"Mana Hazel Mak Mah?" tanya Mikha.
Sejak pulang dari hospital, isterinya itu seolah berubah. Kamar juga sudah terasing. Mikha Adrian malas mahu mngambil pusing tentang itu. Hazel berhak marah, tetapi dia juga tidak boleh memaksa. Bukan senang untuk dia bercinta. DIa juga tidak mahu memikirkan hal itu, bikin sakit kepala sahaja.
"Puan Hazel dari pagi berkurung Tuan, puas mak Mah panggil, dia tak nak buka pintu," jawab Mak Mah, selaku orang gaji di dalam rumah itu.
Mikha mengeluh, buat hal sungguhlah isterinya ini. Baru sahaja sihat, takkan nak masuk hospital lagi? Tanpa berlengah, dia terus sahaja ke kemar isterinya, kunci pendua dibawa bersama. Dia membuka pintu bilik itu, lalu membuka lampu.
Mikha tergamam, bersepah. Kaca sana sini, dia melihat Hazel sudah terbaring lemah di tengah-tengah lantai.
"Hazel!"
Dia meluru ke arah isterinya, dia memangku kepala Hazel.
"Apa yang kau cuba buat ni? kenapa tangan sampai berdarah-darah ni?" cemas Mikha bertanya, darah yang berselerakkan di sekeliling begitu mengejutkannya.
"Saya nak mati, saya tak nak hidup lagi! kalau saya mati pun, awak bukan kisah pun, awak lagi suka adalah!" kata Hazel, lemah.
"Hei, apa kau merepek ni Hazel? biar aku bersihkan kau, kau dah makan ubat ke?" Mikha mencempung isterinya lalu dibawa ke katil.
Hazel mengeleng, dia sudah membuang semua ubat yang doktor beri padanya.
"Saya dah buang ubat yang doktor bagi, pam saya pun dah campak dekat tingkap," katanya selamba.
Mikha terasa mahu pengsan, putus cinta sangat ni.
"Hazel Rose, kau dah kenapa buat perangai ni? duduk diam-diam aku nak ambil apa yang patut nak bersihkan kau," katanya lalu meluru ke dapur untuk mengambil peralatan yang perlu.
Setelah itu barulah dia kembali ke Hazel, dia membersihkan darah dilengan isterinya.
"Sakitlah Mikha!" jerit Hazel, meringis kesakitan.
"Tahu pula kau sakit? masa nak bunuh diri tak fikir sakit?" katanya geram.
Sungguh, isterinya sudah gila!
"Saya benci awak!"
Mikha menjeling.
"Lantak kau lah Hazel, jangan bunuh diri lagi sudah."
Hazel senyum sinis.
"Kalau nak?"
Mikha memandang Hazel serius.
"Just don't do that, Hazel Rose." Beritahunya, serius.
Next part?
Share this novel