Rate

1

Romance Series 10974

“JAUH kau termenung?”  soal satu suara. Bunyi keriut pintu dan derap tapak kasut  sedang melangkah itu, tiada sedikit pun lelaki yang sedang asyik melihat panorama bandaraya KL dari dinding lutsinar kamar pejabat itu, sedari.

   “Adam,  kau dengar tak?  Adam Rycarl  Im talking to you!”  

   “Hah?  Papa.. Sorry  Adam tak sedar.  Bila papa masuk?”  

  “Huh!  Adam, Adam.  Kalau perompak masuk sekalipun..  Kau takkan sedar. Kenapa dengan anak papa ni?  Semenjak balik sini, tak pernah sekali pun papa tengok Adam ceria seperti dahulu.  Ada sesuatu yang Adam sembunyikan ke?”

 “Tak.. Takde apa-apa, papa.  Maybe Adam still jetlag..”  dalih Adam Rycarl tersenyum dan  seraya memalingkan tubuhnya dari menghadap dinding ke tubuh Tan Sri Jeffri lalu mempersilakan papanya itu duduk.

“Huh jetlag?”  sindir Tan Sri Jeffri penuh sinis.  Bukannya dia tidak kenal siapa anaknya itu.  Adam Rycarl CEO JEFF HOLDINGS yang dingin seperti Iceberg tetapi dalam masa yang sama dia juga seorang  girl player!   

 Apa sahaja yang berlaku tiada satu pun lelaki berusia lima puluh tahun itu ketinggalan.  Semua dalam poketnya!

  “Adam…”

   Tok tok tok!  

  “Masuk!”  arah Adam.  Dan Tan Sri Jeffri pula tidak jadi untuk meluahkan hasratnya itu.  Sempat lagi Tan Sri Jeffri mengerling ulah anaknya itu yang cuba bermain mata dengan P.A baru mereka yang bernama Ivy Loh gadis baba nyonya dari Melaka.

   Bagi Ivy pula ini memang peluang keemasannya.  Hanya gadis bodoh yang menolak cinta lelaki itu.  Sempat lagi gadis berpakaian sut pejabat yang agak seksi itu memegang tangan Adam.  

  “Ehem..  Ehem! Kalau tiada apa-apa Ivy boleh keluar sekejap?”  Sengaja Tan Sri Jeffri mencelah apabila dia mulai perasan bibit-bibit goda-menggoda telah timbul.  Adam pula cepat-cepat menyelak fail tersebut.

  “Adam,  papa tak suka Adam begini.  Sampai bila Dam? Sampai bila kami nak tunggu?  Adam umur kamu memang dah sesuai untuk mendirikan rumahtangga.”

  “Pa..”  sahut Adam menutup kembali fail.  Tan Sri Jeffri tetap inginkan menantu bagi menyerikan lagi Villa mereka itu.  Tapi Adam pula sebaliknya…

 “Papa tahukan cinta Adam..”

 “Adam,  sampai bila Adam mahu mengingatinya?  Jangan seksa diri Adam dan jangan seksa gadis-gadis itu. Mereka tidak bersalah… Ya, papa tahu memang ada yang ingin mengambil kesempatan pada kita…  Tapi tolonglah Adam.. Tolonglah demi kami.”

   Adam Rycarl terdiam.  Lalu dia bawakan pandangan matanya pada sebuah bingkai atas meja.  Potret seseorang yang pernah hadir dalam jiwanya dahulu. Cinta pertamanya…

   “But why sayang?  Why me? Don’t you know that i really love you?  Don’t do this to me sayang…” rayunya lirih sekali.  Namun, wanita di hadapannya itu tetap tega dengan keputusan mahu berpisah.  

   Adam tetap merayu pada wanita itu biarpun dia terpaksa melutut, jika tindakan tersebut dapat mengembalikan cinta mereka.  Dapat menaut semula jalinan asmara dahulu.

  “Adam… Adam… Adam Rycarl!”  Tan Sri Jeffri terpaksa meninggikan suaranya sekali lagi.  Dia juga telah memberi arahan pada Adam, supaya anak tunggalnya itu pulang dan bercuti dahulu barang sehari dua.

  “Tapi pa.. Kerja Adam?”  tukas Adam membantah dengan permintaan papanya itu.

  “Adam,  papa bukan minta kamu cari isteri tapi bercuti.  Takkan itu pun kau masih mahu membantah?” ujar Tan Sri Jeffri sarkastik.  Mulut Adam yang ingin berkata-kata terus terdiam pabila menerima sindiran pedas dari Tan Sri itu.

  “Baiklah pa…”  jawab Adam akur akhirnya.  Hati berat untuk menerima cadangan papanya itu,  memandangkan dia mahu lari dari segala masalah ini dengan bekerja.  Tapi, apakah benar Adam betul-betul melakukan tugasannya?

 “Hah,  tunggu apa lagi?”

 “Papa maksudkan sekarang?”

 “Ya,  takkan ada kerja yang mampu diselesaikan jika kau termenung sana, termenung sini Adam.. Baliklah jika perlu pergi bercuti,  pergilah”

   Adam mengangguk dengan rasa malas dia bangun dari kerusinya.  Manakala, Tan Sri Jeffri pula terus menekan intercom  dan menyatakan pada Ivy,  Adam bercuti seminggu.

 “Herm, baiklah,” ujar Ivy dari wajah manis dan telah bangun sambil memegang nota.  Intercom  dimatikan semula  dan punggung pejalnya menghenyak semula span kerusi.

  ‘Kenapa aku tak tahu ni?  Kalau soal kerja bukan ke aku sekali pergi?  Kau nak ke mana, sayang?’  gumam Ivy sendirian sambil berkerut dahi.  Dirinya ditegur oleh si rakan merangkap peon pejabat dalam nada menyindir.  

  “Kau diamlah Jay.. Buat kerja kau tu.. Jangan asyik nak membawang je… Kau nikan Jay, kadang-kadang aku tengok mengalahkan geng bawang!”  omel Ivy beserta sindiran sekali.

    Jay yang sememangnya tidak makan saman terus berlalu sambil menguatkan lagi tawanya.  Sengaja mahu Ivy makin berbahang.

CAFE,

“TERIMA KASIH” Jawab  Adda mengambil dulang tersebut sambil melemparkan sebuah senyuman pada penjaga kaunter.  Dia menapak sambil mengitari kawasan tersebut. Jika ada meja yang masih lagi kosong. Maklumlah waktu begini cafè tersebut memang penuh dengan pelanggan.

    Adam tidak menghabiskan minuman apabila matanya terpandang seseorang.  “Maya?” soalnya bingkas bangun lalu dia cuba memicingkan lagi penglihatan agar apa yang telah dia lihat tadi,  bukanlah ilusi tapi kenyataan. Tanpa memandang belakang dia mahu memusingkan badannya.

   Hanya selangkah sahaja lagi tapak sandal  Adda bakal memijak sekeping plastik berlabelkan  cafè tersebut. Adam semakin ingin memusingkan badannya dan  berlakulah satu pertembungan di antara mereka.

  “Ya Allah!  Maaf.. Maaf.. Maaf sa.. Sa.. Saya tak sengaja.. Betul-betul tidak sengaja”  ujar Adda kalut selepas teriak kecilnya kedengaran. Kelam-kabut Adda menunduk pada meja Adam yang  sedang berdiri, sambil merenungnya tajam itu untuk menarik tisu dari dalam bekasnya.

   Terketar-ketar Adda mengelap sisa percikan air minumannya yang melekat pada dada bidang Adam.  Apatah lagi mata tajam bak helang itu, masih lagi menancap wajahnya yang kemerahan.

   Dalam masa yang sama,  wanita yang Adam kenali itu masuk ke cafè  yang sama. Dia kelihatan amat romantis bersama pasangannya.

   Maya memandang meja yang berlaku satu perbalahan itu,  buat kali kedua. Namun, lelaki itu telah membelakangi mereka.    

‘Mungkin pelanduk dua serupa..’  Hatinya berbisik.  Makin erat dia merangkul lengan sasa Anthony.

 “Hei buta ke?  Mata letak kat kepala lutut ke?  Sampai tak nampak orang di hadapan kau, hah?  Dasar perempuan tak guna!”

   Adda yang ingin memohon maaf terencat seketika niatnya apabila dihambur sebegitu rupa.  Panas membahang telinganya kini saat mendengar kata-kata berlagak dan melampau lelaki korporat di depannya itu!

 “Sundal!”

 “Wah!  Encik ni  dah melampau..  Ini memang melampau!  Saya benar-benar tak sengaja..  Lagipun kesalahan yang telah saya lakukan  tidaklah sebesar mana pun sehingga encik mahu  maki saya begitu?” tukas Adda naik satu oktaf suaranya kini.  Makin merah wajah berkulit putihnya itu, menandakan dirinya sedang dalam amarah.

   ‘Harap muka je hensem.. Tapi mulut jelabaih..  Sundal kata aku? Tak guna sungguh! Mak bapak aku pun tak pernah maki aku sampai sebegitu rupa!’

  “Ahh!  Aku mahu kau ganti baju aku sekarang.. Kerana kau aku terlepas tugasan aku..  Aku mahu kau ganti sekarang... Dan buat pengetahuan kau kemeja aku ni berharga tiga ratus!”  ujar Adam lalu tersenyum penuh makna.

  ‘Huh.. Aku tahu kau tentu tak mampu perempuan..  Dasar perempuan bangsat!’ Hatikecil  nan hitamnya berbisik satu lagi penghinaan yang  sungguh keterlaluan.

  ‘Ha..  Ti.. Tiga ratus?  Allah mana aku nak cari ni!’  Hati Adda pula berbisik.  Melopong mulutnya dan terasa payah sekali mahu menelan liurnya kini.

  “Kau tunggu apa lagi? Takkan tak tahu Shopping Complex kot?”

  “Dasar gadis kampung!  Kau ingat dengan cara kau tu,  aku nak tergoda? Sorry ok so..  sorry!”  ujar Adam lantas duduk kembali.  Makin tajam renungan Adda padanya yang bersilang kaki.

   ‘Eheh..  Perasan pula mamat ni?  Macamlah aku tergedik sangat nak ngorat dia?  Kenal pun tak. Tapi, ala.. Mati aku mak .. Mana aku nak cari Rm300…’  gumam Adda.  Mahu tak mahu dia terpaksa melangkah juga.

   Perkara pertama dalam ingatannya adalah  Bank. Beg sekolah yang menjadi peneman dia ke kolej setiap hari diturunkan ke sebelah, lalu zipnya dibukakan.  Dompet Levis ciplak dikeluarkan, terus menarik kad ATM.

  “Mana pula aku nak cari ATM ni?  Tula, elok-elok takde masalah kau  cari susah, Adda…” omel Adda seorang sendiri menapak sambil memanjangkan lehernya mencari Bank atau mesin ATM.

   Tan Sri Jeffri keluar dari dalam Bank lalu menelefon pemandunya supaya ambil dia.  Seorang lelaki berjalan sambil menunduk seakan ingin menghampiri lelaki bergelar itu.

   Dalam masa yang sama Adda dan sebuah motor kawasaki juga menuju ke arah Tan Sri Jeffri.  Adda dari jauh memang telah mula perasan kelainan tersebut.

  “Ya Allah pakcik!”  teriak Adda terus berlari.  Tan Sri Jeffri yang terjelepuk atas tangga terus dibantu oleh Adda dan beberapa orang yang ingin masuk ke Bank.  Adda terus meluru ke arah kanan bangunan tanpa sempat lelaki itu ucapkan terima kasih.

    Polis telah pun menerima aduannya dan menunggu kehadiran mereka sahaja.

    Adda menanggalkan kasut Sneakers dan terus membalingnya lalu terkena pada kepala si pembonceng,  menyebabkan motor menjadi terhoyong-hayang. Adda tanpa berlengah terus mendapatkan mereka.

    Tak kedua-dua peragut itu sangka,  Adda yang nerupakan pemegang tali pinggang hitam itu dapat berlawan dengan mereka yang lelaki?

    Mereka yang terjelepuk dalam keadaan lebam sana-sini menanti untuk dibawa ke balai.   Dari jauh, gadis itu telah melambaikan tangannya pada kereta peronda yang lalu.

    Adda menapak kembali ke Bank sambil membimbit briefcase.  “Terima kasih dik,  uncle  tak sangka adik ni handal berkarate..”  ujar Tan Sri Jeffri yang baru tahu setelah melihat video yang baru  ditularkan oleh seseorang ke laman You Tube sekejapan tadi.  Ketika itu Tan Sri Jeffri mahu membalas mesej  Whatsapps.

   “Eh, apa ni uncle?”  soal Adda tersipu malu tatkala melihat huluran duit tersebut.  Not Ringgit Malaysia seratus sebanyak tiga keping itu ditenung lama oleh Adda.  Dah memang cukup untuk beli baju lelaki berlagak tuh!

   “Ambillah..”

   “Saya Adda uncle…”

   “Adda ambillah .. Pak cik ikhlas ni.  Adda dah tolong pak cik…” ujar Tan Sri Jeffri tanpa mahu mendedahkan identitinya.

    “Baiklah pak cik?”

    “Pak cik Jeff…”

    “Baiklah pak cik Jeff..  Terima kasih banyak, Adda tolong,  juga ikhlas tanpa mahu habuan…” ujar Adda akhirnya menerima huluran duit tersebut.

     Manakala Adam Rycarl di dalam cafè pula makin bertambah sakit hati melihat lakonan Maya.  Gadis yang pernah dia cintai dan insan pertama yang mengkhianati cinta!

    “Awak…”

    “Awak…”

    “Kau nak apa lagi?  Tak cukup lagi ke kau sakitkan hati aku?  Hah Maya?” bentak Adam berpaling muka dengan pantas.  Mata bertentang mata dengan lama. Adda yang sedang berdiri di depannya ternganga dengan bungkusan baju pada huluran tangan.

    “Kenapa tak malam saja kau sampai?  Kau sama sajalah! Semua perempuan siall!”  

   “Awak … Encik.. Dah kenapa?  Takde angin takde ribut nak mengamuk tak tentu pasal!  Hei jantan dah cukup baik tau aku beli balik baju kau ni!”  jerkah Adda seraya melemparkan bungkusan tersebut ke muka Adam dan terus melangkah pergi.

   “Ya Allah apalah nasib aku hari ni jumpa orang macam mamat tu!  Minta simpang .. Tobat aku nak bertemu lagi..!” omel Adda makin menyinga wajahnya.

     Adam Rycarl pula terngadah sambil memanjangkan leher melihat melalui kaca jendela cafè  kepergian gadis itu. Gadis pertama yang berani membentaknya kembali.

  

  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience