Rate

Bab 4

Drama Series 6190

Shawn berjalan mendekati Laura dan menarik dia. David hanya memandang adiknya yang sedang menarik Laura jauh dari dia.

"Kau sentuh-sentuh awek saya, apahal?" soal Shawn dengan geram.

"Awek palsu," David membetulkan Shawn. "Lagipun suka hatilah saya nak dekat dengan dia. Korang bukannya couple betul-betul pun. Kau cuma gunakan dia sebagai alat untuk kau larikan diri dari si Selena tu."

Shawn menjeling ke arah David. Genggaman tangannya di tangan Laura dilepaskan dengan kasar. Dia berlalu keluar dari dapur dan masuk ke dalam bilik tidurnya.

David mendekati Laura.

"Awak okay?" soalnya kepada Laura. Laura menanggukan kepalanya.

"Sorrylah awak. Adik saya memang macam tu perangai dia." Kata David lagi.

"Its okaylah. Saya dah biasa dengan perangai dia." Laura tersenyum lembut.

"Ye la kalau awak cakap macam tu. Sambung masak jom," ajak David.

Mereka menyambung semula masakan mereka. Mereka bergurau senda dan bergelak ketawa di dapur. Gelakan mereka dapat didengari di bilik Shawn yang tidak jauh dari dapur. Shawn yang sedang duduk di atas katil, mendengus dengan kasar.

"Dahlah datang tak bagi tau. Lepas tu suka-suka je sentuh Laura." Shawn berkata dengan geram. Imej David dan Laura yang sedang bermesraan di dapur tadi, membuatkan hatinya bertambah sakit.

"Potong bawang pun tak pandai? Perempuan mana yang tak pandai potong bawang?" dia menghentakkan kakinya di atas lantai. "Yang saya kisah sangat ni kenapa? Kenapa... hati saya sakit?"

Shawn meletakkan tangan kanannya di dada. Hatinya terasa sakit ketika dia ternampak kemesraan di antara abangnya dan Laura sebentar tadi.

***

Waktu berlalu dengan pantas, kini David dan Laura sedang menonton televisyen di ruang tamu. Mereka menonton rancangan Mr Bean Live sambil makan popcorn.

"Kesian kereta beroda tiga tu," Laura berkata sambil mengunyah popcorn. Matanya melekat pada skrin televisyen. David berpaling ke arah Laura. Dia tidak fokus kepada rancangan yang sedang bermain di televisyen.

Kulit Laura yang putih gebu, pipinya yang kemerahan tanpa pemerah pipi, bibirnya yang berwarna merah walaupun tidak bergincu dan rambutnya yang panjang dan tampak begitu lembut jika disentuh. Semua itu membuatkan David tertarik kepada dia.

"Laura" panggil David.

Laura berpaling kepadanya. Tangan kanannya menyuap popcorn di dalam mulut lalu dia mengunyahnya.

"Apa ciri-ciri lelaki yang awak nak sebagai suami?" soal David kepada Laura. Soalan David membuatkan Laura tercekik dengan popcorn. Mujurlah David pantas mengambil jus strawberi yang berada di coffee table.

Laura menepuk-nepuk dadanya sambil terbatuk-batuk. Selang beberapa saat kemudian, Laura okay.

"Kenapa boss tanya?" soal Laura. David memandang ke arahnya dengan pandangan yang garang. "Kenapa awak tanya?" Laura membetulkan soalannya.

"Saja. Ye la, awak kan cantik. Takkan takde lelaki yang cuba mengurat" David berkata.

"Isy! Mana ada saya cantik. Tapi thank you sebab puji hehe. Bagi soalan awak tu, saya nak lelaki yang jujur dan setia dengan saya. Dan juga sekurang-kurangnya mempunyai kerja, tak kisahlah kerja apa, janji halal dan bukannya jenis lelaki yang suka berfoya-foya." Jawab Laura panjang lebar.

"Kenapa David?"

"Ohh takdelah."

"Awak? Apa ciri-ciri perempuan yang awak nak?" soal Laura pula kepada David.

"Saya nak yang lawa" jawab David dengan selamba sebelum tergelak. "Gurau je. Hmmm entahlah. Saya pun tak pasti."

"Eleh tipu."

"Taklah."

David menggeletek badan Laura, membuatkan gadis tersebut ketawa dengan terbahak-bahak. Laura merayu kepadanya untuk berhenti menggeleteknya namun David tidak memperdulikan rayuan Laura.

"Da... David!! Hahahahaha! Please stop!" Laura berkata. Sekali lagi David tidak memperdulikannya. Laura menunjuk ke arah siling. "Cicakman!"

David menoleh ke arah yang Laura tunjukkan. Laura mengambil kesempatan ini untuk melarikan dirinya. David berdiri lalu mengejar Laura.

"Come here! Mari saya geletek awak lagi!" kata David.

Selang beberapa minit kemudian David berjaya menangkap Laura. Dia memeluk Laura dari belakang. Shawn yang merancang untuk sekali lagi keluar untuk mencari ketenangan, ternampak mereka berdua.

Sekali lagi hatinya sakit.

"Such a slut."

Serentak David, Shawn dan Laura berpaling ke arah suara tersebut. Di pintu, Selena sedang berdiri sambil bersilang tangan dada. Seperti biasa, penampilan Selena memang mampu menggugat keimanan mana-mana lelaki.

Pakaiannya banyak mendedahkan kulitnya. Hari ini dia memakai dress mini yang pendek dan menampakkan lurah dadanya.

"Watch your mouth" Shawn menjeling ke Selena.

"You, gf baru you ni memang berani kan? Dah dapat adik, sekarang nak abang pulak? Kenapa? Satu 'burung' tak puaskan you ke?" soal Selena kepada Laura.

Dengan pantas Laura keluar dari pelukan David dan berdiri jauh darinya. Laura menundukkan kepalanya.

"Kau buat dekat sini?" soal David.

"Abang David, I cuma nak check je. Betul ke tak yang Shawn ada dekat sini dengan mainan baru dia, eh tak sangka pula yang abang David ada dekat sini. Korang share mainan eh?" kata Selena lalu tersenyum dengan sinis.

"Mulut tu jaga sikit!" Tengking David kepada Selena. "Eh kau blah la!!"

Selena tersenyum sinis lalu berlalu keluar dari rumah percutian keluarga David dan Shawn. Bunyi enjin kereta mula kedengaran dan selang beberapa saat kemudian, Selena memandu pergi.

Shawn menjeling ke arah Laura.

"Tu la! Lain kali menggatal lagi dengan orang lain, bitch" katanya sebelum masuk semula ke dalam bilik tidurnya.

******

Baru sahaja David hendak memujuk Laura, dia berlari ke arah biliknya dan mengunci pintu. David mengejar dari belakang.

Tok tok tok.

Pintu diketuk tiga kali.

"Laura, bukalah pintu ni. Jangan percaya apa Selena cakap tu," kata David.

"Betul ke apa dia cakap? Yang korang anggap saya ni mainan korang je?" soal Laura dari dalam bilik. David menggelengkan kepalanya walaupun Laura tidak dapat melihatnya.

"Tak. Saya ikhlas nak berkawan dengan awak dan saya pasti yang adik saya pun tak anggap awak ni mainan dia sebab kalau betul la apa si Selena cakap tu, mesti dia dah lama buat benda tu dekat awak kan?" David cuba memujuk Laura untuk keluar dari bilik.

Keadaan menjadi senyap. David baru sahaja hendak berlalu pergi, pintu dibuka. Perlahan-lahan pintu dibuka. Laura memandang ke arahnya.

"Awak... saya nak balik." Katanya dengan muka sedih.

"Betul ni? Kalau macam tu kemas baju awak. Nanti saya bagi tahu Shawn yang awak nak balik." David berkata lalu berlalu pergi untuk berjumpa dengan Shawn di dalam biliknya.

David masuk ke dalam bilik Shawn dengan muka yang sangat marah.

"Tengok! Tak pasal-pasal Laura kena anggap macam tu!" marahnya kepada Shawn.

"Kau nak apa?" Shawn cuba menahan rasa marah yang membuak-buak dalam dirinya.

"Laura cakap yang dia nak balik. So saya akan hantar dia. Kalau dia nak berhenti dari syarikat, kau siap!" David memberi amaran kepadanya.

"Yang kau nak kisah sangat apahal?!" Shawn menjerit kepada David.

"SHE IS HER!! Okay?"

Riak muka Shawn yang tadinya marah berubah kepada terkejut. Mukanya menjadi pucat. Seribu satu persoalan menerjah mindanya. Dia memandang ke arah David dengan pandangan yang tertanya-tanya.

"Apa yang saya cakap tadi memang betul. So kalau kau nak benda ni selesai, kau jangan lukakan hati dia. Ingat tu."

David keluar dari bilik Shawn. Shawn masih dihujani dengan seribu persoalan yang masih belum terjawab. Shawn duduk di katilnya.

'Tak itu dia. Bukan dia dah mati ke? Tapi mayat dia tak pernah dijumpai. Habis tu kenapa dia tak munculkan diri kalau selamat? Mustahil' Shawn melepaskan keluhan yang berat. Dia baring di atas katilnya. Kejadian yang berlaku 17 tahun lalu bermain dalam fikirannya. Ketika itu umurnya 7 tahun dan David pula 8 tahun.

-flashback-

Hubungan David dan Shawn ketika ini sangat baik. Mereka berdua tidak pernah bergaduh walaupun sekali. Namun satu kejadian telah membuatkan hubungan mereka menjadi keruh.

"Abang! Puteri masih ada kat dalamlah! Kenapa kita mesti tinggalkan dia?" jerit Shawn kepada David. Mereka sedang berlari untuk menyelamatkan diri. David tidak menjawab soalan adiknya. Mereka terus berlari dan berlari. Di dalam otaknya hanyalah harapan untuk dia dan adiknya selamat dan bukan orang lain.
Mereka berlari sehinggalah sampai di balai polis. Mereka telah berlari selama lebih daripada 20 minit.

"Adik kenapa?!" soal Raynol polis yang bertugas ketika itu.

David menceritakan semuanya kepada Raynol. Dengan segera Raynol menghantar pasukan polis di tempat kejadian namun ketika mereka sampai di tempat kejadian, hanya ada mayat yang bergelimpangan. Mayat puteri tidak pernah dijumpai atau dijejaki.

-end flashback-

Shawn meletakkan tangan kanannya di atas dahi dan menutup mata. Kepalanya terasa sakit mengingat kembali masa lalunya.

'Tapi kenapa wajah dia tak sama dengan puteri?' soalnya kepada diri sendiri. Tiba-tiba syaitan dan malaikat versi mini dirinya muncul di kiri dan kanan bahunya.

"Kau ingat semua orang membesar dengan wajah yang sama ke dari kecil? It's call puberty you aho*" kata syaitan.

"Jangan putus harapan. Mungkin apa yang abang awak cakap tu betul. Mungkin dia memang puteri" kata malaikat pula.

"Eh kau sibuklah" syaitan melontarkan tombaknya ke arah malaikat dan membuakan malaikat hilang. "Kau jangan percaya cakap abang kau. Ingat yang dia la penyebab kematian puteri. Mustahil minah tu adalah puteri. Muahahahaha!" syaitan menghilangkan diri.
Shawn duduk di katil semula.

"Argh!!!"

*****

Beberapa hari berlalu sejak percutiannya di rumah percutian keluarga Jonny. Dia mengambil keputusan untuk berhenti bekerja di syarikat mereka. Sekarang dia sedang berbual dengan Anne di telefon.

"Kau serius beb nak berhenti?!" Anne begitu terkejut dengan keputusan Laura untuk berhenti bekerja di syarikat Galaxy. Dia sudah memikirkannya dengan masak-masak. Orang pertama yang dia beritahu adalah ibunya iaitu Pn Baidah. Syukurlah Pn Baidah tidak memarahinya malahan menyokong untuk dia berhenti dari syarikat tersebut.

"Ha'ah. Keputusan saya muktamad. Saya dah hantar surat kelmarin. Tak taulah kalau diorang dah dapat ke belum," kata Laura. Laura memandang ke luar tingkap. Langit yang biru menenangkan hatinya.

"Apa reaksi mama kau?" soal Anne.

"Hmm dia okay. Dia tak marah tapi menyokong keputusan saya ni. Tak taulah kenapa sebab sebelum dia yang beriya-iya sangat nak saya kerja kat syarikat tu." Jawab Laura.

"Hmm yela beb. Apa pun keputusan kau, saya sokong. Tapi lepas ni jangan menyesal pula. Saya pergi dulu. Ada meeting tergempar," kata Anne sebelum mematikan perbualannya.

Anne mengemaskan mejanya lalu mengambil fail yang patut untuk dibawa ke meeting nanti. Tiba-tiba seseorang datang ke mejanya. Secara automatik bulu tengkuknya berdiri.

"Tuan Shawn, ada apa-apa saya boleh bantu?"  soalnya kepada Shawn.

"Alamat Laura. Bagi" arah Shawn.

"Ermm tuan nak buat apa eh dengan alamat rumah dia," soal Anne kepada Shawn.

"Saya minta, bagi je la! Yang kau banyak soal sangat ni dah kenapa?! Kau dah bosan kerja dekat sini?! " marah Shawn kepada Anne. Anne mengambil sticky note dan pen lalu menulis alamat rumah Laura dan menghulurkannya kepada Shawn.

Shawn mengambil sticky note tersebut dan berlalu pergi.

"Tak cakap terima kasih pun. Jahanam betul boss ni" bebel Anne seorang diri.

*****

Shawn berdiri di hadapan rumah keluarga Laura. Dia memandang ke arah sticky note di tangannya. 'Betul ke apa yang minah tu bagi? Ini memang rumah diorang? Apasal macam kandang ni?'

Shawn meninggalkan kereta Ferrarinya dan masuk ke halaman rumah keluarga Laura. Dia berhenti di depan pintu dan mengetuknya sebanyak 5 kali. Selang beberapa saat kemudian, Pn Baidah membuka pintu.

"Ya? Ada apa-apa boleh saya bantu?" soal Pn Baidah.

"Hai makcik. Sorry kalau meganggu makcik tpi saya nak tanya ini rumah Laura?" soal Shawn dengan penuh sopan santun.

Pn Baidah menangguk kepalanya. Lega hati Shawn kerana dia sampai ke destinasi yang betul. Kalau tak memang dia akan pecat Anne hari tu juga.

"Saya nak jumpa dia boleh?"

"Anak ni siapa?" Pn Baidan memandang Shawn dari atas sampai ke bawah. 'Macam kenal wajah dia ni' bisik hati Pn Baidah.

"Saya Shawn Jonny" Shawn memperkenalkan dirinya. Baru sahaja Pn Baidah hendak memberitahu yang Laura tiada di rumah, Laura muncul di belakangnya.

"Mama cakap dengan siapa tu?" soal Laura. Dia memandang ke arah individu yang berdiri di hadapan ibunya. Serta merta bulu tengkuknya berdiri. 'Dah kenapa pula mamat ni ada kat sini?' soal Laura kepada dirinya sendiri.

"Laura, saya nak cakap dengan awak boleh?" soal Shawn dengan baik.

'Mabuk ke mamat ni? Tiba-tiba bercakap dengan baik kat saya. Seram.' Laura tidak menjawab soalan Shawn. Baru sahaja dia hendak menutup pintu semula, Shawn menghalangnya.

"Saya tahu awak marah tapi please Laura," Shawn memandangnya dengan riak muka sedih. Pn Baidah memukul bahu anak gadisnya dengan agak kuat.

"Tak elok buat macam tu kat tetamu," Pn Baidah menolak Laura ke tepi dan mempersilakan Shawn masuk ke dalam. Shawn dudukk di sofa yang bertentangan dengan tempat duduk Laura. Pn Baidah berada di dapur. Dia sedang membancuh kopi untuk Laura dan Shawn.

"Saya ada nampak surat berhenti awak. David tunjukkan dekat saya," kata Shawn memulakan perbualan. "Saya tahu awak marah tapi tolonglah jangan berhenti."

Laura berpeluk tubuh. Dia memandang ke arah Shawn dengan pandangan tajam.

'Hari tu dia yang beriya-iya nak pecat saya. Sekarang ni dia minta saya kerja balik dengan dia? Memang tak ahh jawabnya.'

Laura masih berdiam diri.

Shawn melepaskan keluhan yang berat. Memang bukan sikapnya untuk memujuk orang sebab selalunya orang yang pujuk dia dan bukannya dia yang memujuk orang. Shawn berdiri lalu membetul kotnya.

"Kalau awak taknak, takpe. Saya tak paksa tapi saya harap sangat yang awak akan ubah fikiran. Saya pergi dulu." Shawn berlalu pergi.

Pn Baidah masuk semula ke ruang tamu.

"Aik mana Shawn?" soalnya kepada Laura yang sedang termenung. Lamunan Laura terhenti. Dia menoleh ke arah ibunya.

"Dah balik, mama," Laura berkata lalu berdiri dan menghampiri ibunya dan mengambil cawan yang berisi air kopi. "Kenapa bukan milo? Mama habiskanlah sorang-sorang kopi tu," Laura tersengih lalu masuk ke dalam bilik tidurnya.

"Bertuah punya budak."

*****

"Tu lah. Siapa suruh buat dia marah?" David berkata dengan geram. Dia menjeling ke arah adiknya.

"Ish! Saya dah cuba pujuk tapi tak dapat. Kau pun tahu kan yang bab-bab memujuk ni, saya mana pro macam awak," Shawn mengalihkan pandangnya ke arah dinding pejabat David. Di dinding tersebut ada grafiti kata-kata semangat dalam bahasa english.

'You give the BEST, you get the BEST'

Dia berpaling semula ke arah abangnya.

"Tapi kenapa abang yakin sangat yang itu puteri?" soal Shawn kepada David. David mengangkat kening kanannya.

"Abang?"

"It's a slip of my tongue. Now answer my question," arahnya kepada David.

"Mula-mula saya pun tak pasti dengan perkara ni, sampailah kejadian di rumah percutian hari tu. Masih ingat tanda lahir puteri di belakang bahu kanan?" soal David kepada Shawn. Shawn menangguk kepala. "Saya nampak tanda lahir tu masa baju dia basah akibat terjatuh di dalam kolam. Baju dia transparent so yeah."

"Tapi semua orang boleh ada tanda lahir di sana," Shawn berkata lalu menyilangkan tangannya.

"Tak semua orang ada tanda lahir bentuk mahkota."

Shawn terdiam. Memang betul puteri ada tanda lahir yang lain daripada orang lain iaitu bentuk mahkota di belakang bahu kanannya. Sebab itulah dia dan David memanggil dia puteri walaupun itu bukan nama sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience