BAB 14

Romance Series 15706

Hari ini adalah hari minggu. Kata farsyad , dia ingin membawa kami jalan jalan. segan juga aku dibuatnya. Datin Laila pulak? Habis habisan mengelak supaya aku dan farsyad dpt keluar bersama. Katanya bukan aku berdua pun dengan farsyad , emelda kan ikut sama. Alahai mengalah lah Nana oi !
~~~~~~~~~~~~~~~~~

KAMI tiba di sebuah taman permainan yang berhampiran tasik. Indah , nyaman. Tenang ! Ya , memang hati aku tenang dekat sini. Emelda riang berlari ke arah taman. Dia kelihatan sangat gembira. Yelah bukan selalu dia keluar dengan daddynya. Tapi aku rasa macam aku pernah datang sini . Ye ! Aku pernah datang sini. Masa tu aku lepas interview kerja tapi tak dapat. Walaupun kejadian itu sudah 7 tahun berlalu tapi aku masih cam tempat ini. Tak banyak yang berubah.
"Nana , let's have sit there" Farsyad memperlawa aku sambil jari telunjuknya ditunjukkan disebuah bangku. Aku rasa masa aku datang sini , bangku ni jugak lah yang aku duduk. Pelik . Kebetulan yang amat kebetulan.

"Kenapa awak ajak saya ke sini ?"
" Cause I have something to tell you "
"What?" tanyaku teruja.

"Awak pernah datang sini?" tanya farsyad.
"Pernah "
"Duduk kat bangku ni?"
"Ye , tapi mana awak tahu semua benda ni?

"For your information , dekat sinilah kali pertama saya melihat awak"
"What? Bila ? Saya tak perasan pun"
"Yelah saya baru balik meeting kat cafe area sini lepastu datang jalan jalan dekat sini , sebab tenang sangat."
"Then?" tanyaku untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

"Ye lah masatu mana lah saya cam sangat muka awakk. Tapi bila saya bukak FB , saya ada ternampak ganbar tempat ni , jadi saya teringat lah. Awak tak sempat tengok saya sebab masatu mama call , Arwah Fasha nak bersalin. Melahirkan Melda. "

"Ouhh , kebetulan sangat kan"
" Tu maknanya jodoh kita kuat " lalu terukir senyuman halus diakhir katanya. Mata kami berlaga. Hati mula dah buat hal. Muka selamba wajib tayang. Astaghfirullah ! Aku mengalihkan pandanganku ke arah emelda.

"Elok elok sayang nanti jatuh " aku sengaja menukar topik. Mata pula laju menjeling jam G-Shock berwarna hitam putih set couple yang dihadiahkan oleh Farsyad. 3 pm.

"Awak jom balik , dah pukul 3 ni mesti melda lapar , saya nak masak untuk dia."
"No , kita makan kat restoran yer ?"
"Yelah yelah " farsyad beralih laju kearah emelda untuk memanggil anak kecil itu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience