GEMA CINTA SEMALAM

Ayana Zehra

Romance Series 2519
5
(9 ratings)

Synopsis

Jatuh cinta pada pandangan pertama selalunya akan berbekas di hati setiap orang yang pernah merasainya. Begitu juga dengan Alvie Lee dan Alia Athifa. Alvie mula jatuh cinta pandang pertama terhadap Alia yang merupakan pekerja baru di syarikat mereka. Dia berusaha bersungguh-sungguh dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendekati Alia walaupun gadis itu selalu menjauhinya. Hari demi hari, Alia mula jatuh cinta dengan kesungguhan Alvie. Percintaan antara Alvie dan Alia yang menjadi rahsia selama ini telah diketahui oleh Datin Merlinda. Datin Merlinda berusaha keras untuk memutuskan hubungan mereka kerana perbezaan agama dan budaya. Dia juga sanggup membayar kepada Alia supaya meninggalkan anaknya, Alvie. "Dalam ni ada RM50,000.00 sebagai ganti rugi masa you bersama Alvie." -Datin Merlinda "Datin ambil jer duit datin ni, saya bukan perempuan murahan yang datin boleh beli dengan duit datin. Saya mintak maaf kerana terpaksa kurang ajar dengan datin." -Alia Sikap Datin Merlinda yang pentingkan diri sendiri membuatkan Alia berjauhan hati. Dia terpaksa memutuskan hubungannya dengan Alvie kerana ingin menjaga hati dan perasaan seorang wanita yang bergelar ibu, malah dia juga tidak mahu maknya turut kecewa terhadapnya. Malang tidak berbau apabila Alvie telah mengalami kemalangan yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri dan mengalami patah kaki. Sebaik sahaja dia sedar, Alia telah pergi jauh daripadanya. Akibat daripada itu, Alvie menghadapi depresi kerana perpisahan tersebut dan hari demi hari kesihatannya semakin terjejas tetapi nama Alia sentiasa meniti di bibirnya. Adakah Alvie dan Alia dapat bersama lagi? Benarkah cinta berlainan agama hanya lah mitos belaka? Jika benar, mungkinkah hubungan mereka akan kekal atau hanya tinggal sebagai kenangan sahaja? Gema Cinta Semalam akan menjadi medan perjuangan cinta antara Alvie Lee dan Alia Athifa.


Share this novel

Rate this story


Comments

ErraElla
2023-06-03  1 Replies

Tahniah dah keluar semula novel ni yana :)

Nana Kevin
2023-06-02  1 Replies

best.. bila nk sambung lagi? free reading ke? bagi saya cinta berlainan agama bukan mitos sebab saya pun cinta & bkahwin dgn lelaki berlainan agama. Dugaan , halangan tu jgn cakap la. Alhamdulillah 20 tahun dah kami bsama.

syahdu olva
2023-05-24  1 Replies

tahniah dear... baby baru muncul lagi...

Ayana Zehra

533 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience