Rate

Bab 2

Drama Series 6190

SHAWN menghampiri meja mangsanya iaitu Laura yang sedang asyik dengan kerjanya. Minah ni yang tengok aku kelmarin kat kedai makan kan? detik hati kecilnya. Dia tersenyum jahat.

"Eh tuan buat apa kat sini?" soal salah satu pekerja di department itu.

"Hmm takde. Sambung kerja kau" Shawn berkata. Pekerja tersebut hanya angguk tanpa sebarang kata. Risau Shawn akan naik angin.

Shawn menghampiri meja Laura. Laura yang menyedari kehadiran seseorang di mejanya segera menoleh ke arah Shawn.
"Err boss" kata Laura dengan agak gementar. Kenapa dia ada kat sini? Takkan nak marah sebab kitorang tengok dia kelmarin kut.. perkara dah lepas. Laura menjadi tidak tenteram.

Shawn yang melihat Laura hanya tersenyum puas kerana berjaya menakutkan Laura dengan hanya keberadaannya di situ. Sememangnya dia di geruni di syarikat dengan sikapnya yang di takuti oleh semua staf.

"Siapa nama kau?" Soal Shawn. Shawn tertarik dengan gadis yang duduk di hadapannya itu.

"Laura, boss. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal Laura dengan senyuman manis di wajahnya. Entah kenapa Shawn menjadi tertarik dengan senyuman tersebut.

"Saya nak awak stay dekat pejabat ni lepas waktu kerja nanti. Jumpa saya kat pejabat" Shawn berkata lalu jalan meninggalkan Laura yang di hujani seribu satu persoalan. Jumpa dia kat pejabat? Eh kenapa? Saya buat salah ke? Aduh habislah.

"Eh boss nak jumpa kau kenapa? Kau ada buat salah?" Ebbie salah satu staf di department yang duduk berhampiran dengan meja Laura bertanya.

"Entahlah Ebs. Saya pun tak tahu" Laura menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Tapi setahu saya la kan boss tak suka masuk department ni sebab abang dia yang bertugas kat sini" Ebbie berkata.

"Abang?"

"Alah si David. Takkan kau tak tahu. Eh kau baru masuk. Tapi kau tak buat research sebelum apply kerja kat sini?" soal Ebbie. Laura hanya tersengih. Sebenarnya bukan hajatnya nak bekerja kat Galaxy Empire tetapi mamanya iaitu Puan Baidah yang menyuruhnya.

"Alah tak sempat. Saya tak fikir yang dia orang akan terima aku kerja sini" jawab Laura.

"Laa patutlah. Tuan Shawn dengan Tuan David tu bermusuh walaupun adik beradik. Takde siapa tahu sebab dia. Tapi ada desas-desus mengatakan dia orang bermusuh sebab ibu bapa dia orang lebih sayang David sebab David rajin. Tak macam Shawn yang asyik keluar masuj pub" jelas Ebbie berjela.

Laura cuma mengangguk tanda faham. Tapi kenapa dia datang sini eh, detik hati Laura.

Takkan dia nak pecat aku kut? Aduhh macam mana ni.

* * * * * * * * * *

JAM menunjukkan tepat jam 6 petang. Pekerja-pekerja mula membanjiri ruang lobby syarikat untuk keluar dan balik ke rumah masing-masing.

"Kenapa tuan nak jumpa kau?" soal Anne begitu terkejut apabila Laura memberitahunya yang dia di panggil ke office Shawn.

"Entahlah. Nak marah pasal kita tenung kat restoran hari tu kut" kata Laura.

"Habis tu kenapa dia panggil saya juga? Saya kan dengan kau hari tu" Anne berkata.

Hmmm ya tak ya juga kan? Kenapa eh? Mungkin ada hal lain, detik hati Laura.
"Dahlah. Saya nak pergi pejabat dia dulu. Kang tak pasal-pasal dia marah sebab lambat" Laura berkata.

"Ye la. Hati-hati tau. Mana tau dia nak buat benda tu kat kau. Dia tu keluar masuk pub" Anne berkata sambil bercekak pinggang.

"Tak elok bersangka buruk tau. Dahlah. Saya jalan dulu.. Ta ta.."

"Ta ta.."

* * * * * * * * *

LAURA memberanikan dirinya mengetuk pintu office milik Shawn. Jelas terpapar nama SHAWN JONNY di depan pintu tersebut.

"Masuk" kedengaran suara Shawn dari dalam bilik. Degupan jantung Laura semakin laju. Peluh berlumba-lumba menuruni dahinya. Laura mengelap peluhnya lalu menarik nafas dan menghembuskannya.

Saya boleh! Jangan takut Laura. Shawn tu orang juga. Dia tak makan orang. Laura cuba menghinopsis dirinya untuk menghilangkan rasa gemuruh di dalam diri.

"Laura, masuklah. Saya tak makan orang" kedengaran suara Shawn lagi.

Eh macam mana dia tahu aku yang datang? soal Laura kepada dirinya. Dia memegang tombol pintu lalu memusingkannya untuk membuka pintu. Dia mengintai ke dalam pejabat.
Shawn yang memerhati Laura tersenyum sedikit. Lagak Laura bagaikan dia hendak mencuri di pejabatnya.

"Err boss nak jumpa saya kenapa?" soal Laura dari pintu. Hanya separuh badannya berada di dalam pejabat milik Shawn. Separuh lagi berada di luar.

"Kalau ya pun, masuk la dulu" kata Shawn. Laura tersengih lalu masuk dan menutup pintu pejabat Shawn. Shawn memberi isyarat kepada Laura untuk duduk di kerusi hadapannya.

Laura menurut sahaja perintah Shawn.
"Awak tahu kenapa saya panggil awak?" soal Shawn.

"Erm tak, tuan. Tuan tak bagi tahu" Laura berkata.

Aduh! Ya tak ya juga! Saya tak bagi tahu, detik hati Shawn.

"Awak nampak rak tu? Saya nak awak susun fail-fail dalam tu ikut urutan abjad" perintah Shawn. Laura melihat ke arah rak yang di tunjuk. Hampir terbeliak matanya.
Banyaknya! Berapa lama nak susun semua tu? Aduh. Takpelah! Nasib baik tak kena pecat! Ingatkan nak kena pecat tadi, hati kecil Laura berkata.

"Tunggu apa lagi? Buat kerja" Shawn mengarah.

"Baik tuan" Laura menurut arahan Shawn dan mula menyusun fail mengikut susunan abjad.

Sebenarnya Shawn boleh sahaja .menyuruh pembantu peribadinya untuk melakukan kerja tersebut tapi dia ingin melihat gadis yang mula menarik perhatiannya itu.

Tiba-tiba hp Shawn berbunyi. Terpapar nama Selena sedang menghubunginya. Shawn menekan butang 'reject' lalu meletakkan semula hpnya. Dia dan Selena adalah pasangan kekasih dan sedang bergaduh. Tinggal tunggu masa sahaja Shawn akan meninggalkan Selena.
Sekali lagi hpnya berbunyi dan nama Selena terpapar. Shawn sekali lagi me'reject' panggilan tersebut.

'Apa minah ni nak??' ngomel hati Shawn.
Hp Shawn berbunyi untuk kali yang ke-3. Kali ini Selena menghantarnya mesej.

I nak datang dekat pejabat you. We need to talk! Kejap lagi I sampai.

Shawn mengeluh. Malas nak layan dia ni! Marah Shawn di dalam hati.

* * * * * * * *

SELENA datang seperti yang dikatakan dalam mesej. Dia hanya mengenakan skirt hitam pendek yang menampakkan pehanya yang putih dan blouse pink. Rambutnya diikat tocang.

Ketika masuk ke dalam pejabat Shawn, Selena menjeling ke arah Laura yang sedang fokus menyusun fail. Dia duduk di kerusi yang berhadapan dengan Shawn. Kakinya disilangkan.

"Kenapa you tak angkat call I?" rengek Selena dengan suara gedik.

"Suka hati I la. You sibuk buat apa?" jawab Shawn dengan selamba.

"Hei! I ni calon wife you! Tak patut you buat macam ni!" marah Selena.
Calon wife? Tak hingin aku memperisterikan orang macam kau. Simpang malaikat empat puluh empat, detik hati Shawn.

"Well, kita putus" Shawn berkata dengan selamba. Ketara riak wajah Selena yang tadinya marah menjadi terkejut.

"Kenapa?!" tengking Selena.

"I bosan"

"Oh jadi you bosan terus campak I macam sampah? You ni memang tak berhati perut!" Selena berkata.

Laura yang dari tadi mendengar perbualan kekasih tersebut hanya menggeleng kepala. Shawn melihat ke arahnya lalu tersenyum jahat.

"Sebab I dah ada kekasih baru" Shawn berkata sambil melihat ke arah Laura.

"Dia tu?!" soal Selena.

"Ye la" Shawn berdiri lalu menghampiri Laura. Dia memegang tangan Laura lalu mencium pipinya. Laura terkejut.

"Ni la girlfriend baru I" kata Shawn.
Girlfriend? Sejak bila saya jadi girlfriend dia?

"Kan sayang?" soal Shawn kepada Laura. Laura hanya tersenyum kekok dan menangguk kepala.

Selena menghentakkan kakinya lalu keluar dari pejabat Shawn dengan perasaan yang marah teramat. Shawn melepaskan tangannya yang masih menggengam tangan Laura.

"Kau boleh balik" kata Shawn.

"Err tak siap lagi kerja ni, tuan" kata Laura. Shawn memandang ke arahnya dengan pandangan yang agak tajam. "Baiklah saya balik" Laura berkata. Risau dirinya akan di marahi oleh bossnya. Dia mengambil beg tangannya lalu keluar meninggalkan Shawn seorang diri di pejabatnya.

* * * * * * * * *

SEMASA berada di lobby Laura terserempak dengan David yang hendak keluar untuk balik. Dia mengenalinya melalui gambar yang Anne bagi.

"Selamat malam tuan" Laura berkata lalu tersenyum. Macam nak wish goodnight pula, detik hati kecil Laura.
David membalas senyuman Laura.

"Selamat malam juga. Nak balik?" tanya David. Laura menangguk kepalanya. "Jom saya hantarkan"

Laura terkejut dengan pelawaan David.
"Eh takpe la tuan. Saya naik bas" Laura berkata.

"Laura, saya tak makan orang. Lagipun hari dah malam. Tak elok anak dara tunggu bas dalam gelap macam ni" kata David.
Eh macam mana dia tau nama saya? Takkan ada gossip pasal saya kut kat dalam pejabat ni?

"Laura jom" David mematikan lamunan Laura. Senyumannya masih terukir.

"Ermm okay" Laura akhirnya bersetuju. Mereka sama-sama berjalan ke arah Honda Civic milik David. David membuka pintu untuk Laura. Laura mengucapkan terima kasih. David mengangguk lalu berlari anak untuk ke kerusi pemandu.
Tanpa mereka sedari, gerak geri mereka di perhatikan oleh seseorang.

***

            SEPANJANG perjalanan David menghantar Laura balik, keadaan sangat awkward. David berdehem membuatkan Laura berpaling ke arahnya.

"So kenapa awak apply kerja dekat syarikat keluarga saya?" soal David memulakan perbualan.

Aduh saya nak jawab apa ni? bisik Laura dengan cemas di dalam hati.

"Sebab saya memang dah lama nak kerja sana. Bila apply tak sangka kena terima sebab keputusan akademik saya tak la cukup cemerlang untuk kerja di sana" bohong Laura. Sebenarnya dia memang tiada niat untuk bekerja di sana. Dia hanyalah terpaksa mengikut kemahuan mamanya.

"Oh. So macam mana? Best kerja di syarikat?" soal David lagi.

"Best sangat. Pekerja-pekerja di sana semuanya baik-baik. Tak menyesal saya apply" Laura berkata lalu tersenyum.

David memandang ke arah Laura. Sebenarnya Laura memang tidak di terima untuk bekerja di syarikat keluarganya namun dia yang memberitahu agar Laura di terima. Ye la, boss suruh siapa tak takut kena pecat kan?

David memandang ke arah gadis yang sedang leka memandang ke arah jalan raya. Kulitnya yang putih gebu membuatkan gadis tersebut bertambah comel. Dia memandang semula ke arah jalan raya.

Tidak seperti adiknya Shawn, dia memang sudah mengenali gadis tersebut. Mereka pernah menjadi rakan ketika kecil tetapi entah kenapa Laura tidak dapat mengecamnya.

Saya makin hensem? Muka saya berubah? Ermm kut. Sebab masa tu kami masih kecil jadi tak hairan la dia tak ingat. David bermonolog dalaman.

"Lepas ni masuk simpang tu" Laura berkata.

"Okay"

Setelah masuk ke arah simpang yang dimaksudkan oleh Laura, dia memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah yang sederhana besar.

"Inilah rumah saya. Hmm terima kasih sebab hantar saya balik" ucap Laura.

"Sama-sama. Hati-hati masuk" David berkata. Laura hanya mengangguk kepala lalu keluar dari kereta milik David dan menutup pintu semula.

"Boss hati-hati tau. Jangan pandu laju-laju" nasihat Laura kepada David. David tergelak kecil.

"Okay boss" katanya dengan senyuman menampakkan giginya yang putih.

"Okaylah. Saya pergi dulu" kata Laura sebelum masuk ke dalam halaman rumahnya. David memerhatinya sehinggalah dia hilang dari pandangan. David menghidupkan semula enjin keretanya lalu pandu untuk pulang ke rumah.

Sebaik sahaja Laura melangkah masuk ke dalam rumah, Puan Baidah 'menyerang'nya dengan soalan bertubi-tubi. Di rumah hanya mereka dua beranak sahaja yang tinggal bersama. Laura tidak mempunyai adik beradik dan ayahnya pula meninggal dunia ketika dia masih berumur sepuluh tahun.

"Siapa yang hantar Laura? Teman lelaki? Kenapa tak bagitau mama yang Laura dah ada teman lelaki? Bila nak kenalkan pada mama?" soal Puan Baidah bertubi-tubi. Laura hanya mengeluh.

"Tu boss Laura la mama. Dia hantar saya balik pun sebab hari dah lewat malam. Dia takut saya tunggu bas seorang diri kat bus stop. Nak tolak, segan pula" jawab Laura panjang lebar.

"Ohh ingatkan pakwe tadi" kata Puan Baidah seloroh. Laura hanya menggeleng kepalanya.

"Tapi siapa nama dia?" soal Puan Baidah lagi.

"David Jonny" jawab Laura ringkas. Riak muka Puan Baidah berubah menjadi sedikit terkejut. Laura yang memerhati mamanya menjadi agak hairan. "Kenapa mama?" soalnya.

"Eh takde apa-apa la. Laura dah makan? Mama ada masak gulai ikan tadi" kata Puan Baidah.

"Belum" Laura tersengih. "Jomlah pergi makan mama" Laura memegang tangan mamanya lalu berjalan ke arah dapur. Perutnya sudah berdendang menandakan dia lapar.

*********

"APA!!! Biar betul beb?" soal Anne. Sebaik sahaja Laura selesai makan malam, dia menelefon Anne untuk memberitahu kejadian yang berlaku pada dirinya hari ni.

"Betul" jawab Laura sepatah.

"Si Mamat Pub tu mengaku kau girlfriend dia? Mimpi apa mamat tu?"

"Entahlah. Dia nak lari dari makwe dia kut. Cuba teka siapa yang hantar saya balik" Laura berteka teki dengan Anne.

"Driver bas?" teka Anne.

"Nope" jawab Laura. Kedengaran keluhan Anne di telefon bimbit Laura.

"Bagi tau la. Saya malas nak berteka teki ni" Anne berkata. Laura mengeluh.

"Ye la. David yang hantar" jawab Laura. Tiba-tiba Anne berteriak di hujung talian membuatkan Laura menjauhkan sedikit telefonnya dari telinga. Selepas beberapa saat, Laura meletakkan semula telefonnya di telinga. "Done?" soal Laura.

"Omg! How in the world, kau buat dia hantar kau balik rumah?" soal Anne. "Mind blown babe"

"Pertama, saya tak minta dia hantar saya balik dan yang kedua dia sendiri yang offer untuk hantar saya balik, so yeah. Nanti agak tak sopan pulak kalau tolak" jawab Laura dengan muka yang agak serius.

"I ship you two! Saya doakan yang korang couple, amin." Anne ketawa bagaikan orang tidak siuman. Laura hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"Dahlah! Saya nak tidur. Selamat malam" Laura mematikan perbualan telefonnya bersama Anne lalu meletakkan telefonnya di meja sebelah katil dan baring. Fikiran Laura melayang-layang di udara memikirkan kejadian di pejabat Shawn petang tadi. 'Macam mana kalau saya jumpa perempuan tu lepas ni? Mampus. Dahlah perempuan tu nampak macam nak telan saya hidup-hidup tadi. Seram' fikir Laura.

Laura menggeleng-gelengkan kepalanya. 'Bagus saya tidur! Nanti lambat bangun.'

******

KEESOKAN harinya Laura ke pejabat seperti biasa. Namun ketika berada di lobby, dia terserempak dengan Shawn yang sedang bergaduh dengan perempuan lain. 'Aik siapa pula dia ni? Girlfriend? banyaknya' bisik hati Laura. Pada awalnya dia merancang untuk tidak memperdulikan mereka tetapi secara tiba-tiba Shawn menarik tangannya dan mencium dia.

Otak Laura secara perlahan-lahan memproses apa yang sedang berlaku. Laura hendak melepaskan diri namun genggaman Shawn sangat kuat. Perempuan tersebut menghentakkan kakinya sebelum berlalu pergi.

Shawn melepaskan genggaman tangannya di tangan Laura dan meleraikan ciuman. Satu tamparan yang agak kuat hinggap di pipi kanan Shawn. Laura memandang ke arah muka Shawn dengan riak muka yang agak blank.

"What the fuck, bitch" Shaw berkata. Laura berjalan melepasi Shawn tanpa sebarang suara. "Apa masalah dia? Macamlah itu ciuman pertama dia" kata Shawn kepada dirinya sendiri.

Di meja Laura, dia duduk termenung. 'Ekkkk!! Ciuman pertama saya...' Laura menyentuh bibirnya. Itulah kali pertama dia bercium dengan lelaki. Dia tidak menyangka bahawa ciuman pertamanya adalah bossnya sendiri.

Laura menutup mukanya sebelum berteriak secara perlahan. Dia mencapai telefon bimbitnya yang berada di dalam beg untuk menelefon Anne. Selang beberapa saat, Anne menjawab panggilan Laura.

"Babe"

"Ya? kenapa suara kau macam ada masalah?" soal Anne.

"Tadi... tadi..." Laura tergagap-gagap untuk bercakap.

"Tadi kenapa?"

"Di lobby tadi... Shawn kiss.. saya"

Anne terdiam. "Ohh.. kenapa?" soal Anne. Hatinya agak sakit mendengar perkara tersebut. 'Kelmarin mengaku dia girlfriend, sekarang kiss' bisik hati Anne.

"Itu first kiss saya" kata Laura sambil menutup mukanya kerana malu. Tiba-tiba perbualan mereka terputus membuatkan Laura menjadi hairan. Selang beberapa saat kemudian, mesej dari Anne masuk mengatakan bahawa dia ada kerja jadi terpaksa menamatkan perbualan mereka.

Laura membalas mesej Anne sebelum meletakkan semula telefonnya di dalam beg. Hatinya berdegup kencang teringatkan kejadian di lobby tadi. 'Kerja!' Laura menampar-nampar pipinya dengan lembut sebelum memulakan tugasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience