"AWAK nak apa?" Tegas pada nada suara Alia.
"Ra, saya ada sesuatu nak beritahu awak…"
Emosi Alia terganggu sebaik sahaja mendengar suara orang di dalam corong telefon bimbit. Tanpa perlu sebutkan nama, Alia dapat mengagak siapa orang itu. Mahu sahaja dia tamatkan panggilan tetapi hatinya berbisik supaya dia mendengar sahaja kata-kata lelaki tersebut.
"Apa? Cakap lah cepat. Saya banyak kerja lah nak buat."
Terdengar suara lelaki itu mendengus perlahan. "Ra, saya nak kita berbaik semula sama macam dulu…"
"Eh Haz, dah dah lah. Saya malas lah nak cakap pasal ni. Boleh tak awak stop kacau saya. Saya dah bosan lah. Bye."
Tut Tut Tut
Panggilan sengaja Alia tamatkan. Rasa sakit hati yang masih berbekas di dalam hatinya tidak akan hilang hanya kerana mendengar pujuk rayu lelaki itu.
"Argh geramnya aku dengan Hazrul ni. Tak faham bahasa lah. Dulu kau tinggalkan aku. Sekarang baru terhegeh-hegeh nakkan aku semula. Memang tak lah. Lelaki semua sama lah. Tak guna…"
Alia bingkas bangun daripada perbaringan dan menuju ke biliknya. Dia berjalan ke arah meja solek lalu melabuh duduk di atas kerusi di hadapan cermin meja solek. Laci meja dibuka perlahan. Kotak kecil yang berkain baldu berwarna merah diambil. Kotak tersebut dibuka. Sebentuk cincin belah rotan diambil dan diperhatikan. Kenangan dia bersama Hazrul masih segar di dalam ingatannya.
~
Dua tahun yang lalu.
Bunyi telefon bimbit yang berada di atas meja kopi mengalih perhatian Alia. Dia tersenyum bahagia apabila melihat nama pemanggil di skrin telefon bimbitnya.
"Hello, awak…"
Riuh rendah suara sanak saudara dan para tetamu yang datang ke rumah Puan Saleha dan Encik Khalid malam ini kerana ada gotong royong persiapan majlis perkahwinan Alia yang akan diadakan dua hari kemudian.
"Sshhh…" Alia bangun dan berada agak jauh sedikit daripada mereka. "Ya, awak, kenapa call malam-malam ni?" soalnya apabila agak jauh daripada keriuhan.
"Assalamualaikum, Alia Athifa." Ucap Hazrul di dalam talian.
"Waalaikumsalam, err yer. Awak, saya sibuk ni siapkan goodies untuk majlis kita nanti. Tak sabar pulak," ujar Alia ceria.
"Owh yer ker. Hurm…"
"Awak, kenapa ni? Awak ada benda nak cakp dengan saya ke?"
"Err saya… saya tak tahu macam mana nak mula."
Perasaan Alia mula berkocak. Dia merasa tidak sedap hati. Pasti ada sesuatu yang Hazrul sembunyikan. "Awak. Cakap lah. Awak kenapa? Awak okay ke?"
Alia masih lagi menunggu jawapan daripada Hazrul tetapi Hazrul hanya diam sahaja.
"Awak? Awak okay ke?" soal Alia sedikit keras.
"Ra, saya nak putuskan pertunangan kita…"
Prang!
Telefon bimbit yang berada di dalam genggaman Alia terjatuh ke atas lantai. Berdesing telinga Alia selepas mendengar kata-kata Hazrul. Dunia seakan berhenti berputar. Suara orang berbual dan ketawa juga sudah tidak lagi kedengaran. Alia bangun lalu melangkah masuk ke dalam biliknya.
Bunyi ketukan bertalu-talu di muka pintu juga dibiarkan. Air matanya laju mengalir. Dadanya berombak dan nafasnya mulai terasa sesak. Semakin lama semakin kuat bunyi esakan tangisannya. Dia terkilan kerana Hazrul sanggup perlakukannya seperti itu, sedangkan majlis perkahwinan mereka hanya tinggal dua hari sahaja lagi. Dia tidak akan pernah memaafkan Hazrul kerana telah mengecewakannya.
Pesanan kata putus yang dihantar oleh Hazrul melalui applikasi Whatsapp menjadi titik noktah hubungan mereka. Selepas itu, tiada lagi khabar daripada Hazrul mahupun keluarga lelaki itu. Perhubungan mereka yang dibina hanyalah sia-sia sahaja. Terpaksalah ahli keluarganya menanggung malu dengan penduduk kampung kerana kad jemputan telah pun diedarkan.
~
Air mata yang menitis di atas jemari Alia menyedarkannya daripada lamunan. Cinta yang telah dibina selama dua tahun lamanya musnah hanya kerana sebuah cita-cita. Alia tahu, itu hanya lah alasan Hazrul semata-mata. Dia yakin, Hazrul tidak pernah mencintainya selama ini. Kerana lelaki itu, dia tahu bagaimana rasa sakit dikianati dan kerana lelaki itu juga, dia membawa diri ke tempat orang meninggalkan ibu dan abahnya di kampung.
"Selepas dua tahun kau hilang, sekarang kau kembali mengemis cinta aku lagi. Untuk apa, Hazrul? Jika untuk menyakiti, aku tidak akan tertipu lagi. Cukup untuk pertama kali dan itulah yang terakhir."
Kotak baldu berwarna merah tersebut dimasukkan semula ke dalam laci. Alia mengesat air matanya dengan hujung jari. Bibirnya mengukir senyuman.
"Aku takkan maafkan kau, Hazrul. Sampai bila-bila…" kata Alia nekad. Lelaki yang bernama Hazrul itu tidak akan pernah hidup dalam hatinya lagi. Nama itu telah lama terkubur.
Alvie yang sedang bersandar sambil memeluk tubuh pada meja Farhat itu hanya diam sahaja. Puas dia merenung wajah Farhat tetapi tiada reaksi daripada sahabatnya itu.
"Farhat, boleh lah?" kata Alvie yang mulai bosan.
Farhat menoleh ke kiri dan ke kanan. "Kau ni dah gila ke? Sabar lah. Aku tengah plan ni. Tak menyabar lah kau ni…"
Alvie mendekatkan wajahnya ke telinga Farhat. "Kau tu slow sangat. Dah macam siput kau tahu tak. Macam mana plan kau?" bisik Alvie.
"Kejap lah. Kau bagi lah aku dekat dengan Shasha dulu kalau yer pun. Aku pun tak dapat Shasha lagi. Kau ni kan, dah macam orang gila talak jer. Terdesak nak berbini ek?" Farhat mula ketawa terbahak-bahak.
Suara Farhat yang agak kuat itu menarik perhatian rakan sepejabatnya. Dia hanya tersengih-sengih ke arah mereka.
Alvie menepuk dahinya dengan telapak tangan. "Kau ni memang ar suka bikin kantoi. Malas lah aku…" katanya lalu beredar ke mejanya semula.
"Eh merajuk pulak sayang aku ni. Kau sabar ek. Jangan risau, ni Farhat lah…" balas Farhat masih lagi tersengih-sengih.
Alvie hanya mampu menggeleng sahaja. Dia tahu sikap sahabatnya itu. Sekali berjanji, pasti tidak akan mengkianati. Alvie hanya mampu bersabar sahaja.
Farhat tiba-tiba sahaja bangun dan berjalan keluar daripada bilik pejabat mereka. Perasaan Alvie mula tidak keruan. Dia risau jika Farhat akan melakukan perkara yang memalukannya. Selepas seketika, Farhat masuk semula ke dalam bilik pejabat mereka.
"Okay, on…" ujar Farhat sambil mengangkat ibu jari.
"Maksud kau?" Alvie yang masih lagi binggung mula menyoal Farhat.
Farhat mengangkat kening. "Sabtu ni pergi dating…"
"Serius?" Alvie membulatkan matanya.
Farhat mengangguk.
"Ni baru lah sahabat sejati…" Alvie mengangkat ibu jarinya sambil tersengih-sengih.
"Bukan kau lah, aku sorang jer."
Senyuman di bibir Alvie tiba-tiba sahaja mati. Keningnya mula berkerut. Melihat sahaja riak wajah Alvie, Farhat mula ketawa terbahak-bahak.
"Aku gurau jer lah. Confirm jadi sabtu ni. Kau ni memang manja ar. Nak gurau sikit pun tak boleh. Anja sayang, jangan lah majuk. Sini sayang, abang nak cium sikit…"
Farhat mendekati Alvie yang masih lagi muram. Pipi Alvie lalu dikucup membuatkan Alvie berusaha menolak wajah Farhat. Kawan sepejabat mereka hanya mampu menggeleng sahaja melihat dua sahabat itu bergurau. Mereka sudah lali dengan sikap gila Alvie dan Farhat.
"Farhat, stop it! Kau ni kan, aku geli lah bodoh." Jerit Alvie kuat.
"Hahaha bru kena kiss sikit dah jerit cam orang gila. Apa lah..."
Alvie mencebik. Dia berpaling daripada melihat wajah Farhat. Hanya nama Alia yang sedang bermain-main di dalam kepalanya buat masa inj. Kau akan menjadi milik aku, Alia. Bisik Alvie sambil tersenyum penuh makna.
"Ra, sabtu ni kau busy tak?" soal Shasha sebaik sahaja bertenggek di meja Alia.
Alia mendongak melihat wajah Shasha sambil mengangkat keningnya sebelah. "Kenapa?" soalnya pendek.
"Jom kita pergi shopping nak? Aku dah lama lah tak beli baju baru."
"Erm aku malas lah," ujar Alia lalu meneruskan kerjanya tanpa pedulikan Shasha yang masih lagi memeluk tubuh sambil memandang ke arahnya.
"Ra. Jom lah temankan aku. Kau ni susah betul nak ajak keluar kan. Boleh lah. Nanti aku pergi ambil kau. Aku jadi driver kau. Okay?" rayunya sambil memegang bahu Alia.
Alia menunjuk muka menyampah. " Yer lah yer lah. Kau ni kan. Memang tak suka nampak aku senang lah."
"Ala kau kat rumah pun bukannya buat apa pun. Baik kau keluar tengok dunia lagi bagus. Okay lah, aku nak balik tempat aku. Bye."
Shasha berlalu pergi ke pejabatnya sambil tersenyum. Nampaknya, perancangan yang diusulkan oleh Farhat tidak akan sia-sia. Dapat lah dia mengenali Farhat dengan lebih dekat lagi. Sementara, Alia juga dapat berkenalan dengan Alvie sementelah Alvie juga telah jatuh suka dengan sahabatnya itu.
Sebaik sahaja Shasha berlalu pergi, Alia duduk termenung sambil menatap skrin komputer yang berada di hadapannya. Tiba-tiba sahaja wajah Hazrul bermain-main di mindanya. Puas dia cuba memadamkan bayangan wajah lelaki itu tetapi masih tidak berjaya. Dia takut jika Hazrul akan kembali mencarinya nanti.
Jemari Alia perlahan-lahan memicit kepalanya yang tiba-tiba sahaja terasa berat. Baru sahaja dia mahu bahagia dengan dirinya sendiri, ada sahaja yang datang mengganggu. Mungkin ada baiknya dia pergi membeli-belah bersama-sama Shasha. Dapat lah juga dia menenangkan fikirannya yang kusut sekarang ini.
"Alia, you okay ke?" tegur Bella apabila melihat Alia yang sedang memicit kepalanya.
"Err okay jer, Bella. Jangan risau. Hihi…" balas Alia sambil tersengih.
"Owh okay lah. Ada apa-apa bagitau yer. I risau you sakit nanti."
"Thanks, Bella dah risau pasal I. I okay jer. I nak pergi pantri kejap. You'll nak air tak?"
"I taknak. Thank you…" balas Bella.
Mei Ling pula hanya menggelengkan kepalanya kerana sedang berbual dengan seseorang di dalam talian.
Perlahan-lahan kaki Alia melangkah ke arah pantri. Masuk sahaja ke dalam pantri, matanya menangkap figura Alvie yang sedang berdiri membelakangkannya.
"Hisy dia ni mana-mana aku pergi mesti dia ada…" desis Alia perlahan.
Tiba-tiba sahaja Alvie menoleh ke belakang. "Hah? Awak cakap dengan saya ke?" soalnya kepada Alia
"Err tak lah." Alia berpaling untuk keluar daripada pantri tetapi dia menghentikan langkahnya. Keningnya berkerut. Aku nak buat air lah, takkan tiba-tiba aku nak blah pulak, nanti apa mamat cina ni fikir. Hisy, susahnya nak kena berlakon pulak. Bisik Alia di dalam hati.
Alia berpaling lalu melangkah ke arah Alvie. Senyuman janggal dihadiahkan kepada Alvie yang sedang sibuk mengacau air di dalam cawan. Alvie membalas senyuman Alia.
"Awak nak buat air ke?" Alvie mulakan perbualan.
"Ha ah…" pendek Alia membalas.
"Err sabtu ni awak sibuk tak?" soal Alvie lagi.
"Sibuk…"
Alvie mengeluh nipis. "Oh yer ker. Hurm bila awak tak sibuk?" Masih lagi mencuba nasib.
"Hari-hari saya sibuk. Sorry…" balas Alia disusuli dengan jelingan tajam sebelum meninggalkan Alvie yang terpinga-pinga.
Alvie hanya mampu membuntuti Alia dengan ekor matanya. Dia mendengus perlahan. "Susah betul nak mengorat dia ni. Makan semut api agaknya masa kecil-kecil dulu…" keluhnya lemah disusuli dengan gelengan kecil.
Tiba hari yang dijanjikan oleh Shasha dan Alia. Sempat Shasha memandang jam di pergelangan tangannya. Keluhan halus keluar daripada mulutnya. Matanya meliar melihat sekeliling kawasan pangsapuri rumah Alia.
"Mana Ra ni, lambatnya anak dara sorang ni…" desis Shasha.
Tidak lama selepas itu, muncul Alia yang segak memakai blouse berwarna putih dan dipadankan dengan seluar jeans berwarna biru. Beg tangan sederhana besar disilangkan ke badannya.
"Hai awek. Lama ke tunggu?" Alia menyoal sebaik sahaja melabuh duduk di sebelah Shasha di bahagian penumpang.
"Lama lah. Dekat sejam kau tahu tak. Nak pergi shopping jer pun. Bukan main lama kau make up yer…" Shasha menjeling sekilas lalu mula meninggalkan kawasan tersebut. Keretanya meluncur laju di atas jalan raya.
Alia tersengih-sengih menampakkan barisan giginya yang putih. "Ala kau ni jangan la merajuk. Okay lah, sorry…"
Terhambur ketawa Shasha sebaik sahaja melihat wajah Alia yang sedang muncungkan mulutnya. Suara ketawa Shasha disambut pula oleh Alia. Hilaian ketawa kedua-dua orang gadis itu bergema di dalam kereta.
20 minit perjalanan, Shasha menghentikan keretanya di sebuah pusat membeli belah. Dia dan Alia akan meluangkan masa bersama untuk membeli belah. Shasha tersenyum nipis kerana telah berjaya melaksanakan tugasnya seperti apa yang dirancang antara dia dan Farhat.
Tanpa berfikir panjang, Alia hanya diam sahaja sambil mengekori Shasha yang telah berjalan di hadapannya. Langkah Alia diatur laju supaya dapat berjalan beriringan dengan Shasha.
"Sha, kita nak pergi mana ni? Lajunya kau. Pelan-pelan lah." Tegur Alia apabila berada di sebelah Shasha.
"Err kita pergi duduk sana lah. Kau ada nak pergi mana-mana tak?" soal Shasha sambil bola matanya meliar melihat sekeliling.
Alia turut sama melihat ke arah bola mata Shasha. Keningnya mula berkerut. "Kau cari siapa ni, Sha? Kau nak jumpa siapa?" soalnya masih tidak berpuas hati dengan tingkah laku kawannya itu.
"Ra, kau tunggu kejap ek. Aku nak pergi toilet. Tunggu aku kat sini tau. Jangan pergi mana-mana," arah Shasha sebelum meninggalkan Alia.
"Err, Sha… aku… Sha…" Alia terdiam melihat Shasha menonong ke arah tandas wanita yang berada tidak jauh dengan tempat dia berdiri. "Hisy dia ni dah kenapa cam ayam berak kapur jer. Kata nak ajak aku shopping tapi lain pulak jadinya. Lepas ni kalau kau ajak aku lagi, memang aku taknak lah nak ikut kau…" marahnya sambil memeluk tubuh.
Alia melabuh duduk di atas kerusi. Kaki kanannya disilangkan di atas kaki kirinya. Dia mengeluarkan telefon bimbit di dalam beg tangan. Applikasi TikTok dibuka untuk menghilangkan bosan yang mula menjengah. Sesekali bola matanya akan melirik ke arah tandas tetapi kelibat Shasha masih juga tidak kelihatan.
"Ra…"
Sedang ralik Alia menatap skrin telefon bimbit, tiba-tiba dia disapa oleh seseorang. Laju Alia mendongak melihat empunya suara. Matanya terbeliak sebaik sahaja menatap wajah orang di hadapannya itu. Jantungnya berdegup kencang. Aturan nafas mulai sesak. Dunia seakan berhenti berputar.
"Kau buat apa kat sini?" soal Alia kasar.
"Ra, please. Bagi peluang dekat saya untuk mencintai awk sekali lagi."
"No! Stop it, Hazrul! Saya dengan awak dah tak ada apa-apa. Jangan ganggu saya lagi…" Alia bingkas bangun.
Jemari Hazrul yang tiba-tiba mengcengkam lengan Alia membuatkan Alia berhenti melangkah.
"Kau buat apa ni? Lepaslah! Kau dah gila ke?"
"Ra, please. Dengar dulu apa alasan saya tinggalkan awak sebelum ni. Please, Alia." Hazrul masih lagi cuba memujuk Alia.
"Tak! Aku dah taknak dengar apa-apa daripada mulut kau. Lepas lah!" Alia mula kuatkan suaranya.
"Ra… please…"
Alia cuba menolak tubuh Hazrul tetapi lelaki itu masih juga tidak mahu melepaskan genggamannya. Nafas Alia terasa sesak. Matanya mula berkaca. Tulang rahangnya juga mula bergerak-gerak kerana menahan marah.
"Encik, tolong lepaskan dia. Now!" Arah satu suara.
Alia dan Hazrul serentak menoleh ke arah suara tersebut. Bibir Alia mengukir senyum.
Share this novel