Rate

Bab 5

Drama Series 6190

Tepat jam 10 pagi, David menjemput Laura di rumahnya dengan alasan hendak membawa dia berjalan-jalan di bandar. Sekarang mereka dalam perjalanan untuk ke Galaxy Mall milik keluarga Jonny. David mengerling ke arah Laura yang sedang leka bermain dengan snow glob kepunyaannya.

"Hmm Laura," panggil David. Matanya tertumpu semula ke arah jalan raya.

"Ya?" Laura memandang ke arah David.

"Awak memang dah lama tinggal dekat sini?" soal David. Laura meletakkan jari telunjuknya di dagu dan berfikir.

"Mmmm tak juga. Tahun ni masuk tahun ke 8 kot kalau tak silap saya dengan mama tinggal kat sini. Kitorang pindah dari KL masa umur saya 16 tahun. Lepas PMR. Mama cakap kitorang memang asal sini tapi pindah dekat sana sejurus selepas saya dilahirkan," Laura menjawab persoalan David dengan panjang lebar. David menangguk kepala tanda faham.

"Ada apa-apa peristiwa pahit yang pernah berlaku dekat hidup awak?" soal David lagi.

"Kenapa?"

"Nak kenal lebih rapat. Lepas ni saya pun nak ceritakan something dekat awak tapi kalau awak taknak... takpelah. Saya tak kisah pun. Sorry eh kalau saya ni macam busy body sangat," David tersenyum kambing.

"Takpelah. Peristiwa paling pahit? Hmmm takde kot," Laura cuba mengingatkan kembali masa zaman kanak-kanaknya. "Tapikan memori masa umur 4 hingga 7 tahun, saya tak ingat sangat. Bila saya tanya mama, dia cakap takde perkara penting yang terjadi masa tu so saya tak paksa dia jawab."

"Awak tak teringin nak tahu?"

"Nak tu... nak juga. Tapi takpelah. Dah mama cakap takde perkara penting berlaku, so saya malas nak ambil berat. Baik fokus masa depan kan?" soal Laura kepada David dengan senyuman di bibir.

"Yup betul."

Seperti yang dijanjikan, David memberi tahu tentang peristiwa pahitnya bersama dengan Shawn dan David ketika rumah mereka dirompak kumpulan mafia dulu. Laura menangis sambil berkata dia kasihan dengan nasibnya dengan Shawn.

"Habis apa jadi dekat puteri?" soal Laura. David diam.

"Entahlah. Orang cakap dia mati..." David meletakkan kereta di parking zone berdekatan dengan bangunan GM. Dia melihat semula ke arah Laura. "Tapi saya rasa dia masih hidup."

"Awak cakap mayat dia tak dijumpai so saya setuju dengan awak," kata Laura sambil mengangguk kepala. Dia bersetuju dengan kenyataannya sendiri. David hanya mampu tersenyum sedih. "Dia tu adik korang?" soal Laura.

David membuka tali pinggang keselamatannya lalu keluar dari kereta.

"Jomlah. Saya laparlah," kata David. Soalan Laura dibiarkan sepi tanpa jawapan. Laura cepat-cepat membuka tali pinggang keselamatannya lalu keluar dari kereta dan menutup pintu. Dia berjalan ke arah David.

"Jom."

Selepas makan tengah hari, mereka berjalan-jalan di sekitar mall. Di setiap kedai yang mereka masuk, mesti David akan di hormati. Dan setiap barangan yang Laura beli, mesti diberi potongan harga yang istimewa untuk dia.

"Mesti best jadi owner shopping mall kan?" soal Laura. David tergelak kecil mendengar kata-kata Laura. Laura berpaling ke arah David.

"Tak juga sebab saya tak dapat enjoy zaman remaja saya. Zaman remaja saya lebih dihabiskan dengan berlatih macam mana jadi pewaris yang perfect." Jawab David.

"Shawn?"

"Dia tu lain cerita. Dia asyik keluar masuk pub, lepas tu selalu berparti dan bawa perempuan berbeza setiap malam. Tapi sekarang dia dah kurangkan sikit aktiviti dia tu sebab kerja dekat syarikat."

"Ohh liar juga dia tu kan," kata Laura. David menangguk tanda faham.

Ketika mereka sedang berjalan, David terasa seperti ada yang mengekori mereka. Dia memegang tangan Laura dan mempercepatkan langkahnya. Mereka keluar dari bangunan dan menuju ke arah kereta milik David.

"Cepat masuk," kata David dengan cemas.

"Kenapa?" soal Laura.

David memandang ke arah Laura.

"Nanti saya bagi tau. Masuk sekarang, please."

Laura menangguk tanda faham dan berlari ke arah tempat duduk penumpang dan masuk ke dalam kereta. David menghidupkan enjin kereta dan memandu pergi. David melihat ke arah belakang kereta melalui cermin. Tiada kereta yang mengekori mereka. Dia menghembuskan nafas lega.

"Awak, saya hantar awak balik eh? Saya ada hal sikit," kata David.

"Okay."

Selepas menghantar Laura pulang ke rumahnya dengan selamat, David berangkat ke balai polis di mana Raynol bertugas. Dia masuk ke dalam pejabat Raynol dan menceritakan semuanya.

"Kenapa baru sekarang diorang timbul balik? Siapa sebenarnya perempuan tu?" soal Raynol.

"Puteri," jawab David sepatah.

"Kau biar betul?" muka Raynol menjadi pucat. "Kau pasti?"

"Ya. Tapi yang saya hairan, dia tak ingat apa-apa pun semasa dia berumur 4 hingga 7 tahun."

Raynol berfikir sejenak. David tidak akan sekali-kali bercakap bohong tentang perkara ini. 'Mungkin perempuan tu memang Puteri kot' detik hatinya. Dia memandang ke arah David dengan serius.

"Lepas ni kau kena hati-hati sikit. Ada kemungkinan yang diorang dah mulakan langkah. Beritahu Shawn juga yang dia kena berhati-hati lepas ni. Tindakan akan diambil selepas kami memastikan yang perempuan tu memang puteri." Raynol duduk tegak di kerusinya.

"Macam mana?" soal David.

"DNA."

*******

Laura cuba menggerakkan kepalanya namun gagal. Pandangan matanya kabur dan dia dapat merasakan degupan jantungnya semakin perlahan.

Dup... dap... dup... dap...

Sayup-sayup kedengaran tapak kaki mendekati dia. 'Siapa?' soal hati kecil Laura. Orang tersebut sedang berbicara namun sepatah pun tidak difahami olehnya. Badannya diangkat dan orang tersebut berlari, entah ke mana pun tidak tahu.

Lama kelamaan, keadaan menjadi semakin terang dan terang.

Laura terbangun dari tidurnya. Dia melihat ke arah jam dinding di biliknya. Jam menunjukkan tepat jam 4 petang. Dia mengusap dadanya.

"Mainan mimpi," bisiknya kepada diri sendiri. Dia bangkit berdiri dari katil dan berjalan ke arah meja soleknya untuk membetulkan rambutnya yang agak serabai.

'Tapi kenapa sejak kebelakangan ni saya asyik dapat mimpi pelik eh?'

Tangan Laura yang sedang menyisir, dihentikan sekejap untuk berfikir. Selang beberapa saat kemudian dia menyisir rambutnya semula. Dia malas hendak memikirkan mainan-mainan mimpi ni. Rambutnya panjangnya diikat tocang.

Dia melihat ke arah cermin untuk kali yang terakhir sebelum keluar dari bilik dan mencari ibunya, Puan Baidah di rumah.

"Mama" panggil Laura.

"Mama dekat di dapur ni!" sahut Puan Baidah dari dapur. Laura berlari masuk ke dapur. Puan BBaidan yang sedang memotong sayur untuk makan malam nanti. Laura duduk di kerusi yang berhadapan dengan ibunya.

"Awalnya mama potong sayur," kata Laura.

"Kenalah awal cik oi. Nanti taklah kelam kabut nanti," kata Puan Baidah lalu menggeleng kepala. "Seronok tidur petang?"

"Seronok!" Laura memberi thumbs up kepada ibunya sambil tersengih. "Tapi kan mama... sejak kebelakangan ni Laura asyik dapat mimpi buruk."

"Mimpi buruk apa?" soal Puan Baidah.

"Hari tu saya mimpi yang ada orang mati depan saya then tadi saya mimpi yang saya dalam keadaan separuh mati. Apa maksud mimpi tu, mama?" soal Laura kepada ibunya. Puan Baidah berhenti memotong sayur. Mukannya menjadi pucat sedikit. Dia memandang ke arah Laura.

"Alah mainan mimpi je tu. Lagipun baru 2 kali kan?" kata Puan Baidah. Laura angguk kepala tanda setuju. "Dah, pergi mandi. Anak dara musyuk!" Puan Baidah berkata lalu tergelak.

"Eleh mama ni. Musyuk-musyuk pun cantik tau? Aku belum mandi tak tun tuang, tak tun tuang. Tapi masih cantik juga tak tun tuang." Laura berdiri lalu berjoget di hadapan ibunya sambil ketawa. 

****

David memberanikan dirinya untuk mengetuk pintu rumah keluarga Laura.

Tok tok tok!

Laura dan ibunya yang sedang menjamah makan malam, berhenti sekejap. Puan Baidah menyuruh Laura untuk membuka pintu. Laura berdiri lalu berjalan ke arah singki untuk mencuci tangannya.

Sekali lagi David mengetuk pintu.

"Kejap!" kata Laura. Laura berlari ke pintu masuk dan membukanya. "Oh... Da... vid"

Laura begitu terkejut dengan perbuatan David yang tiba-tiba sahaja memeluknya. David dengan pantas mengambil sehelai rambut Laura dengan cepat dan tanpa disedari oleh Laura. David meleraikan pelukannya.

Dia meletakkan tangan kirinya yang menggengam rambut Laura di belakang.

"Saya pergi dulu. Bye," kata David lalu tergesa-gesa meninggalkan kawasan rumah keluarga Laura.

Laura yang yang masih berdiri di pintu masuk menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia hairan dengan David.

"Kenapa dengan mamat tu?" bisiknya.

"Laura, siapa tu?" soal Puan Baidah dari dapur.

"David," jawab Laura dengan agak kuat. Dia menutup pintu masuk lalu berjalan semula ke dapur.

****

David menenangkan dirinya agar fokusnya terhadapan pemanduan tidak terjejas. Jantungnya terasa seperti hendak melompat keluar dari badannya. Rambut Laura tadi sudah dimasukkan di dalam plastik kedap udara yang diberi oleh Raynol.

David yakin yang Laura dan Puteri adalah orang yang sama. Dia memecut ke balai polis. Sampai sahaja dia di destinasinya, dia bergegas keluar dari kereta dan terus masuk ke dalam bangunan balai polis tersebut dan masuk ke dalam pejabat Raynol.

"Pak cik" panggil David.

Raynol menjeling ke arah David.

"Berapa kali saya nak pesan supaya jangan panggil saya pak cik? Panggil abang or Ray je," kata Raynol dengan tegas. Umur Raynol sudah mencecah hampir 50 tahun namun penampilannya masih muda dan badannya masih tegap.

"Eleh, perasan muda," bisik David. Dia duduk di kerusi yang berhadapan dengan Raynol lalu memberikan plastik yang berisikan sehelai rambut Laura kepadanya.

"Apa ni?" soal Raynol.

"Tali," jawab David dengan riak muka kosong. "Itu rambut Laura."

"Cakaplah awal-awal. Macam mana kau boleh dapat benda ni?" soal Raynol. Muka David menjadi merah. "Kau rogol dia kan?"

David bagaikan hendak tercekik udara mendengar soalan tersebut. Melihat reaksi David, Raynol ketawa terbahak-bahak. David menjeling Raynol dengan jelingan yang mampu membunuh orang.

"Chill man! I'm just kidding," kata Raynol dengan senyuman kambing di muka. "Saya akan hantar benda ni untuk disiasat. Sementara tu saya harap kau, perempuan tu dengan Shawn berhati-hati. Mana Shawn?"

Mendengar soalan itu, David mengeluh. Dia tahu di mana Shawn sekarang dan dia tidak ingin untuk memberitahu Raynol.

"Saya balik dulu la." David berdiri. Soalan Raynol tadi, tidak dijawab. David keluar dari bangunan balai polis dan masuk ke dalam keretanya. 

*******

Hey, girl, this yo song, let's see that badonkadonk
I'mma try to do the things that you don't
Baby, it's yo party, I just wanna play
What's that sound? What's that thang that's got me like wow?
I'm tryna beat beat it up twelve rounds
Girl, look at that body, I just gotta say
When you back back back back back it up
And you drop it down low
And you pick pick pick pick pick it up
Girl, I'm ready to blow
I'mma stack stack stack stack stack it up
And I'm spending it all
When I throw throw throw throw throw it up
Start twerkin' like Miley
Twerkin' like Miley
Start twerkin' like Miley
Twerkin' like Miley

Shawn meneguk segelas lagi arak. Dia mencium pipi gadis yang duduk di sebelah kirinya. Kini dia berada di Hot Shot Club. Dia mulanya cuma merancang untuk berada di sana sekejap sahaja namun rancangannya meleset apabila sekumpulan gadis datang dan mengeruminya.

"Am I hot baby?" soal gadis tersebut kepada Shawn yang sudah mabuk.

"Hot? heh!" Shawn memerhati badan gadis tersebut lalu tersenyum sinis. "Yes but there is someone that is more hot than you are," kata Shawn.
Dia berdiri.

"Sayang nak pergi mana tu?" soal gadis tersebut dengan manja. Shawn tidak memperdulikannya. Dengan keadaan yang terhuyung hayang dia berjalan keluar dari club dan masuk ke dalam kereta Ferrari miliknya.
Dia memandu pergi.

Selang beberapa puluh minit kemudian, dia berhenti di hadapan rumah keluarga Laura. Dia keluar dari kereta dan berjalan mendekati pintu masuk.
BANG BANG BANG!!

"Laura!!" jeritnya dari luar. "Saya tahu kau ada dekat dalam! Keluar!! Hahahahaha!"

Laura yang sedang tidur nyenyak, terbangun. Dengan perasaan marah yang membuak-buak dia keluar dari biliknya.

Laura membuka pintu masuk dengan geram. Shawn sedang berdiri dengan senyuman di mukanya. Bau arak sangat kuat di badan Shawn.

"Boo!" Shawn masuk ke dalam rumah dan baring di sofa. Laura menutup pintu dan berlari ke sofa.

"Apasal pula mamat ni datang di sini? Mabuk pula tu," bisik Laura dengan geram. "Woi!"

Laura menggoyang-goyangkan badan Shawn. Shawn berpaling ke arahnya. "Puteri?"

"Puteri apanya? Kau mabuk ni," kata Laura dengan geram. "Kejap." Laura berlari ke dapur untuk mengambilkan Shawn segelas air suam. Dia kembali ke ruang tamu lalu meletakkan gelas tersebut di coffee table sebelum membantu Shawn duduk di sofa. Dia memberikan gelas tersebut kepada Shawn. Shawn dengan pantas meneguk air tersebut.

"Ahh! Segar!" jerit Shawn.

"Jangan bising. Nanti mama terbangun dari tidur," kata Laura. Tiba-tiba telefon Shawn berbunyi. Shawn menangkat panggilan tersebut.

"Abang? Hahahahaha saya di rumah puteri," kata Shawn dengan mabuk.

David melepaskan keluhan yang berat sebelum memarahi adiknya. Shawn dengan geram mematikan panggilan tersebut.

"Orang tua. Asyik membebel, membebel dan membebel. Geram betul!" Shawn membaling telefonnya ke arah dinding.

'Untunglah jadi orang kaya. Setakat telefon, senang je nak ganti yang baru,' fikir Laura.

Tiba-tiba Laura terdengar pintu belakang rumah dibuka. Darahnya yang panas, menjadi sejuk. Bulu roma di tengkuknya berdiri. Laura berdiri. Dia berjengket-jengket berjalan ke arah dapur. Langkahnya terhenti apabila dia ternampak sekumpulan individu di dalam dapur.

Di dapur ada beberapa orang individu yang tidak dikenalinya berdiri. Individu-individu tersebut menyedari kehadiran Laura, mereka berpaling ke arahnya. Laura lari ke ruang tamu.

"Shawn!!!" jerit Laura. Shawn tidak bangun. Dengan sepenuh tenaga, dia mengheret Shawn ke dalam biliknya lalu mengunci pintu. Dia berlari mencapai telefonnya lalu menelefon polis. Polis akan sampai dalam masa 10 minit lagi. Telefon Shawn berbunyi. Laura menangkat panggilan tersebut.

"Shawn!" jerit David di hujung talian.

"David... tolong..." bisik Laura ketakutan.

"Laura? Apa yang sedang berlaku?" soal David dengan cemas.

***

Panggilan tersebut terputus membuatkan David menjadi lebih cemas. Dia memperlajukan pemanduannya. Hatinya tidak tenang. Seolah-olah perkara buruk sedang berlaku.

'Ya Tuhan, harap semuanya dalam keadaan yang baik,' bisik hati David.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience