Hazel Rose terasa nafasnya semakin sempit, dia mencengkam kuat lengan kekar suaminya. Kepalanya juga turun naik, asmanya datang semula. Setelah pulang dari klinik, Hazel mahu berehat kerana penat. Hari ini, seharian Mikha mengajaknya ke mall untuk membeli barang. Mungkin dia terlalu penat, hal itu yang membuatkan asmanya datang kembali.
"Hah!"
dia cuba untuk mencapai pamnya yang berada di atas meja tetapi, malangnya pam itu jatuh ke bawah. Hal itu membuatkan Mikha Adrian tersedar dari lena. Dia terkejut apabila melihat isterinya dalam keadaan begitu.
"Hah! hah! hah!"
kedua mata Hazel melotot ke atas, dengan pantas Mikha mengambil pam yang jatuh ke bawah lalu membantu isterinya itu untuk menyedut ubat. Dengan rakus Hazel menyedut pam itu, dia hampir sahaja kehilangan nyawanya. Setelah itu, badannya melurut ke bawah.
"Hah! saya penat Mikha," kata Hazel lemah.
Masih terasa nafasnya pendek.
Mikha memangku kepala Hazel lalu membetulkan sedikit rambut masai wanita itu. Sekali lagi, dia menyuakan ubat itu kepada isterinya. Dia menyedutnya rakus.
"Kita pergi hospital." beritahu Mikha dingin.
Hazel mengeleng, tangannya terkapai tanda tidak tahu.
Mikha Adrian mendegus geram.
"Jangan degil Hazel," katanya lagi.
"Saya akan okay," jawab Hazel, senyum lemah.
Mikha Adrian malas mahu mendengar alasan isterinya, dia angkat Hazel lalu mereka berdua pergi ke kereta dan menuju ke hospital. Sampai sahaja di hospital, Mikha arahkan doktor yang betugas untuk memberikan rawatan yang sepatutnya.
Setengah jam berlalu, doktor Amer keluar bersama senyum puas.
"Isteri kau dah okay, cuma asma dia teruk kali ini," kata doktor Amer kepada sahabatnya.
Mikha mengangguk sahaja.
"Kau boleh masuk." cakapnya lagi lalu beredar dari situ.
Mikha masuk ke dalam ward yang dimana isterinya ditempatkan, dia melihat Hazel sedang tidur dengan lena. Alat bantuan pernafasan sahaja yang berbunyi.
"Cepat sihat Hazel, aku risau kalau kau sakit."
Should I continue Bab 5? comment tau.
Share this novel