Rate

Bab 1

Drama Series 6190

Hari ini merupakan hari pertama Laura bekerja sebagai office girl di Syarikat Galaxy. Rakannya baiknya itu Anne yang bekerja di syarikat ini merupakan salah satu sebab mengapa Laura memilih untuk bekerja di syarikat tersebut.

"LAURA!!!" jerit Pn Baidah dari ruang tamu "cepat sikit! Nanti lewat!" Jeritnya lagi.

"Ya ma! Kejap" Laura dengan pantas mengikat rambutnya dan mengenakan lip balm di bibirnya. 'Janji kemas' bisik hati Laura. Dia mengambil tas tangannya lalu berlari ke dapur dan meminum air milo yang disediakan oleh mamanya.

"Pelan-pelan la cik oi" Pn Baidah menggeleng kepala melihat karenah anak gadisnya.

"Tak sempat. Bye ma! Love you!" Laura mencium pipi mamanya sebelum berlari ke hadapan pintu rumah dan memakai kasut lalu dengan pantas berlari ke arah stesen bas.

'Nasib hujan dah berhenti turun. Kalau tak nahas aku' Laura mempercepatkan lariannya.

Keadaan stesen bas sangat sesak dan dipenuhi orang yang ingin bergegas ke tempat kerja sama seperti dirinya. Laura berada agak jauh dari kesesakan orang dan berdiri di tepi jalan raya.

'Lambatnya bas ni. Aduh! Dah la hari ni hari pertama aku bekerja' detik hati Laura. Dia memandang ke arah kanan dan kiri kalau-kalau bas yang akan di naikinya muncul.

Tiba-tiba sebuah kereta laju bergerak membuatkan lopak yang berada di hadapannya terpecik di seluarnya. Laura mengeluh. Dia berasa sedikit geram tapi dia tahu salahnya juga kerana berdiri di tepi jalan raya.

Seluarnya kotor tetapi tidak ketara kerana dia memakai seluar yang berwarna hitam. Sekali lagi dia mengeluh.

"Nasib nasib" dia berkata kepada dirinya sendiri.

Tidak lama kemudian bas sampai, Laura berlari masuk ke dalam bas. Keadaan di dalam sesak dan Laura terpaksa berhimpit dengan orang-orang.

                      •••••••••••••••••••••••

Di saat Laura sampai ke tempat kerja, dia lewat 30 minit. Dia berlari ke pejabat tempat bertugas.

BUP!

Dia terlanggar seseorang. Dengan panik dia berdiri lalu meminta maaf.

"Lain kali guna sikit mata tu! Buta ke?!" Laura melihat ke arah hadapan. Orang yang dia langgar merupakan orang kedua tertinggi di syarikat tersebut iaitu Shawn. Laura menjadi ketakutan dan cemas. Bimbang dia akan di pecat.

"Maafkan saya tuan!" Laura tunduk 90°. Shawn cuma menolak Laura ke tepi dan berlalu pergi.

"Eee mamat tu memang nak kena sailang" Anne tiba-tiba muncul membuatkan Laura terkejut sedikit "kalau ya pun marah, janganlah sampai nak tolak. Tak guna punya boss" bebel Anne lagi.

"Dah la tu Anne. Jom la.. Nanti lambat tak tentu pasal kena marah" Laura menarik tangan Anne yang masih membebel.

Anne memang benci dengan Shawn namun dia tetap harus hormat kepadanya kerana Shawn adalah boss.

                    •••••••••••••••••••••••

"Office girl! Panaskan air!"
"Office girl! Kopi!"

Banyak lagi arahan yang diberi kepadanya membuatkan Laura sangat sibuk walaupun ini hari pertama dia bekerja.

"Office girl! Tolong ambil dokumen dekat Fashion Department!" Salah seorang supperior menyuruh Laura. Baru sahaja Laura ingin bertanya di mana department tersebut, pekerja tersebut jalan. Laura menjadi bingung.

Dia berjalan mencari tempat yang disebutkan oleh supperiornya. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk bertanya pekerja lain yang dijumpainya di koridor.

"Err tumpang tanya. Fashion Department mana?" Laura bertanya.

"Ohh jalan lurus lepas tu belok kanan"

"Terima kasih" Laura berjalan ke arah tempat dia ditunjuk. Tetapi apabila dia sampai ke tempat dia ditunjuk, dia di beritahu bahawa tempat tersebut merupakan Financal Deparment. Dia di tunjuk sekali lagi. Apabila dia sampai ke tempat tersebut dia di mainkan sekali lagi. Tempat tersebut merupakan Cleaning Deparment.

40 minit berlalu dan akhirnya Laura menjumpai department yang dicarinya. Dia bergegas ke tempat supperior. Akibat daripada kelewatannya dia di marahi di hadapan semua pekerja di deparment tempat dia bertugas.

                        ••••••••••••••••••

Hari pertama bekerja, Laura berasa sangat penat! Dia menghempaskan dirinya ke sofa di ruang tamu rumah keluarganya.

"Kesian anak mama ni.. Penat?" Pn Baidah muncul bersama dulang yang mempunyai segelas air milo panas diatasnya. Pn Baidah meletakkan air kegemaran anak gadisnya di atas meja. Dia duduk di hujung sofa tempat Laura berbaring.

"Minum air yang mama sediakan tu" Pn Baidah berkata. Laura dengan pantas bangun dan minum air kegemarannya.

"Panas panas" Laura mengipas lidahnya yang panas. Pn Baidah cuma menggeleng melihat Laura yang tidak sabar. Laura lah satu satunya anaknya. Pn Baidah sangat sayang Laura.

'Minta-minta la anak aku ni tak mengalami benda yang sama lagi' bisik hati Pn Baidah.

****

Seawal jam 6 pagi lagi Laura sudah bangun. Ini untuk mengelakkan dia terlambat datang ke kerja. Dia memakai kameja T berwarna putih dan skirt pendek paras lutut. Rambutnya pula di ikat tocang. Dia tidak memakai sebarang makeup kecuali lip balm.

Laura melihat ke arah cermin dan tersenyum puas dengan penampilannya.

'Baru nampak profesional sikit' detik hatinya dengan gembira.

Dia mengambil beg tangannya dan berlari ke dapur. Laura memeluk mamanya dari belakang.

"Ermm sedapnya bau. Masak apa ni ma?" Soal Laura.
"Nasi goreng kampung. Ni dah siap belum?" Soal Pn Baidah.
"Dah mama" Laura meleraikan pelukkannya lalu duduk di meja makan. Hati Laura menari riang melihat air kegemarannya sudah terhidang di atas meja. Dia mengambil cawan yang berisikan air milo dan menghirupnya.
Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi. Laura mencapai telefon pintarnya yang berada di dalam poket lalu memeriksa mesej yang masuk.

From : Anne
Hari ni aku lambat masuk sikit tau. Tolong beritahu manager dekat deparment aku. Tq.

Laura membalas mesej Anne lalu berdiri.

"Mama, Laura jalan dulu. Bye ma!" Laura berlari ke arah pintu masuk dan memakai kasut flatnya dan bergegas ke stesen bas. Mujur belum ramai orang berkumpul jadi tidaklah sesesak hari kelmarin.

??????

Laura mengetuk pintu manager deparment tempat Anne bekerja. Beberapa saat selepas dia mengetuk pintu, kedengaran suara menyuruh masuk.

"Selamat pagi tuan. Err saya nak bagi tahu yang Anne hari ni lambat masuk kerja sebab ada hal" Laura berkata. Manager Lim melihat ke arahnya dan angguk tanda faham. Laura keluar dari office manager dan menghembus nafas lega.

Dia berjalan semula ke arah deparment tempat dia bekerja dan mengambil kertas-kertas kerja yang sudah berlambak di atas mejanya. Kertas-kertas kerja tersebut harus di print out sebelum lunch kerana diperlukan semasa mesyuarat pada petang nanti.

Dia berjalan ke arah bilik print out. Tanpa di sedari pergerakannya di perhatikan oleh seseorang.

Setelah selesai print out kertas-kertas kerja, dia menyerahkannya kepada orang yang bertanggungjawab.

"Letak situ" Cik Sarah berkata namun matanya masih leka menatap skrin hpnya. Laura mengikut arahan dan berlalu pergi.

Tepat jam 12 Laura mengemas mejanya dan keluar untuk makan tengah hari. Di lobby dia terjumpa Anne.

"Anne! Bila kau sampai?" Soalnya.
"Oh baru je. Nak keluar makan? Jom la" ajak Anne. Laura cuma mengiyakan sahaja dan mengikut Anne ke satu restaurant.

Di restaurant mereka duduk di meja yang agak jauh dari pandangan umum. Tiba-tiba mata Anne ternampak sesuatu.

"Eh tengok tu. Tu Shawn dengan awek baru dia? Dengar cerita la kan.. Dia ni selalu tukar-tukar awek. Dia nak yang tu je" Anne berkata.

"Ah? Dia nak hang out?" Laura bertanya dengan muka yang agak blank. Anne menepuk dahinya.

"The bird and the bee" Anne berkata tetapi Laura masih bingung "ya Tuhan, dia nak sex"

"Ohh.. Ckp la awal-awal. Mana saya tau benda tu" Laura tersenyum kemaluan.

"Laura, aduh! Apa la nak jadi dengan kau ni. Eh Laura, Shawn tengok arah sini la" Anne menutupi mukanya.

"Ye ke?" Laura menoleh ke arah Shawn yang tidak jauh dari mereka dan melambai hai.

"Yang kau lambai kenapa?" Anne menepuk dahinya.

"Dia kan boss" jawab Laura selamba. Shawn tersenyum jahat melihat perangai Laura yang agak blur.

"Dia senyum! Oh my god!" Anne menutup mulutnya "takkan dia dengar kot"

"Alah! Buat apa takut? Kita bukan cakap benda buruk pun. Dah la, makanan dah sampai" Laura berkata. Pelayan meletakkan pesanan Laura dan Anne di meja dan berlalu pergi "Itadakimasu" Laura berkata dalam bahasa jepun.

Setelah selesai makan, mereka berjalan bersama-sama ke office. Ketika dalam perjalanan mereka terserempak dengan pengemis perempuan dan 3 orang anak.

"Cik, kami dah 2 hari tak makan" pengemis tersebut berkata "boleh saya minta makanan? Sikit pun boleh la cik. Asalkan anak-anak makcik dapat makan"

Laura menjadi sedih dan kasihan terhadap pengemis tersebut. Dia mengeluarkan dompetnya. Wangnya tinggal RM50. Dia melihat ke arah Anne. Anne menggeleng tanda jangan. Laura mengambil duitnya dan meletak semula dompet di dalam beg lalu memberi duit tersebut kepada pengemis.

"Mak cik, saya tak ada makanan tapi makcik gunalah duit ni untuk beli makanan ye?" Laura senyum mesra. Terserlah kegembiraan di wajah anak-anak pengemis tersebut apabila melihat wang yang boleh mereka guna untuk membeli duit di tangan ibu mereka.

"Kami pergi dulu makcik. Bye" Laura dan Anne berlalu pergi.

"Kau nak guna duit apa untuk tambang balik nanti?" Anne bertanya kepada Laura.

"Alah, kau kan ada kereta. Hantar aku balik eh?" Laura tersenyum nakal.

"Ye la. Susah betul kau ni. Baik sangat!" Anne membebel. Laura cuma tersengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience