Rate

3

Romance Series 10974

LIZZY yang telah ditutupkan matanya telah dipimpin oleh Adam Rycarl untuk menuju ke meja mereka.  Dari ruang legar, gadis jelita bergaun panjang terbelah dipaha dan belakang yang terdedah, telah menjadi tarikan para pengunjung dalam  hotel terkemuka tersebut.

  Apatah lagi dengan kehadiran CEO terkenal Adam Rycarl.  Banyak mata-mata yang mengambil kesempatan untuk mencuri pandang pada  pasangan itu. Terutamanya kaum hawa ada yang teruja tak kurang juga yang cemburu.

   Dan ini, termasuklah seorang gadis yang baru keluar dari dalam lif.  Matanya masih lagi melekat pada pasangan yang sedang menapak ke arah kolam renang.

 “Tak guna, patutlah kau tak nak jawab panggilan aku..  Rupa-rupanya dengan skandal yang baru..” ujar Sophea sambil merenyukkan tisu.  Wajah cemberutnya tidak lama setelah minda terpikirkan sesuatu.

   Sesuatu yang pasti akan memalukan pasangan tersebut.  “Hei perempuan, kau ingat kau dah cukup bagus dapat bergandingan dengan Adam,hah?  Ini Sophea lah! Top Model…” ujarnya lalu menapak ke destinasi yang telah dia fikirkan.

  “You… Mana you  nak bawa i ni?  Lama dah i  rasa kita berjalan,” ujar Lizzy agak kekok berjalan pabila telapak tangan Adam masih menutupi mata.  Adam tersenyum lalu membisikkan sesuatu ke telinganya. Makin lebar senyuman gadis seksi itu.

   “Bila i kata langkah, langkah ok,” pinta Adam masih lagi memimpin Lizzy dan kini mereka telah pun sampai ke kolam renang.  Tetapi terpaksa menapak lagi sehingga sampai ke tangga utama dan menaikinya.

    Dari jauh,  api lilin meliuk-lentok kala ditiupi angin malam.  Kuntuman bunga-bungaan segar yang terdiri dari pelbagai warna dan haruman kini  kelihatan cukup indah dekorasinya disekeliling meja dan disetiap sudut dalam kanopi putih itu.

   Lampu  Chandeliar pula yang telah digantungkan di bahagian tengah bumbung kanopi,   menambahkan lagi suasana romantis dalam kanopi tersebut.

   Di atas meja pula,  kesemua penutup bekas  aluminium yang telah diisikan dengan makanan,  telah pun dibuka oleh para petugas yang menjaga di dalam kanopi tersebut setelah  melihat akan kehadiran pasangan romantis tersebut.

 “Okay, langkah you..”  pinta Adam pada Lizzy. Perlahan-lahan gadis yang memakai sandal  bertumit tinggi  dalam 5 inci itu, terus melangkah menaiki anak tangga batu yang hanya sebanyak tiga lapis  sebelum sampai ke meja.

 “Okay.. When i count until three you can open your eye...1...2...3...Surprise!”  teriak Adam Rycarl setelah para petugas meninggalkan mereka berdua.   Lizzy terpegun melihat keindahan kanopi dan lidahnya pula kelu untuk berkata-kata.  Kedua-dua belah telapak tangan diangkat lalu menekup mulutnya.

 “Sayang!!”  teriaknya bagaikan tidak percaya dengan apa yang ada di depan matanya kini.  Adam Rycarl telah pun menarik kerusi dan mempersilakan gadis jelita itu duduk.

  Tanpa mereka berdua sedari,  ada seseorang yang sedang memerhatikan ulah mereka dalam keadaan yang cukup marah.  Namun, perasaan itu hanya seketika apabila matanya tertunak pada Lizzy yang sedang meneguk air minuman.  Entah kenapa bibirnya tersenyum senget.

  “Thank you sayang for our lovely candle light dinner…”  ucap Lizzy  sambil mengeratkan lagi pegangan tangan mereka.  Kepalanya mulai berdenyut tanpa sebab, pun begitu Lizzy malas mahu melayan rasa sakit itu.  Keterujaan mengatasi segalanya.

 “A special dinner for a special?”  kata-kata tersebut terpaksa dia hentikan apabila melihat gadis jelita di hadapannya itu terlentok dan tidak sedarkan diri.   Adam Rycarl kelihatan cuak dan keliru apa yang telah berlaku pada Lizzy, sedangkan tadi kekasihnya itu, dalam keadaan stabil dan  elok sahaja.

 “Sayang bangun.. Sayang kenapa ni? Sayang bangun..”  jenuh Adam menggerakkan tubuh kaku tersebut tetapi tetap tiada sebarang tindakbalas.  Lizzy memang pengsan. Liar mata Adam kini mengitari sekeliling untuk meminta bantuan.

 “Apa yang telah berlaku ni?  Hei you all come help me!”  laung Adam ketika ada beberapa orang pemuda sedang lalu dikawasan tersebut.

 “Kenapa ni bang? Isteri abang pengsan!  Boy call  ambulance cepat.  Mari kita  angkat wanita ini ke bilik..”  arah pemuda pertama yang merupakan ketua bahagian Housekeeping yang baru sahaja habis waktu kerjanya.  Adam dan dia sama-sama memimpin Lizzy.

    Sewaktu melintasi salah-satu gazebo yang menghadap kolam renang.  Adam bagaikan terlihat seseorang, memanjangkan lehernya lagi namun, tubuh gadis itu seolah sengaja berlindung dibalik tiang.

  “Adam.. Adam..  Kesian you kan.  Candle light Dinner  you i  dah hancurkan!”  ujar Sophea gadis yang Adam lihat itu, sambil tersenyum lebar.  Paket dadah terus dia lemparkan ke dalam kolam renang.

    Cctv sedang merakam..

INTERN,

“KAU dah siapkan semua fail-fail,  Adda?” Rya menyoal lagi. Bukan kerana apa sekadar mahu mengingatkan sesama rakan.  Dia juga sedang memperkemaskinikan segala maklumat diri.

  “Ya Rya..  Terima kasih kerana selalu mengingatkan aku.  Eh, kau betul ke tak nak intern kat tempat aku?  Still  ada kosong lagi tu..”  

  “Takpe,  aku suka lagi syarikat yang sama.  Aku doakan kau berjaya ya..”

  “Hihihi okay ..  Actually  aku cuak jugak ni..”  sahut Adda memgemaskan rambutnya dengan menyelitkan sepit kupu-kupu.  Manakala Rya pula ayu dengan tudung bawal pinknya.

    Setelah siap Adda dan Rya keluar dari dalam bilik lalu menapak ke arah dapur untuk bersarapan dahulu.  Sarapan orang bujang roti dan milo. “Adda, kalau kau balik dulu boleh tak tolong aku?” soal Rya lalu mengigit kembali baki roti.

  “Tolong apa ya?”

  “Ni,  kenal tak kak Lizzy?  Yang owner Liz Boutique tu?  Aku ada tempah baju, ni kad dia..  Nak minta kau tolong ambilkan..” ujar  Rya lalu menghulurkan kad pada Adda. Adda mengambil dan melihat kad ditangan sambil mengangguk.

   “Baju konvo ya? Aku jugak yang belum ni..”  

   “Eh,  bukan ke kita sama-sama tempah?”

   “Ya,  tapi aku mana ada duit nak buat payment lagi…”

   “Laa..  kau janganlah risau.  Ni aku minta kau ambil sekali baju kau.  Kak Liz tu sepupu aku so  dia bagi diskaun kat aku..  Tu yang murah tu..”

  “Segannya aku dengan kau Rya.  Dah terlalu banyak kau tolong aku.  Tak tahulah bila aku mampu balas..” Adda dari memandang Rya kini menunduk.  Seronok melihat Rya sahabatnya itu yang datang dari keluarga yang serba mampu tidak seperti dirinya yang datang dari tanah setinggan.

  “Adda,  kenapa kau kata begitu?  Sedih tau aku. Aku tak kisahlah sebab aku dah anggap kau macam adik aku..  Mungkin kini aku tolong kau, mana nak tahu nanti kau pula tolong aku.. Kita tak tahu kot nasib kita macamana nanti..”

 “Ya,  betullah tu Rya..”

 “Eh,  jomla nanti lewat pula.  Nampak tak kunci kereta aku.  Hari ni kau drive ok ..Nanti ambil aku..”  

   Setelah hampir sejam memandu kini mereka telah sampai di syarikat tempat praktikal Rya.  “Gud luck Rya!”  laung Adda dari dalam kereta.  Rya yang telah keluar dan kini berada diatas tangga batu menggangguk sebelum memulakan  hari baru ditempat yang baru sebagai budak praktikal.

    Hanya selang beberapa bangunan,  kini Adda telah dapat melihat bangunan agam milik Jeffri Holding.  Adda memarkirkan kereta di petak yang disediakan. Keluar sahaja dari dalam kereta Adda terdongak melihat ketinggian bangunan tersebut.  “Tingginyaa.. Mampu ke aku?”

    Sebelum memasuki ke dalam ruang lobi.  Adda membaca doa dahulu. Seorang lelaki kacak bersut hitam dan berkacamata hitam juga menapak ditempat yang sama.  Adda juga menuruti dibelakangnya. Dan dia perlu mencari kaunter pertanyaan.

    Dari kaunter pertanyaan,  Adda diarahkan supaya naik ke tingkat 7.  Di mana Tan Sri Jeffri berada. Adda menapak perlahan ke arah pintu lif.  

  “You.. You..You… Tunggulah i..”

  “You nak apa lagi?  Kita dah putus k!”

  “You.. You.. Sampaikan hati you..  Ini anak ni macamana? Mama tahu mati i ..”  ujar Lizzy memegang erat lengan lelaki kacak yang sedang menanti lif.  Adda hanya menelinga tanpa mahu melihat, khuatir dirinya dicop sebagai penyibuk.

   ‘Tapi.. Kenapa aku macam pernah dengar ya suara laki tu?”

     Ting!

     Pintu lif telah pun terbuka.  Adda melangkah masuk, sedang dia ingin menekan  butang pada dinding lif. Salah-satu dari pasangan bergaduh tersebut,  kini meluru masuk. Adda agak terperanjat dan membiarkan lelaki itu masuk  dahulu dan setelah itu, barulah jari telunjuknya menekan kembali butang angka 7.

     Adda perasan wajah itu muncung sedepa.  Adda tidak berani mahu mengangkat kepala selagi tidak sampai.  Takut pula disembur nanti. Adda ternganga kerana lelaki itu laju ke arah bilik CEO.  Entah kenapa dada berdebar, spontan tangan kanan menekan dada kirinya yang ketika itu,   sedang melangkah ke arah kamar yang sama iaitu kamar CEO.

  “Adam,  papa tak suka dengar semua ni tahu tak?  Mana pergi Adam yang dulu?..Mana?? Kenapa banyak projek kita terbengkalai?  Adam, wake up Adam… Lagi satu,  tolong jangan bawa masalah lagi kat syarikat papa ini dengan kedatangan skandal-skandal Adam!”  bentak Tan Sri Jeffri masih lagi merenung Adam yang bertampang tenang.

    Tidak sepertinya yang panas membahang.  Manakan tidak jika setiap hari ada saja komen yang dia dengari mengenai anak terunanya itu.

    Adam yang mahu lari dari Lizzy kini terpaksa berdepan pula dengan papa.  Lagi sekali dia terpaksa menadah telinganya. Bebelan demi bebelan laju menerobos ke salur telinga Adam Rycarl.  Ingin sahaja dia mencari kapas lalu menyumbat corong pendengarannya.

  “Ada apa?”  soalnya tegas.  Dan suara daripada  intercom menyatakan pelajar pratikal bernama Adda Susanti sudah pun sampai.  “Praktikal? Kenapa Adam tak tahu ni pa?”

  “Adam kan selalu takde..  Masuk..” Tan Sri Jeffri pula menyindir setelah tadi anaknya,  Adam. Adam pula tertunduk malu. Pintu terkuak luas lalu seorang gadis ayu berkurung biru melangkah masuk.

  “Assalam…”  Ucapan salam  dari Adda terhenti.  Mulut melopong dan mata agak membuntang apabila mata tertunak pada dua insan di hadapannya itu.  Dia dipersilakan duduk berdekatan dengan Adam Rycarl yang kini sedang memandangnya dari atas ke bawah.

  “Adda,  pak cik tahu tentu Adda tertanya-tanyakan?  Duduk dulu Adda..” ujar Tan Sri Jeffri lagi sekali mempersilakan duduk.  Adda mahu tidak mahu terpaksa menarik kerusi lalu duduk.

  “Adam!  Duduk!”

  “Ada apa lagi pa?”

  “Papa mahu Adda jadi PA Adam dan Ivy PA papa takpun Iqmal..”   ujar Tan Sri Jeffri dengan wajah bersahaja. Adam pula terngadah lalu menjeling Adda yang dia rasakan kekampungan itu.

   “What?  Apa ni papa?  Kenapa tak Ikmal je? Biarlah Ivy jadi PA Adam..”  Adam Rycarl meninggikan suaranya biarpun mereka ada tetamu.  Tan Sri Jeffri nampak perubahan pada air muka Adda. Bagi lelaki bergelar itu,  anak gadis di depannya ini mampu untuk merubah anaknya itu. Dia memilih Adda untuk intern di situ bukan sahaja kerana pendidikannya tetapi keperibadiannya.  

     Tan Sri Jeffri telah mengupah seorang PI untuk menyiasat siapa Adda Susanti ini sepertimana dia menyiasat Adam Rycarl.  Dan dalam masa yang sama juga, Tan Sri juga mengupah seorang lagi penyiasat sendirian untuk Puan Sri..

  “Papa dengar tak ni?!”

  “Adam!”

  “Keputusan papa adalah muktamad.  Adda selamat datang ke syarikat pak cik..”

  “Jadi pakcik owner?  Bukan ke hari itu pak cik cakap..”

  “Maafkan pakcik kerana menipu Adda tempohari.  Pak cik tiada niat lain tetapi pak cik terpaksa kerana pak cik tidak mahu..”

  “Adda ambil kesempatan begitu? Jauhnya tanggapan pak cik pada Adda?”

  “Tak.. Tak,  bukan begitu Adda.  Adda pun tahukan kita berada di mana tempohari?  Yang pak cik maksudkan orang lain bukannya Adda..”

  “Well!  Well! For your information papa i hate this girl!  Alang-alang papa dan minah ni ada drama kan?  Baik Adam berterus-terang. Papa, kerana perempuan inilah Adam lewat datang site  seperti yang papa arah dalam call.  Dahlah tumpahkan air pada kemeja Adam yang harga tiga ratus tu..  Biadap pula!”

   “Awak ingat saya pun hadap sangat ke?  Takpelah Tan Sri Adda minta maaf banyak-banyak Adda nak tarik diri.  Assalamualaikum!” ujar Adda bingkas bangun dengan roman yang menyinga.  Fail diangkat dan terus keluar dari kamar CEO!

  “Adam!  Papa tak tahu apa konfrontasi antara kamu berdua.  Tapi papa mahu Adam pujuk Adda kembali. Adda dah selamatkan nyawa papa tahu tak!  Adam cepat kejar! Adam!!!” arah Tan Sri Jeffri makin tegas apabila melihat Adam seakan tidak acuh.

    Adam bingkas bangun dan menghempas pintu dengan kuat.  Sehingga semua mata terarah padanya. “Tengok apa? Buatlah kerja!”  jerkahnya. Sepantas kilat kepala-kepala yang memanjang dari dalam kubikel itu tertunduk kembali.  

    Ivy yang ingin menebalkan lagi sapuan lipstik terus tersasar ke pipi akibat terkejut.  Adam nampak tapi sengaja dia buat-buat tidak nampak. “Sabar jelah Adam.. Dia papa kau.. Adda,  Adda siap kau nanti. Kau tak kenal siapa aku lagi..” omelnya dengan langkah laju ke arah mukapintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience