BAB 7

Romance Series 15706

Pejam celik pejam celik , dah tujuh tahun aku kerja disini. Aku ibarat sebahagian dari family ini. Encik Farsyad pun dah slow slow boleh terima aku. Emelda pula sudah 2 tahun memulakan pelajarannya di Tadika. Hari ini hari pendaftaran Emelda di sekolahnya. Bukan tak biasa cuma kekok kerana Emelda sudah darjah satu. Pelajarnnya lain dari tadika. Gementar wajib ada.
"Mummy , mummy teman Melda yer ?"
"Kenapa pulak ? Daddy kan dah janji nak teman Melda"
"Daddy sibuk ! " Sedikit nada kecewa dalam kata katanya itu. Kasihan Melda.
"Okay melda janganlah sedih , nanti mummy cakap dengan daddy okay ?" anak kecil ini hanya mengangguk lemah. Kasihan sayang.

"ENCIK? Boleh saya cakap sikit?"
"Apa dia ?"
"Bukankah hari ini encik kena daftarkan Emelda ke sekolah ? Kesian dia "
"Alamak ! Saya lupa lah ! " aik ? Saya ? ehem mood dia baik ke ni?
"Encik siapkan nanti lah kerja tu. Kasihan emelda tau "
"Arr macam mana ni . Ermm awak jelah temankan dia. Saya kena keluar meeting nanti . Urgent . " tiba tiba Emelda keluar dengan marah . Agaknya dia dengar perbualan kami.
"Daddy tak pernah ambil tahu tentang Emelda , daddy tak sayang Emelda. Dulu daddy cakap kerja nombor dua but now ? You promise me ! Daddy janji nak teman emelda ! Daddy jahat melda benci daddy !"
"Sayang bukan macamtu tapi look listen to me" pantas dipotong emelda.
"No ! Sudahlah daddy i hate you ! "
"Melda , kenapa cakap macamtu ? Tak elok . Tu kan daddy melda. Kan daddy cakap meeting tu urgent. Cubalah faham " aku cuba pujuk melda. Pastinya dia tengah sedih , marah kecewa.
"Mummy pun sama ke ? Dahlah ! Kita dah lewat . kalau mummy tak nak teman melda juga , melda suruh pakmat hantar melda. Memang dari dulu pun melda buat semua sorang sorang!"
"Melda ! Why cakap macamtu ? Kan mummy dengan daddy always there for you honey ?" kata encik Farsyad. Melda pula berlalu pergi tanpa hiraukan kata kata daddy nya .Aku berlari mendapatkan emelda.

Didalam kereta , satu patah perkataan pun tak keluar dari mulut emelda. Hanya satu demi satu titis airmata jer jatuh dipipinya. Hati mula risau. Sambil memandu aku cuba pujuknya.
"Melda honey , jangan sedih , harini kan melda nak daftar sekolah.Tak comellah anak mummy macamni " namun langsung takdipedulikan. Hanya jelingan air mata yang diberi.
" Okay okay macam ni lepas daftar sekolah , kita pergi shopping mall , kita pergi jalan jalan , makan aiskrim" muka emelda nampak berubah sedikit.
"Aiskrim and coolblog . Bestnya ! " Pancingku lagi. pantas emelda menyeka air matanya. Sudah keluar senyuman dari bibirnya.
"Yey ! Nak nak !" dah termakan umpan ! Yes !
"Kalau macam tu stop crying "
"Okay bos !" lalu membuat gaya OK .
"Mummy memang terbaik lah . Terbaik !" tambahnya dengan nada ala ala boboiboy animasi tv3 tu. Nasib baik gaji baru dapat semalam. Boleh aku belanja untuk si manis ini. Lagipun tak payah risau , daddy dia hari hari bagi RM300 untuk belanja emelda. Boleh lah anak kecil ni beli belah nanti. Sambil sambil itu aku nak singgah bank. Nak bank in duit untuk ibu. Belanja adik adik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience