BAB 11

Romance Series 15706

Suasana yang tenang. Sebab inilah aku suka pulang kekampung kalau cuti. Tenang saja. Memikirkan tentang lamaran Farsyad tu sahaja hati aku tak tenteram.

"Hey Nana !" tersentak aku dari lamunan apabila seorang yang bersuara halus ini menegurku.

"Eh Aisya ! Kau pun cuti ke ?" Aisya menganggukkan kepalanya.

"Kau fikir apa tu? Jauh betul menung " . Patutkah aku tanya pendapat Aisya?

"Aisyaa?"
"Apa ?"
"Err Faryad lamar aku " kenyataanku itu membuatkan Aisya terkejut beruk

"Kau serious lah ?" aku angguk.
"Setahu aku dia takkan jatuh hati dengan mana mana perempuan selain arwah isterinya. Dia tu hati batu tau !" tambah aisya lagi.

"Ha tu lah selama 7 tahun aku kerja dengan dia , tak pernah sekali pun dia layan aku at leas sebagai kawan kan tapi semenjak 2 menjak ni dia macam lain sangat. Malam yang dia ajak aku dinner sebab nak lamar aku tu , kau tahu , dia siap beli jubah lagi untuk aku. Mahal pulak tu !" Aisya mengangguk tanda faham. Cukup khusyuk mendengar ceritaku.

"Masa dia lamar kau tu dia cakap apa ?"
"Kau rasa?"
"ouh mesti dia cakap macam ni , ehem Nana Humaira, dari hari pertama melihat awak hati saya dapat merasakan awaklah jodoh dunia dan akhirat saya. Will you be my wife honey ?" dengan nada manja dan menggoda tekaan aisya itu membuatkan aku tergelak besar. Geli pun ada.

"Ada ada jer kau ni , geli aku !"
"Habistu dia cakap apa ? Ker dia cakap macam ni , Wahai..." aisya cuba meneka lagi . Pantas aku potong. Tak sanggup mendengar ayat geli dia tu lagi.

"Kau jangan mengada ngada . Takdelah dia cakap macam ni dia taknak aku tinggalkan emelda dengan dia. Dia jatuh hati dengan aku bila aku layan emelda dan habiskan masa muda aku hanya utk menjaga emelda. " terangku . Aisya sudah mengangguk angguk tanda faham.

" Habistu kau terima lamaran dia ?"
"Aku tak tolak dan tak terima. Aku cuma mintak sedikit ruang "
"Kau rasa patutkah aku terima?" tanyaku kepada aisya.

" Kalau aku kan memang dah lama mengidam nak makan nasi minyak. Lagipun kau terima ajelah. Lagipun dia baik kan? Tapi tu pendapat aku jer. It's up to you nak terima atau tak. Haaa ibu kau dah tahu?"

" Dah " balasku ringkas.
"Kau cakap macam mana kat ibu kau ?"
"Aku ? bukan aku yang cakap tapi Datin Laila tu datang bincang dengan ibu aku sendiri tau!"
"What?! Haa kau nampak kan kesungguhan Farsyad nak dapatkan kau !"

" Habistu ibu kau cakap apa ?" tambah aisya lagi.

"Apa lagi ? Ibu aku pujuk aku suruh terima lah. "

"Haa habistu terima ajelah.Cinta boleh datang lepas kahwin. Fikir tentang emelda tu.Lagipun aku yakin yg Farsyad boleh bimbing kau dengan baik . Hak eleh bukan aku tak tahu yang kau pun ada perasaan kat dia kan ?" aku membesarkan mataku. Geram ! Bibir kuketap. Geram !

"Sikit lah , by the way It's up to you . Aku nak balik . Bye !" lalu dia berlalu pergi. Takutlah tu !

Memang betul kata2 aisya tadi. Katanya aku sukakan farsyad? Aku tersenyum kecil apabila mengingatkan kata2 aisya. InsyaAllah keputusan aku ni betul. Untuk ibu dan emelda serta hati aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience