BAB 12

Romance Series 15706

"YaAllah , jika dia benar untukku kau rapatkanlah hati kami. Berikanlah aku petunjuk. Hanya padaMu ku memohan Ya Allah Ya Rahman . Ameen Ya rabbal Alamin."
kedua dua belah tanganku diraup dimukaku. Selesai solat maghrib tadi aku solat istikharah. Minta petunjuk yang maha Esa.

TOK ! TOK !

"Masuklah pintu tak kunci" aku menyahut ketukan pintu bilikku itu . Ibu rupanya.

"Nana?"
"Yer bu?"
"Ibu nak cakap sikit ni."
"Pasal lamaran Farsyad? Kan ?"
"Pandai anak ibu. Jadi Nana dah ada jawapan? Dah istikharah?"
"Dah ibu. InsyaAllah esok Nana akan bagi jawapan pada Farsyad. " dan aku juga berharap keputusanku ini tidak akan membuatku menyesal satu hari kelak .

"Ni cincin yang Datin bagi " ibu menghulurkan sekotak cincin. Aku membuka lalu ku sarungkan di tangan.
"Cantik , pandai Farsyad pilih " desis hatiku lalu aku tersenyum. Ibu yang terperasan dengan aksi aku itu menegur.

"Ehemm kalau dah senyum senyum tu , maksudnya tak lama lagi ada ahli baru lah keluarga kita " kata ibu. Aku cepat cepat menanggalkan cincin yang cantik ini. Lalu ku masukkan kedalam kotak dan kuletakkan di dalam laci meja menulisku.

"Takpelah ibu nak pergi ke bilik Syaufiq. Nak tengok dia tengah buat apa . " aku mengangguk. Syaufiq Razwan , 12 tahun. Tahun ini dia akan menduduki UPSR. Sebabtulah ibu mementingkan pembelajarannya. Aku mempunyai 5 adik beradik. Syaufiq tadi anak keempat. Aku anak sulong. Yang kedua , Syarif Razrul , Umur 20 tahun. Sekarang dah kerja. Doktor saraf. Aku bangga dengan adik aku sorang tu. Memang Ibu mahu adik adik aku berjaya. Aku ? Peluang memang ada tapi yelah terpksa berkorban. Untuk family.

Yang ketiga , Nani Hazriza , 15 tahun. Nani juga akan menghadapi Pt3 tahun ini. Yang kelima pula , Hana Khalida , 9 tahun . Ibuku , Farina Dalisha pernah berpesan padaku , " Anak sulong perlu mengalah untuk adik2 ".

Sejadah dan telekungku sidaikan. Tidur awal sebab esok dah kena bertolak balik KL. Rindu dekat Emelda. Memang dia menangis habis habisan nak ikut aku balik kampung tapi daddy dia tak bagi. Katanya nak bagi aku rest fikirkan tentang lamaran dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience