak nak tengok fail awak sebab awak boleh kerja disini. awak diterima. okay?" katanya seraya bangun daripada kerusi terus didepanku. dekat!.
Fuhh. boleh mandi peluh kalau macam ni.. belum kerja lagi dah berpeluh. kalau dah bekerja dengan dia ni macam mana? Mahu kering badan aku disebabkan kehabisan air akibat berpeluh banyak!
"Sekarang ni, tugas pertama yang awak perlu buat ialah teman saya makan lunch. saya lapar dan tak ada kawan. yang ada sekarang ni adalah awak. So let's go. haa.. before i forgot, Harini kira hari kerja awaklah. Gaji awak dikira mulai pada hari ini, jadi kalau awak cuba bantah permintaan saya berkemungkinan awak akan dibuang dari kerja ini. Lepas makan, awak boleh jumpa PA saya Nadiyya tentang tempat kerja awak and boleh la pusing-pusing bangunan ni. esok baru dapat kertas kerja. Hari ni santai." senyumnya.
Senyum? senyum lagi. pemurah dengan senyuman boss aku ni.. hmm. tapi tidak mengapa, comel! hiks. Aku terus mengekori tengku ke kereta mewahnya dan terus meluncur ke restoran agak mewah bagi seseorang pekerja yang baru nak bekerja macam aku. pokai la duit aku. omel aku sendirian.
"Awak jangan risau. makan je apa awak nak makan. it's on me." katanya sambil tersenyum.
Hmm. tahu-tahu sahaja dia ni yang aku tiada duit nak makan makanan mahal-mahal macam ini. setahun sekali je aku makan tau. Itu pun masa birthday aku. huu. sob. sob. Selesai makan dia mengajak aku membeli barang serta mencari hadiah untuk aku . Katanya tanda aku sudi masuk ke syarikat dia. Aku okay sahaja orang nak bagi hadiah. Rezeki jangan ditolak , musuh jangan dicari! tak gitu? sambil kami membeli belah, kami juga berkongsi cerita masing-masing. Terasa bahagia disampingnya walau seketika.
TENGKU WAZIR NAJMI BIN TENGKU ISKANDAR
Awak telah menyentuh hati saya dalam diam dengan waktu yang singkat. Bencinya !
Share this novel