BAB 6

Romance Series 15706

Pagi yang sangat sejuk . Embun ditatap indah. Hening pagi ini rasanya. Rindu dekat ibu . Apalah ibu tengah buat. Aku mencapai iphone7 aku . Cover cristal pink. Aku beli ni hasil gaji aku. Aku sangat beruntung kerja dengan Datin Laila , baik , peramah. Selama 3 tahun aku kerja dengan dia jadi babysitter fulltime emelda , dah berapa banyak hadiah yang dia bagi. Katanya sebab dia terhutang budi. Aku sering juga menolak taknak lah orang cakap aku ambil kesempatan pulak.

Myvi putih milikku tu pun , datin Laila hadiahkan. Puas aku menolak tapi dia tetap berkeras . Untung aku .
Tangan pantas mendail nombor ibu.

"Assalamualaikum ibu "
"Waalaikumsalam , Nana ! Rindunya dekat Nana. Bila nak balik ? Kerja okay ? Sihat ?" bertalu talu soalannya. Ibu ibu memang kalut ! Persis macam opahku.
"Ibu ni banyak betul soalan. Nana sihat , kerja pun okay. Nanti kalau Nana dapat cuti nana balik lah , bawa emelda sekali" aku banyak kali juga bawa emelda ke kampung.
"Boleh juga dahlama ibu tak main dengan dia . Alamak hangit !" jeritan ibu membuatku terkejut beruk !
"Kenapa bu?"
"Ibu goreng cucur pisang terlupa pula . Cakap lain kali yer bye assalamualaikum"
"Ha yelah waalaikumsalam" ibu ibu.
"Mummy , kenapa Allah ambil nyawa ibu kandung Melda ?" terkejut aku dengar suara itu , emelda dah bangun rupanya. Longlai dia menuju ke arahku. Mungkin kerana dia dengar perbualan aku dan ibu , dia menanyakan tentang ibunya.

"Melda , kenapa cakap macam ni ? Allah lebih sayangkan ibu melda , sebabtu dia tarik nyawa ibu melda awal "
"Salah emelda ke ? Ibu meninggal sebab lahirkan emelda ?"
"No tak sayang , bukan salah sayang. Setiap ibu pasti akan bertaruh nyawa melahirkan setiap sorang anaknya. Sebab itu kita mesti menyayangi ibu kita , hargai beliau "
"Mummy pun berkorban untuk melda kan ?"
"Kenapa melda cakap macamtu?"
"Yelah , mummy sentiasa ada dengan melda. Mummy sakit pun mummy tetap jaga emelda"
"Sayang , tu kan tugas mummy , mummy ikhlas "
"Mummy janji yer mummy takkan tinggalkan melda ?"
"I promise sweetheart" lalu jari kelingking ku sarungkan di jari kelingking melda. Kami sama sama melafazkan moto persahabatan kami .

"We're bestfriend , Never apart "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience