BAB 4

Short Story Series 34491

Hazel Rose, mencari ubat asmanya tetapi tidak ditemui. Dia resah, ubatnya itu tiada di tempat biasa dia letak. Selalunya, sebelum memulakan seks bersama Mikha Adrian, Hazel akan menelan ubatnya itu terlebih dulu. Hal ini bagi mengurangkan asmanya datang ketika melakukan hubungan intim. Sudah puas dia mencari tetap sahaja gagal ditemui. Dia mengeluh kecil.

"Kau cari apa Hazel?" soal Mikha dingin.

Sedari tadi isterinya itu seolah mencari sesuatu yang berharga. Manakala, Hazel memandang suaminya dengan pandangan lemah. Dia mendekati Mikha, bersama senyum hambar.

"Saya cari ubat saya, hilang." beritahu Hazel dengan suara yang perlahan.

Mikha mengerutkan dahi, ubat?

Dia merenung isterinya dengan penuh tanda tanya. Hazel Rose mempunyai penyakit yang dia tidak tahu ke? atau mungkin, Mikha sahaja yang terlepas pandang akan hal itu. Dia memegang kedua bahu isterinya itu, dia inginkan jawapan dari mulut sang isteri.

"Kau ada penyakit kronik ke?" soal Mikha serius.

Hazel Rose menghambur tawa. Dia melihat, muka serius suaminya itu. Geli hati dengan sikap MIkha. Dia hanya ada penyakit asma, bukannya penyakit kronik hingga mendatangkan maut. Erk? asma pun boleh matilah Hazel Rose oi!

"Hazel, aku ada buat kelakar ke?" tanya Mikha dingin.

Hazel Rose yang baru sahaja menyedari keterlanjurannya, terus sahaja mengeleng laju. Dia tersengeh.

"Sebenarnya, saya ada asma yang agak kritikal, setiap kali nak lakukan seks, saya akan makan ubat tu dulu, sebab saya selalu lupa letak pam saya dekat mana." terang Hazel Rose kepada Mikha.

Mikha Adrian merenung isterinya itu dengan pandangan tajam, selama ini dia tidak tahu bahawa isterinya mempunyai asma, satu kepantangan Mikha Adrian ialah rahsiakan sesuatu yang penting untuk dia tahu. Contohnya, penyakit atau benda penting yang lain.

"Lain kali, beritahu aku Hazel yang kau sakit. Sekarang, kau pergi siap-siap, kita pergi klinik. Ambil ubat baru, jangan careless next time, bahaya. Faham?" kata Mikha Adrian, datar.

Hazel Rose mengangguk faham. Jauh di sudut hatinya, dia gembira kerana suaminya itu masih lagi pedulikan kesihatannya. Mungikin, dia dingin tapi dia juga sangat mengambil berat.

"Tunggu apa lagi, pergilah bersiap, aku tunggu kau dalam kereta." beritahu Mikha Adrian lagi.

Manakala, Hazel Rose pergi bersiap. Dia tidak mahu merosakkan mood baik suaminya itu.

'Dingin tapi caring.'

want more?

Share this novel

Hashim
2023-03-06 04:14:19 

next tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience