GCS: BAB 2

Romance Series 23498

JAM pada dinding menunjukkan pukul 1:00 petang. Kebanyakan staf akan keluar untuk makan tengahari. Alia dan Shasha pula hanya makan tengahari di pantri pejabat sahaja. Suasana yang agak sunyi membolehkan mereka berbual panjang. Tambahan pula, selepas Alvie and Farhat muncul, Shasha lebih suka bercerita tentang mereka. Terpaksalah Alia mendengar sahaja celoteh sahabatnya itu.

Mereka melabuhkan punggung di atas kerusi di dalam pantri, Alia membancuh secawan coffee dan Shasha pula membancuh secawan milo. Kedua-duanya menikmati makan tengahari mereka yang mereka beli di bawah pejabat sebentar tadi dengan penuh nikmat.

"Ra, kau tahu tak si Farhat tu sombong sangat lah, aku tegur dia masa kat parking kan, dia tak pandang pun muka aku," ujar Shasha sambil jarinya bermain dengan sisa nasi di dalam pinggan.

Alia memerhatikan perlakuan Shasha, dia meneguk air coffee perlahan-lahan. "Sha, kau jangan la sedih, maybe dia tak perasan kau kot. Yer lah kan, kadang-kadang sebab nak cepat, so tak perasan lah kau tegur dia," balasnya berusaha untuk memujuk Shasha.

"Tak perasan apa, dah terang-terang aku dengan dia je kat situ, bukannya ada orang lain pun. Dia pandang muka aku tau, pastu dia masuk dalam kereta. Aku rasa cam orang bodoh plak."

Shasha bangun menuju ke sinki, dia membasuh pinggan kotor yang dia gunakan tadi. Shasha kembali duduk di tempatnya dan menghirup air milo kegemaran yang masih berbaki di dalam cawan. Dia mendengus perlahan.

"Kau tahu Ra.." kata-kata Shasha terhenti apabila melihat sosok tubuh Alvie dan Farhat masuk dalam pantri sambil ketawa.

Farhat berjalan ke arah meja dan duduk di sebelah Shasha. Dia melempar senyum kepada Shasha tetapi Shasha tidak membalas senyumannya. Shasha dengan selamba menghirup air milo yang masih berbaki sedikit tanpa menghiraukan Farhat yang tajam menilik wajahnya.

Alvie yang melabuh duduk mengadap Alia hanya memandangnya sahaja tanpa kata. Lama mereka diam. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

"Tak turun makan ke?" soal Farhat kepada Shasha dan Alia.

"Dah siap dah pun." Balas Shasha selamba.

"Owh yer ker. Ingatkan belum makan, baru nak belanja."

"Eleh, yer lah tu. Tiba-tiba pula…" kata Shasha lalu menjeling kepada Farhat.

Farhat menggangkat bahu lalu menghadiahkan senyuman hambar kepada Shasha.

"Kenapa ni?" soal Farhat pelik.

"Takda apa pun. Peduli pula awak. Ingatkan dah tak kisah…"

"Err awak merajuk dengan saya ke?"

"Takpun."

Farhat menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia merasa pelik dengan sikap Shasha. Farhat menoleh ke arah Alia. Alia mengangkat bahu.

"Alia, awak stay kat mana?" tanya Alvie secara tiba-tiba. Dia tidak pedulikan Farhat dan Shasha yang sedang memandang ke arahnya. Sikap Alvie yang selamba itu membuat Alia tidak senang duduk.

Alia tersenyum hambar. Dia merasa tidak selesa dengan renungan tajam Alvie ke arahnya. "Errr kat… hurm… Ridzuan Condominiums," balas Alia dengan suara sedikit bergetar.

Kelvin tersenyum mendengar jawapan Alia. "Saya stay kat Koi Kinrara Suites, dekat je dengan rumah awak," kata Alvie sambil membetulkan duduk. Dia memandang Alia sambil menongkat dagu.

Farhat agak terkejut dengan sikap Alvie yang tiba-tiba ramah seperti kaki perempuan tidak berbayar itu. Tidak pernah Alvie bersikap mesra sebelum ini dengan mana-mana wanita di pejabat mereka. Sikap aneh Alvie benar-benar mengejutkannya.

Mata Alia dan Alvie bertembung tetapi Alia cepat-cepat melarikan pandangan matanya. Dia malu bila menatap wajah Alvie sementelah dia dan Alvie baru sahaja berkenalan. Tidak lama selepas itu, Alia terus bangun dan menuju ke sinki untuk membasuh cawan yang digunakan tadi lalu tergesa-gesa meninggalkan pantri.

Shasha yang melihat Alia meninggalkan pantri langsung mengikut langkah sahabatnya itu tanpa merungut. Terkebil-kebil mata Alvie dan Farhat melihat kelibat Alia dan Shasha yang keluar daripada pantri dan tidak menghiraukan mereka berdua.

Wajah Alvie ditenung lama. "Vie, kau dah kenapa? Tiba-tiba jer kau tegur si Alia tu, ke kau dah tangkap cinta dengan hr kita. Hahaha…." soal Farhat sambil menepuk bahu Kelvin.

"Hahaha ada lah sikit. Hurm Farhat, kau rasa diorang akan jatuh hati tak dengan kita?" soal Alvie tiba-tiba.

Farhat tersentak. Keningnya mula berkerut. "Kau rasa macam mana?"

"Aku tanya kau, kau tanya aku balik. Mana lah aku tahu. Kau kan pro dalam bidang ni," kata Alvie sambil badannya disandarkan pada kerusi dan tangannya disilangkan.

"Hahaha. Takpa, aku ada idea baik punya. Hehe…" ujar Farhat sambil tersenyum nakal.

Alvie merenung tajam wajah Farhat. Keningnya diangkat sebelah. "Apa tu?"

"Ada ar. Nanti aku beritahu kau," kata Farhat lagi.

Alvie mencebik. "Jenuh lah kalau tunggu kau. Last-last terlepas cam tu jer…"

"Kau memang betul-betul suka Alia tu ke? Kau ni biar betul," kata Farhat sambil merenung wajah Alvie.

"Kau rasa? Kalau macam ni suka ke tak?"

Farhat tertawa selepas mendengar pengakuan daripada Alvie disusuli dengan gelengan. "Macam-macam lah kau ni. Jom ar…"

Mereka berjalan beriringan meninggalkan pantri dan kembali bekerja seperti biasa. Sempat lagi Alvie menoleh memandang wajah Alia apabila melalui biliknya sebentar tadi.

2 bulan kemudian.

Alia dan Shasha melepak di kedai makan berdekatan pejabat mereka untuk makan tengahari. Mereka duduk di bahagian dalam kedai di tepi dinding yang agak jauh dengan jalan raya, sangat strategik untuk pasangan yang bercinta.

"Ra, kau rasa kan Farhat tu dah ada awek ke belum?" tanya Shasha sambil tangannya bermain dengan straw minuman di hadapannya.

"Entah..." balas Alia pendek, malas hendak melayan pertanyaan Shasha.

"Kenapa lah si Farhat tu tak suka aku. Aku teringin la nak dia jadi boyfriend aku. Kau bayangkan Ra, nanti dia peluk aku time aku tengah sedih," ujar Shasha sambil memeluk tubuhnya dan menutup mata. Bibirnya mengukir senyum.

"Kau ni dah taksub sangat ke dengan mamat anime tu, dah gila ek? Otak kau dah jatuh ke? Jom gi cari otak kau..." kata Alia sambil mencebik.

Shasha mengetap bibir. Dia menghadiahkan jelingan maut kepada Alia.

"Eleh, cakap sikit pun tak boleh. Apa salahnya kalau aku nakkan dia. Dia single, aku single. Okay lah kan," ujar Shasha masih lagi tidak mahu mengalah.

Alia tersenyum sinis. "Memang lah tak salah. Masalahnya, yang salah tu kau. Tak sempat apa-apa lagi dah fikir nak peluk lah, apa lah. Geli lah dengan kau ni. Hahaha…"

Shasha mencubit lengan Alia. Alia mengekek ketawa melihat riak wajah Shasha.

Dari jauh ada dua pasang mata sedang memerhatikan mereka berdua. Alia dan Shasha masih lagi rancak berbual dan ketawa tanpa sedar mereka diperhatikan.

"Hai Sha. Hai Alia. Boleh kami berdua joint korang?" Farhat mula menyapa.

"Eh Farhat, Alvie. Duduklah," balas Shasha sambil tersenyum.

Alia tidak senang duduk apabila melihat wajah Alvie dan Farhat. Dia mendengus perlahan.

Farhat mengambil tempat di sebelah Shasha, manakala Alvie pula duduk di sebelah Alia. Alia merasa berdebar apabila Alvie betul-betul berada di sebelahnya.

"Hai Alia, makan apa?" tegur Kelvin sambil melempar senyum kepada Alia.

"Hurm makan nasi jer," balas Alia pendek.

"Memang selalu lepak kat sini ke? Best jugak kan kat sini," kata Alvie sambil matanya meliar melihat sekeliling kedai.

Alia pula memandang Shasha dan Farhat yang rancak bersembang. Dia ingin menarik perhatian Shasha tetapi tidak diendahkan.

Alvie pula mencuri pandang ke arah Alia. Bola matanya tidak lepas daripada menilik wajah gadis di hadapannya itu. Dia merasa bahagia melihat wajah tenang gadis itu. Dia benar-benar sudah jatuh cinta. Alvie mula mencuit bahu Alia apabila melihat Alia sibuk melarikan pandangan matanya.

Terangkat kedua-dua bahu Alia kerana terkejut dengan tindakan Alvie yang tiba-tiba itu membuatkan dia menoleh ke arah Alvie. Wajahnya begitu rapat dengan wajah Alvie sehingga dia berusaha menjarakkan dirinya.

"Awak okay ke?" tanya Alvie dengan kening yang berkerut.

"Err ha ah, saya okay."

"Nanti kita date kat sini yer, saya belanja awak," ujar Alvie lagi.

Alia mengerutkan keningnya. "Hurm tengok lah nanti," balas Alia bersahaja.

"Nanti saya tuntut janji awak, jangan lupa yer," kata Alvie lalu menkenyitkan matanya.

Alia mengecilkan matanya lalu membuang pandang ke arah lain. Malas dia hendak menatap wajah lelaki cina di sebelahnya itu tetapi sesekali Alia akan mencuri pandang wajah Alvie dan memuji wajah tampannya di dalam hati. Raut wajah itu yang bersih tanpa cela dan berjanggut nipis membuatkan Alvie kelihatan seperti lelaki melayu.

"Kenapa?" Soal Alvie perlahan apabila melihat Alia tidak senang duduk.

"Err takda apa," balas Alia lalu menghadiahkan Alvie senyuman nipis.

"Awak malu ke nak berbual dengan saya?" soal Alvie lagi.

"Kenapa pula nak malu. Biasa-biasa jer lah."

Alvie mendengus lemah. "Yer lah tu. Saya tak percaya. Saya okay jer kalau awak nak berbual dengan saya sebab saya betul-betul nak berkawan dengan awak…"

Wajah Alvie ditilik lagi sekali. Alia cuba mencari keihklasan di wajah itu. Boleh percaya ke mamat cina ni. Nanti kang entah apa-apa dia buat kat aku. Dah la berkawan dengan buaya tembaga, mesti tempias buaya tu kena dekat dia, desis Alia dalam hati.

"Saya ni berkawan jer dengan semua orang. Saya tak pilih kawan," balas Alia setelah agak lama diam.

"Bagus la macam tu." Alvie menoleh ke arah Farhat dan Shasha yang sedang rancak berbual. "Err saya nak kita kenal lebih rapat," katanya tanpa berbasa-basi tetapi dalam nada berbisik.

Alia merenung wajah Alvie sambil membesarkan matanya. Keningnya berkerut tetapi dia mengalihkan pandangan matanya apabila Alvie mrmbalas renungannya.

"Maksud awak?" soal Alia tanpa memandang wajah Alvie.

"Err rapat. Hurm teman special. Boyfriend girlfriend…"

"Gila," marah Alia perlahan. Satu jelingan dihadiahkan buat Alvie.

Alvie hanya mampu tersenyum melihat riak wajah Alia yang sedang muncungkan mulutnya. Wajahnya tidak lepas daripada anak mata Alvie. Telatah Alia yang Alvie rasakan sangat comel dan manja itu mencuit hatinya. Dia benar-benar jatuh hati dengan gadis itu. Dia merasa pelik kenapa dalam ramai-ramai gadis, dia boleh tersuka dengan gadis melayu. Agak mustahil untuk mereka bersama tetapi Alvie tetap tidak mahu mengalah, azamnya dalam hati.

Kedatangan pelayan yang membawa makanan membuatkan mereka berhenti berbual. Mereka berempat menjamu selera sebelum waktu rehat tengahari tamat dan kembali ke pejabat semula.

FARHAT sedang termenung sambil menongkat dagunya dengan tangan yang di letakkan di atas meja sebaik sahaja melabuh duduk di atas kerusi. Alvie yang duduk di sebelah Farhat seakan dapat membaca apa yang ada di dalam fikiran Farhat. Jika bukan perihal perempuan, pasti ada kaitan dengan Shasha.

Alvie bangun lalu mendekati Farhat. Bahu sahabatnya itu ditepuk perlahan.

"Fat, kau kenapa? Bini lari ke?" soal Alvie sambil tersengih-sengih.

Farhat memandang dengan pandangan kosong ke arah Alvie dengan wajah yang muram tetapi tidak mengurangkan ketampanannya walau sedikit pun.

"Vie, aku rasa aku kena bagitau Sha lah yang aku suka kat dia," ujar Farhat meluahkan isi hatinya.

"Bagitau jer lah, apa susah," balas Alvie pendek.

"Kau tak faham Vie. Aku jadi terkelu bila nak luahkan perasaan aku kat Shasha," luah Farhat lagi.

"Hahaha sejak bila pula buaya takut dengan kucing parsi, pelik kau ni. Kalau kau penakut sangat, tak payah beritahu lah," kata Alvie sambil menyakat Farhat.

"Kau ni Vie, support lah kawan kau ni sikit, bukan senang tau buaya ni nak bertukar jadi kucing British Shorthair, huhu." Luah Farhat dengan penuh semangat.

"Yer yer. Kau nak aku buat apa? Demi kau aku sanggup buat apa saja kecuali jadi gigolo. Tu aku taknak. Takut wei…" gurau Kelvin sambal ketawa terbahak-bahak.

Farhat menjuihkan bibirnya. Dia tidak membalas kata-kata Alvie.

Suasana sunyi seketika, hanya kedengaran bunyi mesin fotostat dan suara staf lain yang berbual sahaja.

"Vie, aku dah dapat idea ar, apa kata kita ajak Sha dan Alia keluar, nak tak? Aku takdalah rasa awkward sangat nanti. Bijak kan aku?" ujar Farhat memberikan ideanya.

Alvie yang sedang bertenggek di meja Farhat menjuihkan bibirnya. Renungan tajam diberikan kepada Farhat. Dia mula rasa menyampah dengan cadangan sahabatnya itu.

"Tak nak lah aku. Kenapa pula aku perlu tolong kau? Kau jangan nak memandai atur ek…"

"Kau ni, tolong la kawan kau ni. Kau taknak ke date dengan awek melayu? Ni aku dah bagi peluang kat kau, kakau kau tolak, memang rugi besar lah," kata Farhat sambil tersenyum sinis.

Alvie menggeleng. "Biar aku settle cara aku jer. Kau nak keluar dengan si Shasha tu, kau keluar jer. Takda kaitan dengan aku. Aku malas nak masuk campur."

"Okay fine tapi nanti kalau kau terlepas peluang nak dapatkan si Alia tu, kau jangan minta tolong dengan aku ek. Hurm Vie, kau jujur dengan aku. Kau betul-betul sukakan Alia tu ke?" soal Farhat sambil berdiri. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Alvie.

Alvie menolak muka Farhat. "Kalau yer pun cakap la jauh-jauh sikit. Yang kau tenung muka aku dekat-dekat dah kenapa, kau ingat aku gay ke. Hurm kalau aku suka pun kau kenapa? Jealous ek?"

"Ek eleh. Takda masa aku nak jealous, okay je. Kau dapat Alia, aku dapat Shasha. Win-win situation. Tapi kau serius ke?" soal Farhat sambil mengerutkan dahinya.

Alvie diam. Dia hanya menunduk memandang lantai.

"Kau kena tahu Vie, Alia tu gadis melayu tau, kalau kau nakkan dia, kau kena berkorban banyak benda. Kau faham kan maksud aku? Aku dengan kau ni dah kenal daripada kecik, aku taknak nanti kau terseksa. Kau kena fikir betul-betul Vie. Nanti macam mana kau nak berdepan dengan mommy kau. Mommy kau bagi or tak, confirm tak bagi punya. Anak tunggal dia tiba-tiba nak tukar agama. Hisy perperang nanti…" kata Farhat disusuli dengan gelengan lalu menepuk bahu Alvie perlahan.

Alvie hanya mampu diam membisu. Di dalam hatinya dia benarkan apa yang dikatakan oleh Farhat itu, tetapi hatinya tetap dambakan Alia. Dia merasakan jika dia tidak memiliki hati dan tubuh Aliaa, dia tidak dapat bernafas lagi, pasti dia akan mati.

"ALIA…" panggil Mr. Joseph yang sedang berdiri di hadapan meja Alia.

"Hah?" Alia bengun dah mengadap wajah Mr. Joseph yang tiba-tiba muncul itu. "Err yer…"

"I ada benda nak beritahu you tapi I harap you jangan terkejut…"

Alia mengerutkan keningnya. Apa pula lah bala yang aku nak kena hadap ni. Orang tua ni tak habis-habis nak kacau hidup aku, gumam Alia sekadar dalam hati.

"Apa tu Mr. Joseph?" soal Alia hairan.

Share this novel

Innaaaa
2023-08-30 15:30:52 

sabar kak sabar..biasa la klu dh kena hadap muka boss

Innaaaa
2023-08-30 15:20:34 

buaya tukar jadi kucing bsh pulak dh..pun blh HAHAHAHAHA

Innaaaa
2023-08-30 15:16:49 

pftttt tempias buaya dari farhat tu ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience