Selama tiga hari, Hazel berada di hospital. Selama itulah Mikha seperti orang lain. Dia memandang suaminya yang sedang tidur beralaskan lengan di tepi katilnya. Dia senyum kecil, dia mengusap perlahan rambut Mikha Adrian. Mesti suaminya ini sangat penat kerana menjaganya selama tiga hari. Hazel mengulum senyum bahagia tanpa sedar. Dia fikir Mikha tidak kisah akan dirinya. Tetapi sangkaan meleset, dia sangat peduli tentangnya.
Mungkin Hazel Rose sudah jatuh cinta pada suaminya sendiri. Tak salahkan? suami sendiri juga, bukan orang lain pun.
Manakala, Mikha Adrian tersedar dari lenanya setelah merasakan ada seseorang sedang bermain-main rambutnya, dia menguap kecil seraya membetulkan urat sarafnya. Dia memandang Hazel yang terkedu melihatnya, dalam keadaan serabai. Baru bangun tidurkan?
"Kau asal? macam nampak hantu je," katanya kasar.
Hazel Rose, cepat-cepat mengeleng. Anak matanya dilarikan ke arah lain. Jantungnya berdegup kencang ketika melihat muka tak siap suaminya, hensem betul!
"Sejak masuk hospital ni, kau dah jadi bisu ke Hazel?" soal Mikha geram.
"Err... saya tak tahu nak cakap apa dengan awak," jawabnya tergagap.
Mikha senyum sinis. Yela tu!
"Desah nama aku pandai pula." Sindir Mikha selamba.
Uhuk!
Terbatuk Hazel mendengar ayat spontan daripada suaminya.
"Tadi bisu, sekarang batuk pula, kau ni kenapa sebenarnya?" geram pula Mikha dengan isterinya.
Hazel tersengeh.
"Tak ada apalah awak, em bila saya boleh balik?"
"Entah, asal? kau dah rasa sihat sangat ke?" kata Mikha, tidak lepas dari memandang Hazel.
Jika diamati, cantik juga isterinya ini. Putih, bibir pun merah merekah. Asli ok!
"Saya bosanlah Mikha," kata Hazel Rose, dia mengeluh kecil.
Mikha menjongketkan keningnya, bosan?
"Apa yang kau bosannya Hazel?" tanya Mikha ingin tahu.
Hazel memandang Mikha lama.
"Bosan tak boleh buat kerja," jawabnya.
"Hello! Hazel Rose, kerja kau mendesah je pun. Rumah kita tu ada bibik, aku pijak kau ni kang!" katanya selamba.
Sakit buat cara sakit ish!
"Desah pun kerja jugakan?"
"Kepala otak mu! ah takde-takde selagi kau tak sihat jangan harap aku bagi kau keluar, lepas sihat, aku puaskan kau! desahlah sampai subuh pun, kisah pula aku!" kata Mikha lagi, muktamad.
Hazel mencebik. Ish! asyik marah je, geram betul!
Nasib baik suami!
Next part? i told yah, it 18++ any risk tanggung sendiri, cerita aku, sukati aku! comment okay?
Share this novel