Rate

2

Romance Series 10974

BAM!

“Kus semangat!  Adda kau dah kenapa?  Tak reti bukak slow ke dah?”  sindir Rya sambil mengesat bibirnya yang terkena percikan ais krim Malaysia, kerana terpicit akibat terkejut mendengar bunyi hentaman tersebut.   

    “Rya,  apalah nasib aku rini jumpa mamat selenga tuh!”   bentak Adda menghenyakkan punggungnya atas sofa berdekatan Rya.  Terangkat Rya kerana tubuhnya yang kurus itu.

   “Mamat selenga mana pulak ni?  Cer citer kat aku apa dah jadi?  Nah! makan dulu bagi sejuk..” ujar Rya sambil mengigit plastik ais krimnya ketika bercakap.  Ais krim perisa  Mocha  dihulurkan.

    Laju tangan Adda mengambilnya dan terus gigit pada hujungnya sehingga keluar air.   Setelah disedut sehingga separuh, baru sejuk sedikit perutnya yang kepenatan berlari ke sana sini.

   “Sejuk dah?”

   “Nasib aku pada hari ini ada malang dan ada baik.  Aku citer yang baik dulu ok. Aku dah tolong selamatkan sorang pak cik ni,  beg nya diragut. Kau tahukan aku macamana kalau nampak perkara sebegitu. And  kau nak tahu tak apa dia bagi?”

   “Apa dia?”

   “Pak cik yang aku tolong ni orang korporat sebenarnya.”

   “Bukan keparat?”

   “Kau nak dengar tak ni?”

   “Hihihi ok ok..”

   “Dia bagi aku jadi intern  kat syarikat tempat dia bekerja.  Tak silap aku nama syarikat tu Jeff Holding.  Pastu kan dia bagi aku wang pula. Tapi tula, sebelum aku tolong dia.. Aku bertemu dulu dengan satu mamat ni.  Nak dijadikan cerita, aku pi satu cafè ni dahaga kot. Entahlah tak pasti salah siapa, aku dah minta maaf. Tapi, mamat ni punyalah berlagak..  Macam-macam dia kata aku kau tau! Psiko pun ada juga aku tengok.. Paling aku berangin dia kata aku sial!”

   “Hah sial?!  kuang ajaq… Kuang ajaq!”  Rya terus mencelah sambil menjegilkan mata yang sememang galak.   Tergayut-gayut plastik aiskrim dimulutnya ketika dia sedang bercakap.

  “Kan.. Mana aku tak naik angin.  Aku pun apa lagilah kan.. Duit tu aku ganti baju dia lah.. Bukan nak berterima kasih?  Hentam aku lagi adalah! Tobat wei tobat!”

  “Tak sangka ya, rupa-rupanya ada lagi ya manusia seteruk itu.  Tapikan kacak tak? Sado? For sure anak load!  Kalau takkan lah kemeja pun walla harganya..”

ujar Rya  kini telah pun bersila lalu menghadap Adda.  Adda hampir tersedak dan sedikit lagi mahu tersembur.

  “Kalau kacak dan sado tapi perangai macam hampeh buat apa wei?  Buek habih boreh jo..” Adda menyahut sambil memicit baki aiskrim sehingga ke atas.  Rya yang masih dok mengigit plastik kini menariknya keluar dari mulut sambil terangguk-angguk.

  “Betul jugak tu.  Eh, lupa pula aku nak sampaikan sesuatu.  Kenalkan Ery budak masscom? Dia kirim salam dan ini”  ujar Rya seraya menarik sampul biru dari bawah pahanya.

  “Kau duduk atas surat aku?”

  “Hihi”

  “Pelik pula aku, kenapa sampai kirim surat bagai?”  Adda melontar soalan sambil jemarinya laju mengoyak sampul.  Rya makin panjang tengkoknya ingin melihat isi dalamnya.

   Uhuk  Uhuk!

 “Old school lah..”  ujar mereka serentak tatkala lipatan telah terbuka berterbangan hablur-hablur kecil serbuk bedak talkum.   

 “Takpe wei ini baru dikatakan rare!”  sampuk Rya kembali.  Rya juga tahu personaliti si pengirim.  Siapa yang tidak kenal dengan budak Nerd paling pandai itu.  Seringkali menerima Anugerah Dekan.  “Dia tulis apa wei? Ceritalah kat aku ..  Aku pun nak tau jugakk.”

 “Aku rasa kau pun tahu..”  ujar Adda lalu melipat kembali surat berbedak ditangannya itu.  

 “Herm..  Aku rasa aku tahu…  Tapi kau memang taknak bagi dia peluang ke?  Lama jugak dia setia menanti kau, Adda..” Rya sengaja menduga.  Biarpun dia tahu akan jawapannya. Selagi kisah silam masih menghantui dirinya,  selagi itulah Adda sukar untuk meneruskannya.

 “Aku tak pasti,  Rya. Ya aku memang akui Ery sangat setia menanti aku.  Cuma aku saja Rya.. Aku…”

 “Sampai bila Adda?  Cukup-cukuplah kau seksa hati kau itu.  Bagi diri kau tu peluang Adda… Kau jangan jadi bodoh Adda.  Kau ingat dia akan ingat kau lagi ke? Dah macam-macam dia buat kat kau!”

 “Kesetiaan kau membahanakan diri kau…  Ingat tu Adda.. Bangun Adda bangun! Face the reality..  Obviously he not suit for a  good person like you.. Miss Adda Susanti ..”

 “Rya.. Aku faham maksud kau…”

 “Aku minta maaf atas keterlanjuran kata-kata aku itu..  Aku bukan nak ..”

  “Rya sayang.. Aku okay .. Aku cuba k!”  sahut Adda cepat-cepat memegang tangan Rya lalu digenggam erat.  Gadis itu tidak dia persalahkan, Adda juga tahu niat baik sahabatnya itu.

  “Betul kata kau Rya.. Aku memang bodoh kerana masih lagi menunggu …  Sedangkan dia..” ujar Adda tanpa dia sedari airmatanya berlinangan. Apa yang berlaku padanya memang memberi dia kesan yang mendalam.

    Setia pada insan yang salah.  Rya nampak genangan dalam mata Adda.  Tanpa pamitan dia terus menarik tubuh itu lalu didakap dengan erat sambil membisikkan kata-kata semangat.  Dia kena ingat tanpa cinta Ryan juga dia tetap boleh hidup!

  ‘Ryan..  Aku pasti satu hari nanti .. Kau akan menyesal buat kawan aku begini . Kau akan menyesal!’.

DI HOSPITAL,

KYLA menapak seperlahan mungkin.  Dia tidak mahu kedua ibubapanya tahu akan tindakannya itu.  Sesekali dia tergaru-garu kepala yang gatal.

    Adam Rycarl juga menapak dilaluan yang sama dari wad lelaki.  Tujuan dia datang ke hospital tersebut adalah untuk melawat kawannya yang kemalangan.  

  “Adam.. Itu Adam..”  ucap Kyla girang sekali.  Dia semakin melajukan langkahnya.  Dia terlalu merindui lelaki itu. Sudah lama mereka tidak ketemu.  Namun, adakah Adam juga mempunyai perasaan yang sama?

   Adam hampir terjelepuk pabila dia terpijak kali kasut sendiri.   Terus menunduk untuk mengikatnya kembali. Kyla Latisha makin mekar senyuman setelah berdiri di hadapan Adam yang ralit memandang bawah.

   Mata ditumpukan pada sepasang kaki tersebut.  Dan dengan perlahan, Adam mendongak. Kyla tersenyum pada Adam.  Tapi, Adam?

 “Kau?  Masih hidup lagi rupanya.. Buat apa kau di sini?  Oiya terlupa pula merawat minda ya?” Sinis sekali lelaki kacak itu berkata-kata.  Dari senyuman yang mekar perlahan-lahan tukar ke mendung.

  “Sayang… Sampai hati buat Kyla begini.  Sayang, anak kita dah besar..” ujar Kyla seraya menunjukkan anak patungnya.  Adam melihat anak patung tersebut lalu merenung Kyla kembali.

 “Ahah lah anak kita dah besar,” ujar Adam terus mengambil anak patung figura  kanak-kanak perempuan tersebut. Kyla mulai tersenyum mekar dan sekali lagi dia menggaru  kepalanya.

 “Cantikkan sayang, anak kita?”

 “Ya cantik,” ujar Adam pula.  Matanya terus meliar lalu tertancap pada satu longkang.  “Anak kita? Ini anak kau, bukan anak aku! Aku takde anak..  Gila!” bentak Adam lalu membaling patung yang masih berada ditangannya  ke arah longkang tersebut.

  “Sayanggg..”  teriak Kyla terus meluru ke longkang disebelah kanannya.  Tersedu-sedan dia mengangkat patung yang lencun dengan air longkang serta berbau itu.

   Adam berasa puas.  Tidak dia sangka boleh bertemu pula dengan Kyla.  Tanpa mahu menunggu lebih lama lagi, lelaki itu terus melangkah pergi dan  meninggalkan gadis yang amat di benci itu dan yang tak ingin dia jumpa lagi.  Bagi lelaki bernama Adam Rycarl, semua perempuan adalah menyusahkan...

   Musuh  dan alat permainannya sahaja!

 “Sampai hati Adam..  Sampai hati papa buang Nana..  Maafkan mama..” ujarnya lirih lalu memeluk anak patung yang kotor dan busuk itu tanpa rasa jijik.  Airmatalah peneman setia Kyla kini selain mama dan papanya.

 “Ya Allah kat sini rupanya, Kyla.  Kenapa buat begini pada papa dan mama….”

 “Eh, Kyla kenapa ni? Kenapa Kyla menangis?  La, kenapa dengan Nana?” soal Puan Aisya terus mendakap Kyla untuk menenangkannya.  Manakala En.Hamid pula berkerut dahi meneliti kad tersebut. Kini dia tahu siapa anaknya itu telah jumpa.

  “Yang.. Adam..”  ujarnya seraya merenyukkan kad kecil tersebut lalu dicampak.  Puan Aisya nampak akan balingan kad tersebut. “Kyla, dah berapa kali papa cakap jangan jumpa dengan Adam!  Kenapa degil sangat ni?” tukas En.Hamid terpaksa bertegas. Dia tahu hati Kyla pasti akan terluka lagi jika pasangan itu bertemu.

  “Shh.. Diam pa.  Nana nak tidur ni.. Papa marah dia tadi…”  ujar Kyla mendodoikan anak patung dalam dakapannya itu.  Dan papa yang gadis itu maksudkan adalah Adam.

  “Bak sini!  Ni patung kyla tahu tak!  Ni patung!” bentak En.Hamid makin kasar.  Anak patung tersebut dirampasnya. Kyla meraung dengan kuat.  

  “Abang!  Tak kasihan pada anak kita?”  

  “Aisya.. Kerana abang kasihanlah, abang lakukan perkara ini.  Kyla perlu kena terima hakikat Sya…”

  “Hamid, Aisya kenapa ni? Kyla kenapa?  Hamid kan saya dah kata tolong jaga hati..”  ujarnya lalu terhenti pabila disampuk oleh En.Hamid.  

   Manakala, Aisya pula bersama dengan dua orang jururawat Doktor Rezki  memimpin Kyla ke bilik. Kyla perlu ditahan lagi sehingga dia benar-benar stabil.

 “Mid, aku faham perasaan kau.  Tapi.. Makin kau bertegas dengan Kyla.  Makin sukar untuk Kyla menerima keadaan dirinya yang sebenar.  Dia trauma Mid..” ujar Dr Rezki memegang bahu Hamid.

  En.Hamid terdiam dan menghadam kata-kata tersebut.  Lalu, patung ditangan seraya dipeluk dan bergenangan airmata.  Dia juga sudah terlalu lama memendam perasaan.

  Adam pula masih lagi tersenyum sambil memandu kereta Porche merahnya dengan laju.  Masih segar diingatan bagaimana dia telah berjaya menambahkan lagi tekanan pada Kyla.

 “Kyla.. Kyla!”  ujarnya lagi sambil menekan lagi minyak.  Makin berdesup laju kereta itu atas jalanan Highway.

 “Ni lagi satu..” ujarnya lalu mencampakkan telefon bimbitnya ke belakang, setelah melihat nama yang tertera.  Bukan nama gadis Pan Asia itu sahaja malahan ada beberapa nama lagi yang menuntut kata cinta dari mulut Adam Rycarl.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience