MR. JOSEPH memandang tepat ke wajah Alia sambil mengerutkan dahinya. Renungan tajam Mr. Joseph menakutkan Alia sehingga Alia melarikan pandangan matanya ke arah lain.
"Alia, nevermind…"
"Hah?" Alia membuntangkan matanya.
"Tak ada apa-apa. Lain kali jer lah. Hahaha," kata Mr. Joseph disusuli dengan ketawa yang hanya dia sahaja yang faham.
"Mr. Joseph ni, you buat I takut lah. Ingatkan ada apa-apa," ujar Alia sambil menjuihkan bibirnya.
Tanpa menghiraukan kata-kata Alia, Mr. Joseph berlalu ke biliknya. Sayup-sayup kedengaran hilaian ketawanya yang masih tersisa. Bella dan Mei Ling turut sama ketawa melihat gelagat Mr. Joseph yang jarang-jarang berlaku itu. Alia menarik nafas lega. Sempat dia maki hamun Mr. Joseph di dalam hati.
"Alia, you jangan risau, Mr. Joseph memang begitu. Kami pun kadang-kadang susah mau faham dengan dia," beritahu Mei Ling yang masih lagi tersengih-sengih.
"Ya lah Alia, Mr. Joseph tu selalu macam tu. Lama-lama nanti you tahu lah dia macam mana. Boleh sakit kepala selalu melayan perangai dia…" ujar Bella pula.
Alia tersengih. "Risau I tadi, ingatkan ada apa lah. Saja buat orang takut lah dia ni." Alia menarik nafas lega. Mahu sahaja jantungnya melompat keluar daripada badan apabila melihat renungan tajam Mr. Joseph.
Tanpa membuang masa, Alia meneruskan kerjanya yang tergendala sebentar tadi melayan karenah Mr. Joseph. Sedar tidak sedar, jam pada dinding telah menunjukkan pukul 5 petang. Mei Ling dan Bella sudah bersiap-siap untuk pulang. Begitu juga Mr. Joseph yang terlebih dahulu meninggalkan mereka.
"You tengok lah boss kita tu, kalut semacam saja nak balik rumah. Mesti isteri dia ada lah tu." Mei Ling mula bergosip.
"Selama ni isteri dia pergi mana?" soal Alia sambil memandang wajah Mei Ling dan Bella silih berganti.
"Wife dia kan stewardess. Selalu terbang sana sini," ujar Bella pula.
"Owh I baru tahu. Biasa lah orang dah kahwin kan. Ada lah tu plannya. Hehe…" kata Alia pula dengan senyuman nakal.
"Sshhh…" Mei Ling meletakkan jari telunjuknya di atas bibir.
Terhambur hilaian ketawa mereka bertiga sebelum masing-masing meninggalkan pejabat. Mereka berpisah sebaik sahaja keluar daripada pintu lift.
Alia berjalan turun ke basement sendirian sementelah Bella dan Mei Ling tidak membawa kenderaan mereka. Dia mendapatkan keretanya yang di letakkan tidak jauh daripada pintu keluar. Langkahnya diatur perlahan-lahan tetapi dia mula terasa seperti sedang diekori. Dia cepatkan langkah dan tiba-tiba tangannya dipaut oleh seseorang.
"Arghhh…" jeritnya kuat.
"Sshhh… jangan jerit. Ni saya lah, Alvie."
Alia berhenti menjerit dan mula mengamati wajah orang yang sedang berdiri di hadapannya itu. "Hisy dia ni. Buat orang terkejut jer lah. Nasib baik saya tak mati tau…" marahnya dengan mulut yang muncung.
Alvie mengangkat kedua-dua tangannya. "Sorry sorry. I ingat you tak terkejut."
"Mau tak terkejut kalau dah macam tu…" marah Alia lagi. Dia memerhatikan Alvie dengan ekor matanya. "Hurm ada apa?" soalnya dengan kening yang berkerut.
"Err saya nak ajak awak pergi dinner. Nak tak?"
"Taknak lah." Alia mula menapak ke arah keretanya. Wajah Alvie tidak dipandang.
Alvie mengekori Alia daripada belakang. "Awak… err sekejap. Lepas isyak saya pergi ambil awak. Boleh yer?"
"Hisy bila yang saya kata saya nak. Tak malu." Balas Alia selamba.
"Err tak lama pun dinner tu. Boleh la. Saya nak berkawan dengan awak. Please…" rayu Alvie lagi. Masih mengekori gadis itu.
Alia memberhentikan langkahnya. Nasib baik Alvie sempat mengelak daripada melanggar tubuh Alia lalu berdiri di sebelahnya.
"Boleh ke?" soal Alvie penuh pengharapan.
Alia memandang wajah Alvie. "Taknak." Balas Alia dengan jelingan. Dia berjalan laju ke arah keretanya lalu masuk ke dalam perut kereta. Tanpa membuang masa, Alia menghidupkan enjin kereta dan memecut laju meninggalkan Alvie yang terkebil-kebil.
"What the fish. Dia tinggalkan aku." Kata Alvie sambil menggaru kepalanya. Jemarinya lalu dimasukkan ke dalam poket seluar. "Okay, nevermind. Aku akan dapatkan jugak kau Alia Athifa. You wait and see…" kata Alvie sambil tersenyum penuh makna.
Di dalam kereta, Alia menarik nafas lega kerana sempat melarikan diri daripada Alvie. Ikutkan hati, mahu sahaja Alia ketuk kepala Alvie tetapi dia tidak melakukannya kerana risau dia akan dicop sebagai wanita meroyan. Nanti jatuh lah reputasinya sebagai wanita elegant di pejabat mereka. Alia tersenyum sendiri apabila membayangkan wajah Alvie yang nampak kecewa sebentar tadi.
Seminggu kemudian sejak kejadian yang berlaku di basement syarikat. Tepat pukul 4.30 petang. Alia mula mengemas mejanya, dia menyusun fail yang tidak digunakan, tisu basah di dalam beg tangan diambil untuk membersihkan mejanya. Dia tidak perasan yang tingkah lakunya sedang diperhatikan.
Perlahan-lahan Mr. Joseph mendekati meja Alia. "Alia…"
"Opocot mak kau…" tersembur ayat itu di mulut Alia. Dia mendongak melihat wajah Mr. Joseph yang sedang memerhatikan nya. "Mr. Joseph ni, terkejut orang tau…"
"Hahaha. I tengok you seronok jer kemas meja kan. Masih ada lagi 30 minit sebelum balik…" ujar Mr. Joseph.
"Err… hehehe. I tengok meja ni berhabuk lah." Alia tersengih-sengih menunjukkan baris giginya yang tersusun indah.
Mr. Joseph menggelengkan kepalanya. "Today you stayback yer. I nak you settle kan kerja yang I bagi tadi. I know you tak siapkan lagi kan?" soal Mr. Joseph sambil memandang tepat ke muka Alia.
"Hah? Err Mr. Joseph, saya ada urusan lah. Saya siapkan sekarang yer, kejap jer." Alia memberi alasan. Bila plak orang tua ni muncul depan aku, aku takleh la dengan dia ni, rasa nak sepak jer. Sempat Alia mengutuk Mr. Joseph di dalam hati.
Mr. Joseph mengecilkan matanya. "I know you takkan sempat siapkan kerja you. Tengok you dah kemas semua barang-barang you, now baru pukul 4:30 kan, Alia. You kalut sangat ni nak pergi mana, you bukannya ada boyfriend pun kan."
Alia tersenyum kelat. "Ala Mr. Joseph ni, saya bukannya kemas sebab nak balik, saya nak meja saya ni nampak kemas jer. Kan you kata pentingnya 5S kat tempat kerja, so saya follow lah," balas Alia sambil tersengih masih menunjukkan giginya.
"Ada-ada saja lah you ni. You stayback saja lah, I bagi you over time. Bila lagi you nak merasa over time kalau bukan sekarang kan. Okay?"
"Hurm… tapi bukannya ada banyak kerja sangat pun."
"Apa, Alia?"
"Hehe takda apa. Hurm okay lah…" balas Alia perlahan sambil muncungkan mulutnya.
Mei Ling dan Bella yang menyaksikan pergaduhan kecil Mr. Joseph dan Alia itu hanya mampu ketawa. Mereka tahu Mr. Joseph sengaja menyakat Alia sahaja, dan ternyata Alia termakan dengan umpan Mr. Joseph.
Selama mereka bekerja di syarikat itu, belum pernah lagi Mr. Joseph menyuruh stafnya membuat kerja lebih masa. Mungkin Alia terlalu istimewa di mata Mr. Joseph.
"Akak Mei Ling, saya memang kena stayback ke?" soal Alia kepada Mei Ling.
"Ya lorh. Tadi Mr. Joseph suruh you stayback kan. Baik you ikut saja lah. Takpa takda hantu punya. Office ni selamat," balas Mei Ling.
Tiba-tiba Aeera tersentak apabila Mei Ling menyebut tentang hantu. Belum pernah lagi isu hantu menjadi perbualan mereka di syarikat tersebut.
Mei Ling yang melihat wajah Alia mula bertukar muram menyambung lagi kata-katanya. "You jangan takutlah, selalu engineers kita tak balik lagi, kalau you nampak hantu, you lari pergi dekat mereka sana lah."
"Hurm taknak lah, dia orang tu lagi menakutkan daripada hantu tau tak." Balas Alia perlahan.
Mei Ling hanya mampu menggelengkan kepalanya saja sambil mengemas meja. Dia malas hendak melayan Alia, lagi melayan lagi banyak merepek budak sorang tu.
Alia menyumpah Mr. Joseph dalam hati. Terpaksalah dia bertahan untuk hari ni. Dia menyimpan azam di dalam hati yang dia tadak akan stayback lagi selepas ini walaupun dia terpaksa berdepan dengan Mr. Joseph. Noktah!
Alvie masih lagi sibuk membuat schedule project yang tergendala petang tadi. Terpaksalah dia menyiapkan kerjanya terlebih dahulu sebelum meninggalkan pejabat. Farhat dan semua staf lain telah pulang terlebih dahulu, kini hanya tinggal dia sendirian.
Alvie membawa kertas kerjanya dan berjalan ke arah mesin fotostat. Matanya tertancap pada bilik HR yang lampunya masih lagi menyala. Dia berfikir mungkin Mei Ling masih menyiapkan kerjanya. Dia meneruskan sahaja kerjanya tanpa berfikir panjang.
Selesai sahaja Alvie menyiapkan kerjanya, dia menoleh ke arah jam yang tergantung pada dinding. "Dah pukul 8.30…" bisiknya perlahan. "Aki nak buat air lah. Boleh aku berbual dengan Mei Ling…"
Alvie mula menapak ke arah pantri. Sempat dia menjenguk ke dalam bilik HR untuk melihat kelibat Mei Ling tetapi dia ternampak figura Alia yang sedang tekun menaip pada papan kekunci tanpa sedar kehadiran dia di situ.
"Alia…"
Bibir Alvie mengukir senyuman. Langkah kakinya laju menapak ke pantri. Mambiarkan sahaja Alia dengan kerjanya.
Setelah penat menaip, Alia berhenti lalu merenggangkan badannya. Tengkuknya yang terasa kering membuatkan Alia mula merasa dahaga.
"Aku nak buat air lah. Lagipun kerja pun dah siap ni…" ujar Alia sendiri.
Di dalam pantri pula, Alvie sedang sibuk membuat secawan nescafe bagi menghilangkan rasa mengantuk untuk memandu pulang nanti. Dia yang sedang tekun membuat air itu tiba-tiba terdengar langkah tapak kaki membuatkan dia berhenti mengacau minuman di dalam cawan.
Alia berjalan laju masuk ke pantri sementelah pintu bilik pantri yang sedia terbuka. Tanpa berfikir panjang, dia melangkah masuk ke dalam bilik pantri tanpa menyalakan lampu.
Alvie yang sedang memegang cawan yang berisi air nescafe itu berpusing secara tiba-tiba lalu melanggar Alia yang berada di sebelahnya.
"Arghhh…"
Terdengar suara Alia menjerit kerana terkejut apabila melanggar benda yang berada di hadapannya.
Alvie membeku apabila terdengar suara jeritan. Cawan yang berisi air nescafe di tangannya mencurah ke atas tubuh Alia.
"Arghhh…" Sekali lagi terdengar jeritan Alia. "Argh panas… aduh…" jeritnya sambil mengerang kesakitan.
Alvie berjalan ke arah pintu lalu menekan suis lampu. Terang benderang keadaan bilik pantri. Alvie menangkap figura Alia yang berjalan ke arah sinki.
"Awak okay ke? Sorry, saya tak nampak awak," ujar Alvie lalu menghampiri Alia yang berada di sinki sedang membersihkan bajunya.
Alia menoleh ke arah Alvie dengan kening yang berkerut. Matanya tajam merenung wajah Alive seperti seekor singa yang ingin menerkam mangsanya.
"Habis lah baju orang kotor. Awak tengok ni…" kata Alia sambil menunjuk bajunya yang basah dan kotor.
"Sorry, saya tak sengaja. Saya tak tahu awak ada kat belakang saya," ujar Alvie lagi dengan wajah yang bersalah.
"Tak payah nak mintak maaf, benda dah jadi pun. Lain kali masuk tu buka lah lampu. Terkejut saya tau. Nasib baik saya tak pengsan tadi. Tak pasal-pasal kena simbah dengan air nescafe panas…"
Alvie menelan liur. Wajahnya mula berpeluh. "Awak okay ke? Sakit lagi tak? Jom saya bawa awak pergi klinik…"
"Tak payah. Nasib baik tak teruk. Ni kalau melecur teruk ni, habis lah duit hantaran saya kena potong tau." Alia mula muncungkan mulutnya sambil memeluk tubuh.
"Sorry lah. Saya betul-betul tak sengaja." Alvie menggaru kepalanya. "Err awak nak air ke? Saya err buatkan..."
"Tak payah lah. Dah takda selera nak minum. Balik lah…" balas Alia lalu berpaling hendak meninggalkan Alvie.
"Sekejap…"
Alvie tiba-tiba menarik hujung tudung Alia membuatkan tudungnya tertarik ke belakang.
"Uhuk uhuk…" Alia tersedak akibat daripada tudung yang mencekik batang lehernya. "Kau ni dah kenapa?" Marahnya sambil menoleh ke arah Alvie.
"Sorry, saya tak sengaja…" kening Alvie mula berkerut sambil tersenyum sumbing.
"Eee dia ni kan…" Alia menunjuk penumbuk ke arah Alvie. "Jangan nak dekat saya lagi, kalau tak siap awak. Saya potong-potong awak nanti kang. Faham!"
Dengan wajah yang menyinga, Alia memberi amaran kepada Alvie. Sempat Alia menghadiahkan jelingan tajam kepada Alvie sebelum dia beredar daripada bilik pantri.
Laju Alvie mengangguk sambil matanya membuntuti langkah Alia yang pergi meninggalkannya dalam keadaan marah. Dia menggaru kepalanya sambil tersengih-sengih.
Alia berjalan laju masuk ke dalam bilik pejabatnya. Terkumat-kamit mulutnya menyumpah Alvie yang telah membuatnya basah dengan air nescafe. Laju tangannya mengemas meja yang berselerak.
Sedang sibuk Alia mengemas meja, matanya menangkap figura Alvie yang sedang berjalan melintasi bilik pejabatnya sambil tersenyum sumbing.
Alia membesarkan matanya ke arah Alvie lalu menjeling dengan ekor matanya. "Kecik besar jer aku tengok mamat cina ni. Sikit hari bulan memang aku smackdown jer dia ni…" bebalnya tanpa henti.
Tanpa menunggu lagi, Alia mengambil beg tangannya yang berada di dalam almari, dengan tergopoh-gapah dia berjalan ke pintu lift. Bunyi tapak kasut yang mengekorinya daripada belakang membuatkan Alia mendengus perlahan. Dia yakin Alvie sedang berada di belakangnya.
"Awak ni kenapa ikut saya?" soal Alia garang tanpa menoleh melihat Alvie.
"Err saya pun nak… balik," balas Alvie lambat-lambat.
"Huh…" desis Alia.
Sepanjang masa berada di dalam lift, mereka hanya diam sahaja. Alvie yang berada di belakang Alia tidak berani bersuara tetapi matanya tidak lepas daripada memandang Alia yang berdiri bersandar pada dinding lift.
Sampai sahaja di lobby, Alia berjalan laju turun ke basement meninggalkan Alvie. Dengan nafas yang masih tercungap-cungap, dia menuju ke arah keretanya lalu menghidupkan enjin kereta dan memecut laju meninggalkan kawasan tempat meletak kenderaan tersebut.
Perlahan-lahan kereta Alia memasuki kawasan apartment. Dengan langkah longlai, Alia masuk ke dalam lift. Lift tersebut membawa Alia ke tingkat 10. Masuk sahaja ke dalam rumah, Alia berbaring di ruang tamu rumahnya.
"Penatnya hari ni…" keluh Alia disusuli dengan hembusan nafas yang agak berat. "Nasib baik aku takda suami dengan anak, kalau tak matilah aku nak kena layan dia orang. Cukup lah mamat cina tu dah buat aku serabut…" sambungnya lagi. Marahnya terhadap Alvie masih lagi tersisa.
Bunyi deringan telefon bimbit mengganggu pendengaran telinga Alia. Dia mendengus perlahan lalu mencapai telefon bimbit yang berada di dalam beg tangannya.
"Hello…"
"Hello, Alia…"
Alia tergamam selepas mendengar suara di corong telefon bimbit.
Share this novel
weh sakit tu kena air panas...pedih dia tk terkata
ehh lain macam je rasa dgn Alvie nih
asal saya ikut Alia menjerit jgk nih