BAB 7

Short Story Series 34491

Setelah dua mingu berada di hospital, akhirnya Hazel Rose dibenarkan pulang ke rumah. Gembira bukan main lagi apabila dapat tahu, dia sudah dibolehkan pulang ke rumah. Manakala, Mikha hanya bersikap biasa sahaja, seolah kepulangan Hazel tiada makna untuknya. Jauh di sudut hati kecilnya, dia agak berkecil hati. Suaminya tidak suka dia sihat semula ke? Sepanjang dalam perjalanan pulang ke villa mereka berdua, Mikha hanya menumpukan sepenuh perhatiannya pada pemanduan sahaja. Hazel yang berada di sebelah turut diam. Hanya lagu yang memenuhi ruang kereta berdua mereka. Sekurangnya, tidaklah sunyi sangat.

"Mikha." Panggil Hazel, dia melirik ke arah suaminya yang sedang memandu, serius.

"Hm." hanya itu sahaja sahutan yang diberi oleh Mikha.

Hazel senyum kecil.

"Awak pernah jatuh cinta?" tanya Hazel Rose lembut.

Mikha mengerutkan dahi, pelik dengan soalan yang diberikan oleh isterinya.

"Aku tak pernah jatuh cinta Hazel. Aku juga tak ingin kenal apa itu cinta, kenapa?" jawab Mikha Adrian, serius.

Bagi Mikha, cinta hanya akan lemahkan seseorang. Oleh sebab itu, dia tidak mahu terjebak di dalam percintaan. Mengahwini Hazel Rose adalah untuk halalkan hubungan intim di antara mereka. Itu pun, disebabkan oleh permimtaan isterinya sendiri, dia hanya ikut sahaja. Asalkan nafsunya puas sudah.

"Kalau saya cakap, saya dah mula cintakan awak, awak marah tak?" kata Hazel Rose, suaranya diperlahankan. Bimbang, suaminya akan marah dengan pengakuannya itu.

Mikha Adrian hanya bersikap biasa, walaupun hatinya sedikit tercuit dengan kata-jata isterinya, namun ditepiskan perasaan itu, egonya melebihi segalanya. Kebetulan, dia juga sedang memandu.

"Hazel, jangan jatuh cinta pada aku, aku tak sebaik yang kau sangka." beritahu Mikha serius, dingin.

"Tapi kenapa?" soalnya ingin tahu, sebab.

Mikha mendegus.

"Sebab aku asassin, puas hati?"

Hazel terdiam, dia terkejut.

"Ingat Hazel Rose, jangan pernah jatuh cinta dekat aku." katanya memberi amaran.

Hazel senyum hambar, dia angguk lalu memandang ke luar tingkap.

kenapa hatinya sakit?

next part? yes or not?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience