Rate

PROLOG

Romance Series 10974

BIBIR dikebam dengan begitu rapat, jemari pula menggenggam hujung bantal sekuat yang mungkin dalam menahan kesakitan tatkala air ketuban telah pecah.  

     Dirinya tidak seperti pasangan yang lain,  masuk dengan ditemani pasangan. Tetapi dia hanya sendirian.  Dan lelaki itu pula hanya bersilang kaki menatap skrin telefon dibangku menunggu.

   “I said push .. You push ok”  arah doktor tersebut.  Tiada kata yang mampu dia luahkan lagi.  Hanya lelehan airmata sebagai penemannya kini.  

   ‘Kesakitan yang aku alami ini, tidak sesakit jiwa ini..’

   “Push!!”

     Ergh.. Ergh.. Ergh!

   “Push Kyla Push!”

   “Kyla awak kena teran.. Jika tak anak awak akan mati kelemasan!”  celah jururawat pula. Kyla tetap tidak mahu meneran.

     ‘Apa guna aku lahirkan anak ini jika tiada berbapa..  Biar dia mati saja dalam perut ku..’  tekadnya dalam hati.  Sampai hati kau Adam!

    “Kyla please push!”  

    “Doktor!”  laung jururawat yang sedang melihat paparan skrin.  Tiada sebarang pergerakan lagi. Suasana semakin cemas dengan pendarahan yang banyak.

    “Kita tiada cara lain..”  ujar doktor muda tersebut lalu dia terus  mengarahkan para pembantu, supaya bersiap-sedia untuk  melakukan pembedahan. Jika tidak dilakukan pasti akan membahayakan nyawa Kyla sendiri.

     Kyla yang sememangnya telah pengsan terus dibawa  ke bilik pembedahan. Tanpa mereka semua sedari, airmata Kyla meleleh lagi dengan sendiri.  

     Pintu terbuka luas,  streatcher yang membawa Kyla lalu di hadapan Adam. Namun,  matanya tetap tertumpu pada skrin telefon. Sesekali dia merungut kenapa lambat!

     Namanya dipanggil seseorang dari arah belakang.  Adam yang sedang berdiri di kaunter dan berwajah cemberut terus memusingkan badan.  Doktor yang dalam pakaian serba biru itu menanggalkan face mask  sambil melangkah ke arah Adam.

   “Maafkan saya,  saya telah cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan anak Encik, namun ternyata si kecil itu, lebih disayangi oleh Allah.  Hanya isteri Encik Adam yang selamat”

   ‘Wife? Huh!’  

   “Encik Adam!”

   “Hah,  ya. Tak mengapalah saya redha atas kehendaknya.  Masih boleh mencuba lagi…”

    “Sekali lagi saya memohon maaf,  rahim isteri Encik terpaksa kami buang kerana dia mengalami ketumbuhan”

DUA BULAN BERLALU,

“APALAH  nak jadi dengan keluarga kita bang..  Lepas satu, satu musibah yang menimpa pada anak-anak kita.  Baru saja kita kehilangan Rina, kini Kyla pula jadi begini. Ya Allah!”

   “Sabarlah yang.. Apa yang telah terjadi pada kita,  dugaan buat kita. Percayalah ada hikmah disebalik semua ini.  Biar Allah sahaja yang membalasnya..”

  “Sampai hati Adam buat Kyla begini.  Dia tak kasihan ke lihat anak kita jadi begitu?  Dasar lelaki pengecut!” bentak Puan Aisya benar-benar marah.  

  “Yang, anak kita pun bersalah juga.  Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.  Kita dah bagi ajaran agama secukupnya pada Kyla. Tapi dia.. Dia sendiri yang cari bahana.”

  “Tapi dia tetap anak kita bang.. Kita harus nikahkan mereka bang.  Walau apa pun terjadi.. Adam harus bertanggungjawab! Anak kita bukan permainan bang suka dimainkan, tidak suka dicampak merata-rata!”

    Encik Hamid sudah tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi.  Ya, memang itu yang sepatutnya Adam lakukan. Tapi, bila difikirkan kembali apakah mereka akan bahagia nanti?

   Perkahwinan tanpa cinta tidak semua menuju ke gerbang kebahagiaan.  Ada juga yang terkandas dipertengahan jalan. Tapi Adam dan Kyla bukankah pasangan kekasih?

  “Adam.. Jangan tinggalkan sayang.. Anak mama..  Mana anak mama… Adam…Mana Nana bang!” Jeritan yang sama berulang lagi dari kamar yang telah dikunci dari luar itu.

   “Abang tengoklah.. Sampai bila kita nak kurung anak kita.. Sayang tak sampai hati bang.. Dia anak kita bang!”

     Pang!

   “Abang?”   soal Puan Aisya sambil memasang telinga.  Kedua-duanya kini berpaling lalu menghadap pintu kamar Kyla.  Lagi sekali kedengaran bunyi benda keras jatuh dan kali ini sangat kuat.

   “Buka pintu ni sayang!”  gesa En.Hamid semakin bertampang cuak dan semakin gusar dengan bunyi tersebut.  Apakah yang telah anak mereka lakukan kali ini.

    Tangan Puan Aisya menggeletar kini,  lubang pada tombol tersasar lagi.

    En.Hamid  terus merampas kunci tersebut dari tangan isterinya lalu terus dia  memasukkannya ke dalam lubang tombol, sebelum dipusing mengikut lawan jam.

     Klik!

   “Ya Allah anakku! Kyla apa yang sayang telah lakukan ini…”  laung Puan Aisya tatkala pintu terbuka luas. Pasangan tersebut bergegas  ke arah Kyla yang terbaring tidak sedarkan diri.

    Mulutnya mengeluarkan cecair putih pekat dan agak berbuih.  Ditangan pula masih erat tergenggam botol ubat tidur. Masih ada beberapa biji  lagi tablet putih yang tertinggal di atas lantai.

    “Ya Allah Kyla!  Mengapa kau buat begini?”  lirih Puan Aisya berlinangan airmata sambil memangku kepala Kyla yang lembik.  Manakala, suaminya pula berlari ke bilik untuk mencari kunci kereta. Kyla harus segera mereka bawa ke hospital.

   “Yang, tolong abang cepat!”  gesa En.Hamid yang sedang berusaha untuk memimpin anak gadisnya itu ke luar rumah.  Puan Aisya pula memimpin Kyla disebelah kiri.

  “Sabar ya Kyla, mama dengan  papa akan bawa Kyla ke hospital!”  pujuk Puan Aisya.

RK CLUB, LA,

“MR ADAM RYCARL!”

“Hey what’s up?  What’s wrong with you dude?  Aku tengok dua, tiga hari ni kau macam takde mood aje.. Why?”  soal si rakan sambil diapit dua orang gadis Inggeris kiri dan kanannya dengan pakaian yang benar-benar menjolok biji mata si pelihat.

    Adam yang termenung tanpa menghirau kelantangan muzik di belakang,  terus meneguk kembali cecair kuning tersebut malah sehingga habis. Tatkala tangan ingin menuang lagi,  botol tersebut dirampas oleh seseorang.

  “Hei!” bentaknya yang pening-pening lalat.  Si rakan mengangkat bahu lalu mengerling ke kiri pemuda kacak itu.  Bukan dia yang melakukannya tetapi orang lain.

  “I nak cakap dengan you  seorang..”  ujar seorang gadis dengan tegas.  Si rakan seraya berlalu dengan memaut pinggang dua orang gadis yang setia menemaninya itu, langsung menapak ke lantai tari yang disinari cahaya warna-warni dari lampu bar bulat.

 “You.. I pregnant three weeks..”   ujar gadis itu sambil memegang tangan Adam Rycarl.       

   “You I’m talking to you...  Adam Rycarl! Are you listen to me?” soal gadis itu lagi.  Sakit hati melihat sikap sambil lewa pemuda di hadapannya itu.  Hati yang telah terguris makin terluka tatkala, matanya melihat senyuman tersebut.  Senyuman yang penuh dengan kesinisan.

  “Abort it…”  ujar Adam Rycarl juga tegas.  Dari merenung gelas di tepi botol minuman keras tersebut,  dia terus mendongak lalu menancap mata galak milik gadis bernama Suzy dengan lama.

  “What?  No sayang no!  You dah berjanji dengan i!”  ujar gadis berambut perang itu sambil menarik  kembali tangan Adam Rycarl untuk dia genggam.

  “I said abort it.. How much i can paid it for you...  IniAdam Rycarl Tan Sri Jeffri lah!”  ujar Adam sungguh angkuh sekali. Suzy tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.  Benarlah apa yang dia dengar selama ini mengenai Adam Rycarl.

 “Tidak Adam tidak!  Kau harus bertanggungjawab!  Im not your one night stand!”  tukas Suzy makin lantang suaranya.

 “Suzy.. Suzy.. kau ingat aku tak tahu apa kau buat?  Betul kau tidur dengan aku saja?” soal Adam sambil sesekali tersedu.  Botol minuman keras tergawang-gawang ketika dia berbual.

  Pang!  

“Adam … That’ s too much!   Buat pengetahuan kau, kau satu-satunya lelaki yang aku pernah tidur.  Jangan kau hina aku sebegitu... Aku juga ada maruah!” sahut Suzy makin bertakung airmatanya.  Perlahan-lahan ia mengalir mengeluar lalu menuruni sepanjang pipi.

 “Aku kata gugurkan!  Aku tak percaya anak dalam perut kau tu benih aku!”  ujar Adam bingkas bangun dan menapak dengan terhoyong-hayang.  Tangan yang dipegang oleh Suzy setelah dia rentap dikibas-kibaskan.  Jijik dia rasakan. Botol yang tangan kirinya pegang pula dihentak atas meja sebelum dia berlalu pergi dan meninggalkan Suzy.

 “Adam kau memang laki tak gunaaa!”  bentak Suzy mengenggam tangannya. Airmata pula makin laju kini.   “Aku akan pastikan kau bertanggungjawab, Adammmm!”

 “Kau ingat aku bodoh.. Kau sama saja dengan betina-betina lain yang aku pernah kenal.  Dasar pisau cukur! Kau ingat kau siapa yang mahu berdamping dengan aku, hah?!” omel Adam makin mabuk dan tangan merewangnya pula,   berterusan menolak tubuh-tubuh manusia di hadapan ketika dia mahu lalu.

   Dia merasakan mereka-mereka ini cuba  menghalang dia keluar dari kelab ekslusif itu.   Tanpa dia sedari, dia telah tertolak tubuh seorang Bouncer.  

  Dan lelaki Inggeris  berkepala botak berbadan sado itu terus menumbuknya sehingga lelaki yang mabuk itu pengsan.     

  Apabila Adam pengsan,  Bouncer  berwajah garang itu terus mengangkat tubuh yang terkulai itu dan hanya diletakkan pada bahagian  luar pintu kelab ekslusif tersebut tanpa menghiraukan manusia yang lalu-lalang atau yang sedang keluar masuk.  

   Setelah duit dihulurkan, kedua-dua lelaki berpakaian sut hitam itu kembali pada tugas mereka.  Suzy merenung tubuh Adam tanpa rasa belas biarpun dipenuhi lebam dan darah. Melangkah pergi apabila seorang lelaki warga Afrika menghampirinya dan terus memaut pinggang ramping itu.

  Lakonan mantapnya tadi mungkin gagal,  tapi dia tetap akan cuba lagi sehingga Adam masuk ke dalam perangkap ciptaannya.

   Adam cuba membuka matanya,  pandangan memang tidak jelas tapi dia tahu siapakah gerangan wanita berskirt merah sendat paras punggung itu.  

 “Adam!  Hei apa dah berlaku ni?  Kau bertumbuk lagi? Come darling help me!”  teriak seorang lelaki meminta bantuan kekasihnya itu untuk sama-sama memimpin Adam ke kereta mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience