Rate

Bab 3

Drama Series 6190

Ketika Laura sedang sibuk meyusun fail-fail di atas mejanya, namanya dipanggil oleh salah satu staff di pejabatnya.

"Tuan Shawn panggil masuk pejabat dia" kata staff tersebut sebelum berlalu pergi ke mejanya untuk menyambung kerja. Hati Laura mula tidak tenteram.

'Dia nak pecat saya sebab saya tampar dia tadi?' detik hatinya dengan cemas. Mahu tidak mahu dia terpaksa ke pejabat Shawn. Boss suruh takkan nak tolak pula kan? Nak cari nahas namanya tu. Laura berdiri di hadapan pintu masuk pejabat Shawn lalu mengetuknya sebanyak tiga kali.

"Masuk"

Shawn yang sedang menanda tangani fail yang dihantar melihat ke arah pintu masuk. Pintu dikuak buka oleh Laura.

Laura masuk lalu tunduk hormat kepadanya.

"Hmm ada apa boss nak jumpa saya?" soal Laura.

"Tutup pintu tu dulu, lepas tu duduk kat kerusi tu" arah Shawn. Laura mengikuti arahannya. Mata Shawn melekat di badan Laura. 'Hmmm boleh tahan juga minah ni' bisik hatinya. Laura duduk di kerusi yang berhadapan dengan dia.

"Boleh boss bagi tau kenapa boss panggil saya? Kalau pasal insiden dekat lobby tadi, saya minta maaf tuan. Sebenarnya itu ciuman pertama saya so...." Laura mengenggam tangannya. Perasaan takut masih menguasai dirinya.

Shawn mengangkat kening kanannya.

"Hmm? Saya panggil kau bukan sebab tu." Katanya. "Sebenarnya saya panggil ni sebab saya nak buat tawaran kepada kau" Shawn mencapai satu fail yang berwarna biru muda lalu mencampakkannya di hadapan Laura dan menyuruhnya membaca surat perjanjian yang ada dalam fail tersebut.

Laura membaca baris demi baris, ayat demi ayat yang tertulis di atas kertas perjanjian tersebut. Selepas selesai membaca, dia bagaikan tidak percaya. Dia melihat ke arah Shawn dengan riak muka yang hairan.

"Apa maksud semua ni boss?" soalnya.

"Seperti yang kau nampak dalam perjanjian tu, saya mahu kau jadi teman wanita palsu saya untuk 5 hari" kata Shawn. "Saya akan bayar kau sebanyak 20k untuk satu hari. Selepas 5 hari, kau akan saya lepaskan. Kalau kau tak setuju, sekarang juga saya pecat kau" ugut Shawn kepada Laura.

'Aduhh main ugut la pula' detik hati Laura.

"So?" Shawn memandang ke arahnya dengan riak muka yang agak serius.

"Hmmm ok..ay" Laura berkata dengan teragak-agak. Shawn memberi dia sebatang pen. Laura menurunkan tanda tangannya di atas kertas perjanjian dan memberikan semula fail tersebut kepada Shawn.

"Great, besok saya akan bawa kau di satu tempat dan sediakan baju sebab kita akan bermalam selama 5 malam di sana. Get out" Shawn menyambung semula kerjanya. Laura ingin bertanya di mana tempat yang diamaksudkan oleh Shawn namun dia membatalkan hasratnya lalu keluar dari pejabat Shawn.

Semasa dalam perjalanan dia ke pejabat, dia terserempak dengan David dan secretarynya.

"Awak dari mana?" soal David.

"Tadi boss Shawn panggil jadi saya dari pejabat dia. Boss nak pergi mana?" soal Laura pula kepadanya.

"Saya nak jumpa Shawn. Ada hal penting nak cakap." Jawab David.

"Ohh kalau macam tu, saya pergi dululah Boss." Laura tunduk hormat kepada David sebelum berlalu pergi.

Sepanjang hari itu, Anne tidak menegur Laura dan hal ini membuatkan Laura menjadi sedikit hairan. 'Saya ada buat salah dengan dia ke? soal Laura kepada dirinya sendiri. Dia cuba berfikiran positif tentang sahabatnya.

Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan, Shawn membawa dia ke satu tempat. Tempat tersebut adalah rumah percutian milik keluarga Shawn di tepi pantai. Dia masih teringat perbualannya bersama dengan Shawn semasa mereka dalam perjalanan untuk ke sini.

Laura masuk ke dalam kereta mewah milik Shawn dan memakai tali pinggang keledar. Bagasinya sudah di masukkan di bonet kereta. Shawn menghidupkan enjin kereta dan memandu pergi.

"Boss, boleh saya tau kenapa boss buat macam ni? Kita nak pergi mana ni?" soal Laura kepada Shawn. Shawn hanya mendiamkan diri. Dia membiarkan soalan Laura sepi tanpa jawapan. Dia malas hendak bercakap sekarang.

'Hmm saya bercakap dengan tunggul' bisik hati Laura. Dia mengalihkan pandangannya ke luar jendela kereta. Dia menikmati pemandangan bangunan bandar yang megah berdiri. Tanpa disedari, dia tertidur.

Shawn mengerling ke arah Laura untuk seketika sebelum mengalihkan semula pandangannya ke jalan raya.

Beberapa jam kemudian, dia memberhentikan kereta di tepi pantai untuk berehat. Dia mengejutkan Laura bangun dari tidurnya yang lena. Laura keluar dari kereta lalu meregangkan badan.

"Hmm jauh lagi ke boss?" soal Laura.

"Dah dekat" jawab Shawn. "Sebenarnya saya bawa awak untuk melepaskan diri dari Selena. Dalam masa 5 hari ni, saya cakap yang saya akan pergi bercuti dengan teman wanita saya yang baru, iaitu kau." Shawn melepaskan keluhan yang agak berat.

Laura menangguk tanda faham. 'Agak hensem juga kalau dia berdiri macam tu' fikir Laura.

Shawn sedang berdiri dengan botol air di tangan kanan dan tangan kirinya dimasukkan di dalam poket seluar. Shawn menoleh ke arahnya.

"Ingat apa jadi kalau kau lari. Saya akan pastikan yang kau tidak akan dapat cari pekerjaan sampai bila-bila. So jangan jadi bodoh untuk lari" kata Shawn sebelum dia masuk semula ke dalam kereta.

'Saya tarik balik kata-kata saya tadi' bisik hati Laura dengan agak geram. Dia masuk semula ke dalam kereta dan memakai tali pinggang keledar. Mereka menyambung semula perjalanan.

Mereka masuk ke dalam rumah percutian. Shawn hanya mengangkat barangnya dan tidak membantu Laura.

"Gentleman sangat!" Kata Laura dengan agak geram.

Kalau di luar rumah percutian tersebut sudah cantik dan megah, apa lagi di dalam. Dengan hiasannya yang bergayakan moden kontemporari yang sangat mewah. Terdapat juga papan luncur yang diletakkan di satu sudut khas.

"Oi, ikut saya" panggil Shawn.

"Macamlah saya ni tiada nama. Tak guna punya boss" bisik Laura kepada dirinya sendiri.

"Apa? Saya tak dengarlah" Shawn menjeling ke arahnya.

"Err maaf boss."

"Dah! Ikut saya" kata Shawn sebelum berlalu pergi. Laura mengikutinya dari belakang dengan senyap. Selang beberapa minit kemudian, Shawn berhenti mengejut, membuatkan Laura terlanggar belakang dia. "Focus bitch."

'Bukan salah saya pun nak marah." Getus hati Laura dengan agak geram.

"Ini bilik kau. Kalau Selena datang, kau kena tidur dalam bilik saya. Faham?" Shawn berlalu pergi meninggalkan Laura. Laura memegang tombol pintu dan memusingkannya.

Perlahan-lahan pintu dibuka. Di dalam ialah sebuah bilik yang sangat cantik. Laura menarik bagasinya masuk ke dalam bilik.

"Cantiknya" bisik Laura kepada diri sendiri. 

*******

Sedang Laura menikmati pemandangan tepi pantai dari jendela kamarnya, telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat ke arah skrin telefonnya. Terpapar nombor yang tidak dikenali. Hatinya teragak-agak untuk menyambutnya.

'Macam mana kalau ini call yang penting? Jawab je la.'

"Hello."

"Hello. Ini nombor Laura ke?" kedengaran suara David di hujung talian.

"Oh boss David. Kenapa boss call?" soal Laura.

"Saya dengar dari pekerja lain yang awak ikut Shawn pagi tadi. Siap bawa bagasi bagai. Korang pergi mana ek? Bukan nak menyibuk atau apa tapi awak tu pekerja saya dan dia tu adik saya so saya kenalah tahu" kata David panjang lebar.

"Eh bukan boss Shawn dah bagi tau dekat boss ke kitorang nak pergi mana?" Laura menepuk dahinya. Jadi kiranya dia ponteng kerjalah hari ni kalau Shawn tipu pasal dia bagi tau David yang diorang pergi bercuti dekat sini? aduh.

"Hmm tak." Jawab David pendek.

Laura memberitahu hal yang sebenar kepada David. Shawn pun tidak memberitahu agar perkara ini dirahsiakan daripada sesiapa jadi senang sahaja mulut Laura menceritakan hal yang sebenar kepada David.

"Tapi boss dapat nombor telefon saya dari mana?" soal Laura.

"Dari application form awak. Kalau macam tu saya pergi dululah. Jangan risau, saya tak marah. Saya benarkan awak untuk bercuti selama 5 hari tapi ingat, ini cuti tanpa gaji tau." Kata David.

"Baik boss. Saya faham." Kata Laura lalu mematikan perbualan telefonnya dengan David. "Haihh selamat tinggal wahai gaji. Dahlah sehari RM15 kena potong." Bebel Laura seorang diri.

Malam mula melabuhkan tirainya. Sepanjang hari itu dia dan Shawn tidak bercakap ataupun berjumpa sebab Shawn ada mesyuarat melalui Skype dengan kliennya dari luar negara.

Laura baru sahaja selesai mandi. Dia memeriksa bagasinya untuk baju tidur. Dia memakai baju kameja yang berganda lebih besar dari tubuhnya yang kecil dan juga seluar pendek. Selepas memakai baju tidur, dia masuk ke dapur.

Sementara di dalam bilik tidur Shawn, dia sedang bergaduh dengan abangnya iaitu David di telefon.

"Dengar sini, kalau kau buat apa-apa dekat Laura, siap! Jangan yang ingat yang saya akan simpan rahsia kau lagi lepas ni." David memberi amaran kepada Shawn.

"Yang kau sibuk sangat ni apahal?" soal Shawn dengan geram lalu mematikan perbualan lalu membaling telefonnya ke atas katil. Dia membuka kemeja biru yang dipakainya lalu dibaling ke atas lantai. Kini dia hanya berseluar sahaja.

Dia keluar dari bilik lalu ke dapur. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam dapur, langkahnya terhenti. Di hadapannya berdiri Laura yang sedang membelakanginya. Laura sedang minum air.

Matanya liar memandang Laura dari atas sampailah ke bawah. Baju tidur Laura yang panjangnya tidak sampai paras lutut, menampakkan kakinya yang putih gebu. Tiba-tiba jantung Shawn berdegup kencang.

Laura menoleh ke arah Shawn yang masih berdiri kaku di belakangnya.

"Boss pun haus? Kejap ye boss" Laura berkata lalu mengambil cawan kosong dan mengisi air. Dia memberikan cawan itu kepada David. "Saya masuk bilik dulu. Selamat malam boss."

Shawn duduk di kerusi kaunter dan meletakkan tangannya di dada. 'Gile ke apa perempuan tu? Kenapa saya boleh jadi tak keruan macam ni? Aishh bodoh' fikir Shawn. Hasrat Shawn untuk mengambil makan malam, terbatal.

Dia meneguk air di cawan sehingga habis lalu meletakkan cawan tersebut di atas kaunter sebelum berdiri dan keluar dari dapur. Jantungnya masih berdegup pantas akibat kejadian tadi. Semasa dalam perjalanan ke biliknya, dia berhenti di depan bilik Laura.

Hati jantannya meronta-ronta untuk menyuruh dia masuk dan buat apa yang dia mahu. Shawn menggelengkan kepalanya. Dia menyambung semula perjalanannya untuk ke bilik tidur. 

Laura meronta-ronta dalam tidurnya.

"Hello?" jerit Laura namun tiada respon. Dia kini berada di dalam satu bilik yang semuanya bertabir putih. Laura melangkah ke hadapan. Tiba-tiba dia tersadung dan jatuh ke lantai. Dia menoleh ke belakang.

Rupanya benda yang dia terlanggar adalah mayat orang. Mukanya serta merta menjadi pucat. Tiba-tiba mayat tersebut bangun dan menoleh ke arahnya. Perasaan takutnya meningkat. Dia menutup matanya.

Serta merta Laura terbangun dari tidurnya. Badannya berpeluh dan badannya menggeletar akibat perasaan takutnya.

'Kenapa mimpi tu muncul balik?' soalnya kepada diri sendiri. 

Dia menoleh ke arah jam yang berada di sebelah katil. Jam menunjukkan jam 4 pagi. Perasaan mengantuknya sudah hilang jadi dia mengambil keputusan untuk mandi dan selepas itu berjalan-jalan di tepi pantai.

Walaupun kesejukan di awal pagi menusuk sehingga ke tulangnya, dia tetap berjalan-jalan di tepi pantai. Dia terasa tenang apabila mendengar bunyi ombak yang memukul pantai.

Dia tidak sedar yang masa berlalu dengan pantas. Dia kembali ke rumah percutian. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah, dia terjumpa dengan Shawn. Shawn menjeling ke arahnya.

"Lain kali jangan nak liar sangat, bitch" Shawn berkata dengan geram. Dia ingat Laura sudah melarikan diri darinya namun sangkaannya meleset apabila dia ternampak Laura berjalan-jalan di tepi pantai.

"Pergi sarapan." Arah Shawn.

"Ye la, boss."

**************

Keadaan di rumah percutian keluarga Shawn sangat senyap. Shawn keluar entah ke mana pun Laura tidak tahu dan Laura tak ingin tahu. Laura mengambil keputusan untuk meronda-ronda rumah percutian keluarga Shawn.

Rupanya rumah ini lebih luas daripada sangkaan Laura. Rumah percutian tersebut mempunyai Indoor Poolnya tersendiri.

"Wah, best juga kalau jadi orang kaya ni," bisik Laura kepada dirinya sendiri. Dia duduk di tepi kolam lalu memasukkan separuh kakinya ke dalam kolam. Air kolam terasa sejuk di kakinya.

"Sekali sekala macam ni pun okay juga."

Sedang Laura menikmati masa bersendiriannya di kolam, seseorang masuk ke dalam rumah percutian tersebut. David menarik beg bagasinya ke ruang tamu.

'Bukan diorang ada kat sini ke? Apasal sunyi senyap je rumah ni' bisik hati David. Dia memerhati sekeliling ruang tamu tersebut.

'Nantilah cari.'

David menghantar beg bagasinya ke dalam bilik tidur sebelum meronda-ronda rumah percutian keluarga mereka. Selang beberapa minit kemudian, dia terjumpa Laura yang sedang menikmati kesunyian di ruang indoor pool mereka.

Dengan perlahan-lahan David menghampiri Laura dengan niat nakal. Dia ingin membuat Laura terkejut.

"Laura!" jerit David membuatkan Laura terkejut dan terjatuh ke dalam kolam. David ketawa terbahak-bahak. Namun gelakannya terhenti apabila ternampak Laura yang tenggelam timbul di permukaan air. David menjadi cemas lalu terjun ke dalam air.

Dia menarik Laura keluar dari kolam. Laura terbatuk-batuk kerana ingin mengeluarkan air di dalam paru-parunya. David menepuk-nepuk belakang Laura.

"Sorry, Laura" David berkata.

Laura menoleh ke arahnya. Dia menyangka Shawn yang membuat dia terkejut.

"Eh boss David. Boss buat apa dekat sini?" soal Laura. Dia membatalkan niat dia hendak marah.

"Saya tak boleh percaya Shawn so saya datanglah sini. Silap hari bulan, dia buat benda yang tak elok dekat awak. Nanti saya rasa bersalah," kata David. Laura tersenyum lembut.

"Alaa boss ni. Boss salah apa? Lagipun kalau ada apa-apa berlaku, yang salah bukannya boss," ujar Laura dengan lembut.

"Awak, kita bukan dekat pejabat. Boleh tak awak panggil saya David je?" soal David kepada Laura.

"Urmm boleh ke?" soal Laura. David tersenyum.

"Boleh."

"Hmm kalau macam tu... baiklah. Saya akan panggil awak David," Laura menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan David. David menyambut tangan Laura dengan gembira.

"Lebih baik awak tukar baju. Bra pink awak dah kelihatan," David berdiri dan berlalu keluar untuk ke biliknya. Laura memeriksa keadaan bajunya. Memang betul apa yang dikatakan oleh David, jelas kelihatan bra yang dipakainya.

'Ahh memalukan betul,' bisik hati Laura lalu dia menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya.

*********

Laura baru sahaja selesai mandi. Dia mengeringkan rambutnya menggunakan tuala kecil yang disediakan di dalam kamar mandi. Tiba-tiba perutnya berdendangan menandakan perutnya kosong.

"Ahh laparnya." Bisik Laura kepada dirinya sendiri. Dia meletakkan tuala kecil yang digunakannya untuk mengeringkan rambut di dalam basket cucian dan berlalu keluar dari kamar mandi.

Dia masuk ke dalam dapur dan mula mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak ayam masak sos. Dengan perlahan-lahan dia mengupas kulit bawang.

'Boss Shawn belum balik ke? Dia pergi mana eh?' fikirnya.

Laura tidak sedar akan kehadiran David di dalam dapur tersebut sehinggalah David bersuara. Laura berpaling ke arahnya. Serta merta mukanya menjadi merah akibat malu dengan kejadian di kolam mandi tadi.

"Awak nak masak apa?" soal David. Dia menghampiri Laura.

"Ayam sos" jawab Laura ringkas.

"Ohh... hmmm kalau awak kupas bawang macam tu, memang lamalah nak masak jawabnya. Cara pegang pisau pun tak betul tu awak. Nanti jari awak terhiris," kata David panjang lebar. Dia berdiri di belakang Laura dan memegang kedua-dua tangan Laura.

David mula memimpin tangan Laura.

"Ini cara pegang yang betul..." dia membetulkan kedudukan tangan Laura, "kalau nak kupas, kupas macam ni. Lepas tu...."

Suara David sangat lembut, membuatkan jantung Laura berdegup dengan pantas. Cara David memegang tangan Laura pun lembut.

"Woi! Kalau nak bercengkerama dekat sini, baik cari tempat lain."

Laura dan David menoleh ke arah depan. Shawn sedang berdiri tidak jauh dari mereka sambil bersilang tangan di dada. Mukanya kelihatan sangat bengis. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience