Rate

4

Romance Series 10974

SETELAH  menenangkan diri.  Adda terus menghidupkan enjin kereta.  “Alang-alang aku balik awal.. Baik aku jalan-jalan dulu sebelum ambil Rya.  Oh lupa pula, kena gi butik kak Lizzy..”

    Hampir sejam terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas,  Adda terus memandu keretanya menghala ke Cheras Perdana untuk mengambil baju konvo dahulu.

  “Liz?  Kau ok ke ni?  Dari balik makan pagi tadi,  aku tengok muka kau masam je?  kau bergaduh lagi ke?”

 “Babe.. Adam..  Dia tak mahu bertanggungjawab..”

 “Wait.. Wait!  Apa maksud kau?  Kau?” soal si rakan lalu menutup mulutnya.  Lizzy terus menangis. Si rakan menggelengkan kepalanya dengan laju.

  “Tulah kau.. Aku dah kata.  Adam tu memang laki tak guna!  Tapi kau nak.. Jugak! Now siapa yang merana?  Bukan dia tapi kau! Sapa bawa perut?  Kau jugakkan!” tekan si rakan. Lizzy yang mendengar makin kuat esakkannya.

   Si rakan yang berasa bersalah terus bangun lalu mendekati Lizzy.  “Im sorry okay… Im sorry..”  ujarnya lalu mendakap temannya yang dirundung malang itu.   

“Aku bukan nak marah kau, Liz.. Tapi aku geram sangat.  Aku dah tahu siapa dia, tapi kau kalau aku larang pun kau tetap nak kat dia jugak.  Haritu entah-entah dia memang dah cuba perangkap kau dengan letak pil tidur dalam minuman kau!”

 “Maafkan aku Sue,  aku sedar aku yang bersalah.  Aku yang mahukan perkara ni semua..  Kini, aku kenalah tanggung..” sahut Lizzy tersedu-sedan.  Sambil menarik hingusnya yang meleleh.

 “Tak,  Adam harus bertanggungjawab!”

 “Tak guna Sue!  Tak guna.. Dia.. Dia..”

  “What?  Gugurkan?  Tak guna kau Adam!  Takpe biar aku yang berdepan dengan dia!”

  “Tapi..”

  “Kau tunggu Adam!”  bentak si rakan tanpa mahu berlengah lagi terus keluar dari pintu.  

  “Eh.. Maaf.. Maaf..”  ujar Adda yang tersengaja melanggar gadis yang sedang di amuk amarah itu.  Tiada sebarang ucapan pun dari gadis itu, dia terus berlalu. Adda mengangkat bahunya.  Dia kini berada di hadapan butik kak Lizzy.

    Pintu dibuka.  Matanya terpaku melihat keindahan dekorasi pelamin, rekaan pakaian dan bungaan yang dipamerkan.  “Selamat datang ke butik kami, boleh kami bantu anda?” soal si penyambut tetamu melemparkan senyuman.  Adda juga tersenyum lalu menerangkan tujuannya ke situ.

  “Maaf..”  ujar seorang gadis tatkala bertembung di mukapintu tandas.  Adda memberikan laluan padanya yang kelihatan sugul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience