GCS: BAB 1

Romance Series 23498

“ALHAMDULILLAH, semoga dipermudahkan segala urusan aku hari ini. Amiin," ucap Alia Athifa sambil tersenyum ketika dia berdiri di hadapan sebuah syarikat pembinaan yang terkemuka di tanah air. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam bangunan itu.

Alia berjalan laju ke arah lift untuk naik ke tingkat yang telah diberitahu oleh pengawal di kaunter sebentar tadi. Tanpa sengaja, Alia terlanggar seorang lelaki cina yang kebetulan melalui jalan yang sama dengannya.

"Eh, sorry. Maafkan saya, saya tak sengaja…" kata Alia dengan wajah yang terkejut.

"It's okay, tak apa," balas lelaki itu pendek.

Alia melemparkan senyuman kepada lelaki itu sambil menunduk sedikit sebelum berlalu pergi ke arah lift dan lelaki itu juga membalas senyuman Alia.

Sampai sahaja di tingkat atas, dia berjalan masuk ke dalam pejabat dan dia disambut oleh Mr. Joseph yang sedang tersenyum memandang ke arahnya.

"Selamat datang Cik Alia Athifa," ucap Mr. Joseph yang merupakan bosnya sendiri.

"Terima kasih Mr. Joseph kerana bagi peluang kepada saya untuk berkhidmat di syarikat ni," kata Alia sambil mengukir senyum.

"Ini I perkenalkan you dengan Mei Ling dan Bella. Nanti you'll akan bekerjasama dalam satu pasukan sebagai team Human Resources," kata Mr. Joseph lalu perkenalkan Alia kepada rakan sepejabatnya.

Mereka saling bersalaman dan membalas senyuman sebelum masing-masing meneruskan kerja yang tergendala.

Alia tersenyum bangga sebaik sahaja melabuh duduk di mejanya. Dia bersyukur kerana dapat bekerja di syarikat yang menjadi impiannya ketika masih belajar di universiti lagi. Akhirnya impiannya tercapai dan boleh membanggakan mak dan ayahnya.

Jam 6:00 petang, semua staf termasuk Mei Ling dan Bella bergegas untuk pulang. Alia masih lagi mengemas kertas dan fail di atas mejanya, tiba-tiba Alia ditegur oleh seorang wanita yang kebetulan lalu di hadapan pejabatnya.

"Hai awak. Staf baru ke? Saya Shasha Qistina, budak bahagian akaun," tegur Shasha sambil memperkenalkan dirinya.

Alia melemparkan senyuman kepada Shasha. "Hai, saya Alia Athifa, selamat berkenalan," ujarnya.

Mereka saling berjabat tangan.

"Jangan risau kerja kat sini best," ujarnya sambil menilik jam di pergelangan tangan. "Eh saya kena balik dulu lah, nanti kita berbual lagi okay," kata Shasha kepada Alia.

"Okay lah. Bye…"

"Bye…"

Selepas Shasha berlalu pergi, Alia mencapai beg tangannya dan menapak ke arah lift lalu turun ke tingkat bawah. Dia berjalan laju menuju ke keretanya yang terletak di tempat meletak kenderaan di dalam bangunan syarikat.

"Nak balik layan cita Reply 1988 lah," ujar Alia sendiri. Entah kali keberapa Alia mengulang rancangan k-drama bertajuk 'Reply 1988' yang diterbitkan pada tahun 2015 itu, yang mengisahkan tentang persahabatan lima sekawan dalam kawasan kejiranan mereka.

Alia suka dengan watak Deok Sun dan Jung Hwan kerana babak romantik dan jenaka mereka yang spontan tetapi dia juga sedih kerana watak mereka tidak ditakdirkan bersama dalam drama. Aneh sahaja sikap Alia ini.

~
Masa pantas berlalu, hampir tiga bulan Alia bekerja di syarikat tersebut dan boleh dikatakan dia telah selesa bekerja di sana.

"Alamak, dah lewat lah, mati aku!"

Sekilas Alia memandang jam di dinding yang menunjukkan pukul 7:30 pagi. Alia mencapai beg tangannya dan memandang cermin sekilas. "Cantiknya awak ni Alia," puji Alia kepada dirinya sendiri.

"Aku kena cepat lah. Dah la hari ni Mr. Joseph nak kenalkan aku dengan staf yang baru balik daripada overseas, kalau lewat ni maunya dia bebel sampai ke balik nanti kang, tak sanggup aku," katanya dengan bola matanya di naikkan ke atas.

Kereta Alia meluncur laju dia atas jalan raya. Hampir 20 minit juga untuk sampai ke pejabat. Dia terpaksa tinggal sendirian di bandar besar itu sementelah keluarganya tinggal agak jauh.

Sampai sahaja di bangunan syarikatnya, Alia bergegas masuk ke dalam lift, tiba-tiba dia terdengar suara lelaki menghalangnya daripada menutup pintu lift.

"Excuse me," tegur seorang lelaki yang sedang menghalang pintu lift. Alia menekan butang buka supaya lelaki tadi dapat masuk ke dalam lift.

"Thanks, miss." Kata lelaki itu lalu mengukir senyum ke arah Alia.

"Sama-sama…" balas Alia sambil menggangguk dan membalas senyuman lelaki tersebut.

Dalam diam ada sepasang mata yang sedang memerhatikan tingkah laku Alia.

"Kerja sini ke?" soal lelaki tadi memulakan perbualan.

"Hurm yer," balas Alia bersahaja kerana malas hendak melayan lelaki yang menegurnya itu.

"Ohh tapi tak pernah nampak plak sebelum ni, staf baru ke?" soal lelaki itu lagi, sengaja ingin berbual dengannya.

"Err saya kerja kat sini dalam tiga bulan cam tu," balas Alia sekadar ingin menjaga perasaan lelaki itu.

"Patutlah tak pernah nampak, staf baru rupanya. Hai Alia, saya Farhat Tajuddin," kata Farhat lalu menghulurkan tangan ke arah Alia sambil melemparkan senyuman manis.

Alia memandang Farhat sambil tersenyum tetapi dia tidak menyambut tangan Farhat kerana merasa kurang sopan.

"Saya Alia Athifa," balas Alia dengan senyuman yang masih terukir di bibirnya.

Farhat faham maksud perbuatan Alia itu. Dia hanya mampu menarik tangannya semula dan tersenyum kelat.

"Saya Alvie Lee," ujar satu suara. Suaranya bergema di dalam lift kerana keadaan terlalu sunyi. Dia memandang Alia dengan mata yang bercahaya. Ini lah perempuan yang aku jumpa tiga bulan lepas, fikirnya.

Farhat memandang ke arah Alvie dan merasa pelik dengan sikap kawannya itu. Tidak pernah Alvie berminat untuk perkenalkan dirinya kepada orang lain.

Tanpa pedulikan renungan tajam Farhat, mata Alvie sibuk memerhatikan badan Alia daripada atas sehingga ke bawah yang cantik memakai baju kurung berwarna dusty purple berbunga kecil. Rambut Alia yang panjang paras pinggang itu dibiarkan lepas sahaja. Sungguh cantik Alia di mata Alvie.

Renungan tajam Alvie membuatkan Alia tidak senang duduk. Alvie pula merasa jantungnya berdegup kencang apabila melihat wajah merah gadis di hadapannya itu. Adakah ini dikatakan cinta pandang pertama, desis Alvie di dalam hati.

Sebaik sahaja sampai di tingkat pejabat mereka, Alia berjalan membuntuti Alvie dan Farhat keluar daripada lift.

"Bye Alia. Jumpa lagi," ujar Farhat sambil melambai-lambai ke arah Alia.

Alia juga melambai ke arah mereka lalu menghadiahkan senyuman hambar. Perlakuannya masih lagi diperhatikan oleh Alvie yang sesekali menoleh ke arahnya.

Senyuman Alia mati. "Nasib baik dah sampai. Kejong aku kat dalam tu tak tahu nak cakap apa dengan mamat acah-acah hipster tu, dah la sorang lagi tu asyik usya aku jer macam la aku ni ada hutang dengan mak bapak dia, menyampah!" Marah Alia lalu menyumpah Alvie dan Farhat.

Alia menapak masuk ke dalam pejabatnya lalu menegur Mei Ling dan Bella yang sudah berada di meja mereka. Mereka membalas senyuman dan kembali melakukan pekerjaan masing-masing. Alia melabuh duduk di atas kerusinya lalu mendengus perlahan.

Suasana di dalam bilik pejabat itu selalu sunyi dan hanya bunyi papan kekunci sahaja yang kedengaran. Sesekali terdengar suara mereka ketawa, itupun jika Alia membuat lawak bodoh.

Alia mengelamun memikirkan lelaki yang dia jumpa di dalam lift tadi. Alvie tu dah kenapa asyik tengok-tengok aku jer. Takut lah pulak. Janganlah jadi jodoh aku. Amiin. Doa Alia di dalam hati.

Alia berjalan menuju ke mejanya sambil memandang wajah Shasha sekilas selepas kembali daripada tandas.

Niat Shasha yang ingin ke pantri terbantut apabila melihat kelibat Alia masuk ke pejabatnya tadi.

"Kau dah kenapa Sha?" Alia menegur Shasha yang nampak seperti kucing mati anak. Dia melabuh duduk di atas kerusi. Shasha bertenggek di mejanya dengan wajah yang teruja.

“Ra kau nampak tak dua orang jejaka tampan kat office kita? Hensemnya. Aku dah jatuh cinta la…" kata Shasha sambil tersenyum.

Alia memandang Shasha dengan wajah bersahaja. "Yang mana? Kan ramai jer jejaka tampan kat office ni, yang mana satu?" soal Alia sengaja buat-buat tidak tahu.

"Ala yang baru tu…" kata Shasha lagi muncungkan bibirnya menunjuk ke arah bilik Planning and Project Development yang tidak jauh dengan pejabat mereka.

"Ohh Planning Engineers tu ke? Aku naik lift dengan diorang tadi," beritahu Alia dengan wajah selamba. Dia melihat Shasha dengan ekor matanya.

Shasha yang mendengar kata-kata Alia terus menunduk mendekatkan mukanya dengan muka Alia. Bibirnya mengukir senyum.

"Yang tinggi mata sepet tu nama Alvie Lee, pastu yang tinggi mata bulat pakai cermin mata tu nama Farhat Tajuddin, kau nak yang mana satu?" tanya Alia sambil menggangkat keningnya sebelah.

Shasha memeluk tubuh sambil jemarinya memggaru dagu. Lama dia berfikir.

"Kalau yang mata bulat tu ok lah tapi nampak cam miang sikit, kalau yang mata sepet tu plak nampak cam jenis psiko," bisik Alia perlahan. Tangannya laju menekan papan kekunci di depan matanya.

Shasha merenung wajah Alia agak lama. Mindanya sedang berfikir. "Kau rasa mana yang okay?" soal Shasha dengan wajah yang serius.

"Hurm aku rasa yang sesuai dengan kau ni si Farhat tu lah, sama-sama miang kan, okay lah tu. Haha," seloroh Aeera sekadar ingin mengusik Shasha disusuli dengan ketawa yang ditahan.

Shasha yang rasa dirinya dipermainkan terus menjuihkan bibir. "Bab mengata kat aku memang laju kan. Takpalah miang pun asalkan dapat jer. Hihi. Aku nak ngorat si Farhat tu, hensem, manis, tinggi, bergaya," balas Shasha selamba. Sempat dia menyimpan angan-angan untuk memiliki Farhat dan menjadikan Farhat kekasih hatinya.

"Ambiklah Shasha oi, takda orang nak berebut dengan kau, kau nak dua-dua pun boleh, asalkan kau bahagia. Dah tepi jangan kacau aku, kejap lagi kang kalau Mr. Joseph nampak kau kat sini, memang habis aku kena bebel. Dah dah pergi balik tempat kau," kata Alia tanpa melihat wajah Shasha.

Mei Ling dan Bella yang mendengar perbualan mereka hanya mampu ketawa. Shasha berlalu ke tempatnya sambil memikirkan sesuatu. Shasha yang selalu menyibuk dengan keadaan sekeliling kadang kala menggembirakan hati Alia.

Sedang Alia sibuk menaip, dia tidak sedar Mr. Joseph sedang memerhati dari jauh. Alia mengangkat wajahnya dan secara tidak sengaja mata Alia dan Mr. Joseph saling bertembung.

Telefon pejabat miliknya berdering minta untuk di angkat. Alia tahu pasti Mr. Joseph yang menghubungi nya.

"Alia, you masuk bilik I sekejap," arah Mr. Joseph.

Ternyata apa yang difikirkan Alia sangat tepat. "Baik Mr. Joseph."

Alia meletak gagang telefon dan berjalan laju menuju ke bilik Mr. Joseph dengan perasaan berdebar. Dia dapat melihat Mr. Joseph sedang berdiri di tepi meja sambil memandang ke arahnya. Alia memulas tombol pintu dan menapak masuk ke dalam bilik.

"Mr. Joseph nak apa-apa ke?" tanya Alia sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Mr. Joseph.

Hari ini Mr. Joseph nampak kemas berbaju kameja berwarna navy blue dan berseluar slack hitam. Alia masih tidak percaya umur Mr. Joseph sudah mencecah 40-an tahun.

"Jom ikut I ke bilik meeting, I nak kenalkan you dengan engineers kita," ujar Mr. Joseph menyedarkan Alia daripada lamunan. Dia berjalan menuju ke bilik mesyuarat yang berhadapan dengan pantri.

Alia hanya mengikut sahaja langkah Mr. Joseph dengan wajahnya yang penuh tanda tanya. Ketika mereka masuk ke dalam bilik mesyuarat itu, terlihat dua orang lelaki sedang menunggu sambil memerhatikan mereka.

Alia terkejut apabila melihat dua orang lelaki tersebut dan dia merasakan pernah melihat wajah mereka berdua. Ternyata mereka lelaki yang naik lift bersama dengannya pagi tadi.

Mr. Joseph berjabat tangan dengan Alvie dan Farhat. "Alia, ni engineers yang I beritahu. Kenalkan Farhat dan Alvie. You’all ni Alia, HR baru kita menggantikan Puan Maria yang bersara dua bulan lepas," beritahu Mr. Joseph.

Farhat dan Alvie memandang wajah Alia dengan senyuman manis dan Alia juga membalas senyuman mereka.

Farhat yang sedari tadi berada di sebelah Mr. Joseph mengubah kedudukannya dan berdiri disebelah Alvie. Alvie berundur sedikit ke belakang untuk memberi ruang kepada Farhat untuk berdiri di sebelahnya, manakala Alia pula berdiri betul-betul mengadap Alvie.

"Kita orang dah kenal pagi tadi dalam lift, rugi kalau tak kenal awek cantik kan," Farhat mula berseloroh membuatkan Alia tersenyum kelat.

Alvie hanya diam memerhatikan gelagat Alia yang dia rasakan sangat comel. Gadis ini benar-benar buat Alvie jatuh hati.

Keadaan kembali bising dengan ketawa Mr. Joseph yang memenuhi ruangan bilik mesyuarat itu. Mudah sangat hendak menceriakan hari Mr. Joseph ini.

"La yer ker. Takpa-takpa, yang penting you’all dah kenal Alia, I pun dah lega, nanti ada apa-apa masalah you'll cari Alia, jangan cari I okay."

Mereka mengangguk faham mendengar arahan Mr. Joseph. Alia hanya tersenyum malu bila dia diperhatikan oleh Alvie dan Farhat.

Sungguh cantik pemilik wajah yang bernama Alia Athifa ni, mirip Wawa Zainal, desis Alvie di dalam hati.

"Alvie, Alia ni orang kuat I, so you jangan kacau dia pula," kata Mr. Joseph mengejutkan Alvie yang sedang mengelamun ketika menatap wajah Alia.

"Eh takkan la I nak buat macam tu, I takkan kacau lah orang kuat you, you patut risaukan si Farhat ni, playboy kat syarikat ni, mana je pempuan tak cair dengan dia ni," ujar Alvie lalu bergerak ke belakang dan bersandar pada meja, dia berpeluk tubuh sambil memerhatikan Mr. Joseph.

Alvie sangat dikenali sebagai seorang yang berdarah dingin oleh pekerja syarikat kerana sikapnya yang tidak mudah mesra dengan orang lain.

Bilik mesyuarat bergema dengan suara ketawa ketiga-tiga orang jejaka tampan itu. Alia hanya melihat mereka sambil tersenyum hambar. Mr. Joseph yang tidak mahu mengalah teruskan kata-katanya.

"Sama jer lah you’ll berdua ni. Playboys! Buaya!" Kutuk Mr. Joseph.

Kata-kata Mr. Joseph disambut dengan hilaian ketawa. Farhat yang tadi berdiri di sebelah Alia, kini berjalan ke meja dan menarik kerusi di sebelah Alvie pula.

Alia minta diri untuk beredar ke tempatnya semula. Mata Alvie tidak lepas daripada memerhatikan gerak geri Alia yang berjalan meninggalkan bilik mesyuarat. Timbul rasa dalam hatinya untuk mengenali Alia lebih dekat, itu impian Alvie sejak pertama kali berlanggar dengan Alia tiga bulan lepas sebelum dia berangkat ke luar negara.

"Mr. Joseph, Alia tu single ke or dah berpunya?" tanya Farhat berpura-pura ingin tahu tetapi matanya memandang ke arah Alvie.

"Setahu I single lagi tapi I tak pasti kalau dia dah ada boyfriend or tak, you jangan kacau dia lah Farhat, I nak dia kerja lama kat sini," kata Mr. Joseph memberi amaran kepada Farhat. Dia risau jika Alia akan menjadi sasaran Farhat selepas ini.

"Ala, you ni. Takut sangat lah. I tak kacau dia lah. I tanya saja…" balas Farhat sambil ketawa.

Alvie senyum sambil menggelengkan kepalanya melihat telatah Farhat yang mengejek Mr. Joseph.

Mr. Joseph minta diri untuk kembali ke biliknya, manakala Farhat dan Alvie juga berlalu ke tempat masing-masing. Sempat Alvie melihat Alia yang sibuk menulis sesuatu apabila melalui depan bilik HR. Pandangan matanya tidak lepas daripada memandang wajah gadis itu. Dia pasti akan dpaatkan cinta gadis bernama Alia itu, azamnya dalam hati.

Share this novel

Innaaaa
2023-08-30 14:45:17 

sempat pulak si Alvie ni ye...muhehehehe

Innaaaa
2023-08-30 14:40:23 

HAAHAHA aduii shasha ni

Innaaaa
2023-08-30 14:32:49 

sabar kak..jgn marah marah


NovelPlus Premium

The best ads free experience